"Menu Diet Sahur Ramadan"
Bulan Ramadan bulan ke sembilan dalam bulan Islam. Sebut sahaja ramadan apa yang terbayang adalah puasa yang diwajibkan kepada umat Islam.
Resepi Diet Makan Sahur |
Dari segi pemakanan, terdapat dua kategori lazim dalam berpuasa. Satunya, bersahur dan berbuka. Berbuka sememangnya sudah difahami bahawa berakhirnya menahan lapar dahaga untuk satu hari.
Namun, bersahur jarang yang tahu akan kepentingannya. Makan sahur adalah penting untuk mendapatkan nutrisi harian ketika berpuasa.
Dengan pengambilan bahan makanan yang betul mampu memeberikan tenaga untuk berpuasa sehingga waktu berbuka nanti.
Tiga elemen penting dalam bersahur dari segi penyediaan makanan. Karbohidrat, protein dan air.
1. Karbohidrat yang kaya dengan serat mampu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa. Contoh bahan yang mengandungi karbohidrat yang kaya dengan serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
2. Protein selain dari mampu memberikan ketahanan untuk menahan lapar ia mampu memberikan tenaga untuk kerja seharian. Contoh protein adalah telur, daging dan keju.
3. Air adalah cukup penting, tubuh manusia memang sangat memerlukan air. Dapatkan makanan yang kaya dengan air ketika bersahur.
Sudah tahu akan elemen yang terbaik untuk mengurangkan lapar ketika menahan lapar dan dahaga di bulan puasa.
Resepi Makan Sahur Ringkas
Jom cuba beberapa resepi contoh untuk sahur dan mungkin terbaik untuk mereka yang sedang berdiet namun ingin bertenaga.
1. Bubur Oat Ayam
Bubur Oat Ayam | Google Image |
Bahan A
1 cawan oat segera
3 cawan air
2 ulas bawang putih (Dicencang)
3 biji bawang merah (Dicencang)
1 keping isi ayam (Dipotong dadu kecil)
½ batang lobak merah (Dipotong dadu kecil)
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Bahan B (Hiasan)
2 sudu makan bawang goreng
1 biji cili merah (Dihiris)
1 pokok daun bawang (Dihiris)
Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan oat dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
4. Masukkan ayam, lobak merah dan garam. Kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam periuk berisi oat dan kacau rata.
6. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan bahan B.
7. Sedia dihidangkan.
2. Salad Tuna
Salad Tuna | Google Image |
1 tin tuna air ataupun pedas
1 batang lobak merah
1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
2 biji cili hijau (Dihiris)
Beberapa helai daun salad
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Asingkan tuna dan airnya.
2. Sagat ataupun racik kasar lobak merah. Kemudian basuh dan tuskan.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Sedia dihidangkan.
3. Salad Ayam Bakar
Salad Ayam Bakar | Google Image |
Bahan A
2 keping dada ayam
1 cawan yogurt asli
1 biji lemon (Diambil jus)
½ cawan daun pudina (Dicencang halus)
2 sudu makan minyak zaitun
1 batang timun jepun (Dihiris)
2 biji tomato (Dihiris)
1 biji capsicum hijau (Dihiris)
¼ biji salad lettucce (Dihiris)
garam secukup rasa
Bahan B
2 biji lemon (Diambil jus)
2 sudu makan minyak zaitun
Cara menyediakan dan memasak:
1. Buangkan kulit ayam kemudian basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan yogurt, jus lemon, daun pudina, minyak zaitun
dan garam ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama beberapa
jam.
4. Bakar ayam di dalam kuali non stick sehingga masak. Sejukkan
dan hiriskan.
5. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk.
6. Gaulkan bahan B dan tuangkan ke dalam mangkuk
salad.
7. Gaulkan perlahan-lahan dan hidangkan.
4. Sandwich Ikan Dory
Fried Fish Sandwich | Google Image |
2 keping roti jagung
5 keping salad yg digemari - saya suka baby butterhead
1 sudu besar hot dog relish- saya gemar jenama HEINZ
1 keping ikan dory frozen - lebih kurang saiz roti
1 st minyak zaitun
2 titik kicap cair
Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali xlekat dan masak ikan sampai garing sikit
2. Ikan, salad dan kemudian tuangkan relish tu kat atas roti
3. Sedap dimakan ketika panas
5. Sandwich Wholemeal
Wholemeal Sandwich | Google Image |
2 keping roti bijirin penuh (wholemeal)
2 keping deli ayam
1 keping keju
1 keping tomato yang dihiris
Daun salad segar mengikut kuantiti citarasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Letakkan daun salad di atas sekeping roti bijirin penuh
2. Letakkan hirisan tomato di atasnya
3. Setelah itu, letakkan deli ayam untuk tingkat seterusnya
4. Akhir sekali letakkan kepingan keju sebelum ditutup menjadi sandwich dengan satu lagi kepingan roti bijirin penuh.
6. Roti Telur
Roti Telur | Google Image |
6 keping roti
2 biji telur
1 biji cili merah (Dihiris halus)
1 pokok daun bawang (Diracik)
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Masukkan telur, cili merah, daun bawang, dan garam ke dalam
mangkuk dan kacau rata.
2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak.
3. Sendukkan adunan telur yang sudah dikacau rata.
4. Letakkan roti di atas telur, di dalam kuali non-stick dan biarkan sehingga
masak. Kemudian terbalikkan.
5. Sedia dihidangkan.
7. Omelet Tuna
Omelet Tuna | Google Image |
1 tin isi ikan tuna
5 biji telur ayam
15 helai daun pudina (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
2 biji cili hijau (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dicencang halus)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Hancurkan isi ikan tuna kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan gaul rata.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick.
4. Tuangkan bancuhan telur dan masakkan dengan api sederhana.
5. Terbalikkan telur perlahan-lahan dan masakkan sehingga kuning keemasan.
6. Sedia dihidangkan.
8. Sup Telur
Sup Telur | Google Image |
4 Biji Telur Ayam
2 Biji Bawang Bersaiz besar (dipotong dadu)
3 biji tomato (Dipotong dadu)
5-7 ulas cili padi jika tidak suka pedas kurangkan (dipotong-potong kecil)
Daun Sup dan Daun bawang (dipotong-potong)
Pati Ayam (ikut rasa)
Garam (sesedap rasa)
1 cawan air
Cara menyediakan dan memasak:
1. tumiskan bawang dan cili, tunggu hingga bawang lembut dan naik bau
2. Masukkan tomato, tunggu hingga tomato lembut.
3. Masukkan 1 cawan air tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan pati ayam, garam dan gaul rata.
5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuali dan tutupkan periuk selama 3 minit.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang. tutup api.
7. Hidangkan ke dalam mangkuk. boleh makan bersama dengan roti atau juga dijadikan lauk untuk makan bersama nasi.
9. Sup Tauhu
Sup Tauhu | Google Image |
2 keping tauhu lembut (Dipotong kecil)
3 biji telur
3 biji bawang merah (Dihiris)
1 ulas bawang putih (Dihiris)
4 biji kentang
1 batang lobak merah
1 pokok daun sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Potongkan lobak merah dan kentang mengikut cita rasa.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan tauhu, kentang, lobak merah, garam, dan air. Biarkan
sehingga mendidih.
4. Masukkan telur satu per satu. Biarkan mendidih sekali lagi.
5. Masukkan ke dalam mangkuk, kemudian taburkan daun sup
10. Oat Smoothies
Oat Smoothie With Banana | Google Image |
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Pisang secukup keperluan
Cara menyediakan dan memasak:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar
2. Kisarkan baha-bahan lebih kurang 5 minit (sehingga kembang)
3. Sedia untuk Dinikmati
Makanan Menyimpan Tenaga
Sepuluh hidangan ringkas diet untuk sahur di atas mengandungi tiga komponen penting untuk menghilangkan atau paling-paling mengurangkan rasa lapar selain dari terdapat tenaga untuk kerja dan aktiviti seharian, karbohidrat dengan serat, protein dan air.
Cukup ringkas dan tidak memerlukan bahan-bahan yang sukar didapati.
Jom subscribe youtube channel blog ini untuk review makanan dan tempat makan menarik :
Selamat Mencuba!
Anda fikir anda tahu 10 Resepi Diet Ketika Makan Sahur ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri