"Pak Ngah Sup Utara"
Jarang tak lari perkataan utara dengan sup. Agak banyak sebenarnya kedai makan yang menjamu hidangan sup menggunakan tema utara. Betul-betul resepi dari utara itu kurang dipastikan.
Pak Ngah Sup Utara |
Tema Sup Utara
Tidak dinafikan rempah ratus resepi sup utara agak berlainan dengan sup yang biasa kita sediakan di rumah. Dalam banyak-banyak kedai makan dengan konsep sup utara, masih ada peminatnya.
Salah satu yang agak popular sekitar Kota Kemuning dan pinggir Shah Alam dan Klang adalah sebuah kedai makan dengan tema sup utara iaitu Pak Ngah Sup Utara.
Signature Sup Utara
Sebagaimana cliche hidangan set sup utara di mana-mana kedai sup utara, terdapat hidangan set nasi jika tidak mahu sup daging atau ayam ini dijamu bersama pelbagai mi atau kue teow.
Pak Ngah Sup Utara Shah Alam
Di Kedai makan Pak Ngah Sup Utara di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam ini menyediakan dua lauk pauk utama iaitu daging lembu dan daging ayam.
Sup Campur Pak Ngah |
Menu Hidangan Utama
Setiap kali penulis berkunjung di Pak Ngah Sup Utara, set nasi sup berlaukan hirisan daging menjadi pilihan.
Set Nasi Sup Utara Daging Lembu
Sepinggan nasi yang akan disertakan dengan semangkuk sup yang dijirus di atas hirisan daging lembu yang direbus.
Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur Dadar |
Sup Utara Daging Lembu |
Telur Dadar Gebu |
Telur Masin |
Teh O Ais Limau |
Hidangan Lain
Pisang Goreng Madu
Sebenarnya pisang goreng ini antara tarikan di sini. Didirikan sebuah gerai goreng pisang yang biasa.
Seumpama satu hidangan pencuci mulut selepas menikmati aneka sup. Pisang yang disalut adunan tepung dan telur dan digoreng bersama madu cukup enak.
Pasti yang mencubanya akan memesan untuk sekali lagi. Meskipun digoreng bersama madu, rasa pisang masih kekal. Itulah uniknya untuk pisang goreng disini.
Mesti cuba.
Nasi Campur
Jika inginkan selera lain terdapat bahagian untuk mereka yang inginkan nasi campur.
Dengan lauk pauk kebiasaan masakan di siang hari.
Ulasan Penulis
Rasa Sup
Tidak banyak yang lari dari kebiasaan sup utara namun sedap dihirup apalagi ketika masih panas.
Kombinasi Terbaik Nasi Sup |
Sup disini mengekalkan rasa rempah ratus organik berbanding penambah perisa yang melampau itu menjadikan sup mereka sedap dihirup.
Portion Hidangan Sup
Dari aspek kapasiti lauk dalam semangkuk sup boleh dibanggakan, kena dengan harganya.
Boleh kembung perut kerana banyak sup akan dimasukkan ke dalam tangki perut untuk satu mangkuk.
Tekstur Lauk (Daging) Dalam Sup
Sungguh lembut dan tidak begitu kenyal, jarang memerlukan kunyahan melebihi 7 kali untuk menguraikan daging. Untuk isi dan daging tidak termasuk urat atau lemak.
Tekstur Daging Lembu Dalam Sup |
Persekitaran Kedai Makan
Agak romantik dengan suasana tidak begitu panas dan tidak pula begitu redup. Kedai makan yang menumpang celahan syarikat jualan kereta terpakai mungkin kadang-kadang menghasilkan suasana kurang tenang.
Dengan laluan hadapan (ketika penulis berada di kedai) yang masih dalam pembinaan. Sukar sedikit dalam mendapatkan parkir yang mencukupi. Mungkin apabila keadaan mula stabil masalah ini tidak akan berlarutan.
Layanan Pelayan
Dari segi layanan untuk pengunjung masih baik. Itu tidak mendatangkan apa-apa keresahan ketika menjamu selera.
Informasi Pengunjung
Lokasi
Terletak di tepi Jalan Bukit Kemuning berhampiran dengan ADTEC Shah Alam.
56,
Jalan Bukit Kemuning,
40460 Shah Alam,
Selangor
Harga Makanan
Set Nasi Sup Daging : RM 7.00
Telur Dadar : RM 1.40
Telur Masin : RM 1.00 (separuh)
Harga Makanan Di Pak Ngah Sup Utara |
Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Dibuka pada jam 11 pagi sehingga 6.30 petang kecuali hari Ahad 11.00 pagi sehingga 5 petang.
Anda fikir anda tahu Pelbagai Aneka Sup Utara Sedap Di Pak Ngah Sup Utara Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri