"Kedai Makan Sekitar GM Klang"
GM Klang tidak asing bagi mereka yang gemarkan membeli barangan pukal atau barangan secara banyak.
Nasi Kerabu Ayam Senyum Sokmo |
Shopping Di GM Klang Bandar Botanik
GM Klang bukan sahaja untuk barangan pukal malah untuk belian biasa banyak. Banyak pilihan barangan menjadikan GM Klang yang berhampiran Lebuhraya KESAS ini begitu popular.
Pernah penulis terserempak seumpama lawatan cik kiah dengan bas datang ke GM Klang.
Penulis bukan ingin bercerita tentang GM Klang. Secara normalnya yang datang ke GM Klang walaupun tidak ramai adalah yang datang dari jauh.
Mencari Tempat Makan
Bagi penduduk sekitar tidak begitu sukar untuk mengetahui kedai makan yang ada di kawasan sekitar, untuk yang baharu menjejakkan kaki sukar juga untuk mengalas perut sebelum atau selepas shopping di GM Klang.
Terdapat beberapa kedai makan sebenarnya sekitar GM Klang. Namun, penulis akan cuba kongsi akan kedai makan yang biasa penulis singgah dan cuba.
Tempat Makan Kurang Memuaskan
Terdapat juga satu kedai makan di sekitar GM Klang ini yang sudah di'banned' penulis. Penulis tidak akan menyebut nama kedai namun berhadapan bulatan kecil GM Klang. Mahal, kurang sedap dan layanan kurang memberikan ketenangan.
Penemuan Restoran Selera Pantai Timur
Dari kisah tersebutlah penulis menemui satu kedai makan yang kena dengan selera penulis. Sebuah kedai makan yang terletak bertentangan dengan parkir paling jauh GM Klang di deretan rumah kedai.
Restoran Senyum Sokmo GM Klang |
"Restoran Senyum Sokmo"
Melalui namanya sudah menggambarkan masakan pantai timur. Sebuah restoran yang baharu sahaja di buka di sekitar ini. Mula beroperasi sekitar bulan Mac 2018.
Konsep Restoran
Restoran ini menggunakan konsep makan siang. Bukan tipikal kedai tom yam yang ditemui. Kebanyakan menu makanan adalah bergulai dan berkuah.
Menu yang Dicuba
Nasi Kerabu Ayam Bakar
Satu makanan yang pantang penulis kalau terjumpa adalah nasi kerabu.
Disini penulis mencuba nasi kerabunya, adakah betul-betul nasi kerabu pantai timur atau sekadar celupan nama sahaja.
Nasi Kerabu Ayam Panggang Madu |
Diletakkan juga telur masin dan keropok keping bersama.
Pengunjung boleh memilih pelbagai lauk untuk di makan bersama nasi kerabu ini.
Penulis memilih ayam bakar yang baharu sahaja siap dipanggang di hadapan kedai makan ini.
Rasa Nasi Kerabu
Dari segi rasa, sedap dan mengena dengan citarasa nasi kerabu yang penulis cari.
Ulaman masih segar, ranggup lagi rasanya. Dengan kerisik kelapa yang ada rasa ikan dan nasinya tidak terlalu lembik atau keras.
Nasi kerabu ini adalah nasi kerabu biasa tidak bertumis, boleh tambah kuah bergulai jika rasakan ia terlalu kering.
Lauk Pauk Gulai Kawah Pilihan
Apa yang menarik akan kedai makan ini (selain hidangan nasi kerabu) adalah jenis lauk pauknya. Kebanyakan adalah lauk pauk masakan pantai timur.
Lauk Pauk Gulai Kawah |
Untuk lauk pauk lain, seperti di kedai makan biasa yang menyediakan hidangan nasi campur atau nasi pilih sendiri.
Isiapadu Air Minuman yang Banyak
Bagi air minumannya cukup isitmewa jika dikira isipadu. Penulis tidaklah menggunakan bekas yang memiliki sukatan untuk mengira isipadu air minuman di kedai ini akan tetapi melihatkan gelasnya yang agak besar sudah cukup membuktikan kedai makan ini tidak kedekut air.
Teh O Ais Limau |
Air kosongnya juga dalam isipadu yang sama.
Ulasan Penulis
Dari rasa nasi kerabu yang dicuba, nilai nasi kerabu pantai timur masih ada berbanding nasi kerabu celup atau ciplak yang pernah penulis terbeli.
Jika nasi kerabunya sama dengan nasi kerabu dari Kelantan, tidak hairan jika makanan lain menyerupai makanan dari sana.
Pilihan Lauk
Pilihan lauk pauk lain juga cukup banyak. Istimewanya terdapat lauk pauk bergulai dan berkuah yang rasanya ala-ala masakan pantai timur, deria rasa pantai timur penulis mampu mengesannya.
Ayam Sedang Dipanggang |
Air Minuman
Isipadu air minuman boleh dipuji jika anda sedang kehausan selepas membeli sakan di GM Klang. Cukup banyak jumlah airnya.
Suasana Persekitaran Restoran
Suasana kedai agak romantik dalam tema rock kapak, tidak terlampau romantik dan tidak terlampau ganas. Seumpama sedang melayani lagu-lagu kumpulan Slam.
Layanan Pekerja
Dari segi layanan staf, cukup baik setakat ini dan sentiasa memberikan apa yang pelanggan inginkan.
Bagi penulis, ini adalah antara alternatif untuk mendapatkan makanan selera pantai timur dengan harga yang berpatutan.
Informasi Pengunjung
Lokasi
Agak jauh sedikit dari pintu masuk GM Klang, jika yang parkir di petak parkir GM Klang yang paling baharu boleh melihatnya.
Berhadapan juga dengan gerai-gerai penjaja di hadapannya.
Restoran Senyum Sokmo,
NO. 3,
Jalan Kasuarina 4/KS 07,
Bandar Botanik,
41200 Klang,
Selangor
Harga Makanan
Nasi Kerabu Ayam Bakar - RM7.50
Teh O Ais Limau - RM2
Waktu Operasi Restoran
Dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam
Anda fikir anda tahu Nasi Kerabu Ayam Bakar Di Restoran Senyum Sokmo GM Klang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri