"Hidangan Western Mexico - Texas"
Terdapat satu kedai makan atau restoran di Sijangkang, Telok panglima Garang yang berkonsepkan 'western food' iaitu makanan barat.
Review Roadhouse Restaurant Sijangkang |
Tidaklah besar mana restoran ini namun tidakkah ia satu persaingan yang terlalu dekat dengan pesaingnya.
Restoran ini yakin untuk bersaing dengan pesaing makanan barat yang tidak begitu jauh jaraknya, mungkin boleh terbau masing-masing hidangan ketika dibakar, kerana konsep yang berlainan.
Konsep Makanan Texas - Mexico
Restoran yang betul-betul dipisahkan oleh kaki lima jalan raya Klang - Banting ini meletakkan tema makanan 'Tex-Mex' dalam hidangan mereka. Tex-Mex, dua istilah sebenarnya, Texas dan Mexico.
Apabila menyebut makanan barat berasaskan Mexico atau kawasan sekitarnya pasti kita akan tergambar dengan sekilas laluan bayangan di minda dengan lauk dan sayur yang dibalut roti tortilla, atau mungkin nacho dan apalagi terbayangkan kepedasan keju jalapeno mereka.
Itu biasa. Memang konsep ini yang dilakukan oleh restoran ini.
Roadhouse Restaurant Tex-Mex and Grill Sijangkang
Makanan Mexico bukanlah asing, sedangkan terdapat makanan Mexico pada hidangan di restoran makanan segera, tapi mengapa terdapat Texas, Amerika Syarikat ? Apakah sama dengan Texas Chicken yang merupakan juga restoran makanan segera.
Apa Itu Hidangan Tex-Mex ?
Mexico dan Texas sebenarnya seperti Besut dengan Kelantan, berbeza geografinya namun sama dari segi budaya, percakapan (mungkin sedikit), apalagi masakan dan makanan mereka. Begitu juga Texas yang merupakan salah satu kawasan Mexico sebenarnya sebelum bersama USA.
Mad Mex Oleh KFC Malaysia |
Lebih pedas sedikit, dan banyak tertumpu kepada makanan berasaskan madu dan keju. Itu adalah pandangan penulis mengenai masakan Tex-Mex ini.
Menu Tex-Mex Roadhouse Restaurant
Untuk lebih dekat mengenali hidangan Tex-Mex ala Roadhouse Restaurant Sijangkang ini pula, penulis memesan dua jenis makanan (untuk isteri sekali), menu berasaskan meatball dan satu lagi ayam panggang.
Untuk menu ayam panggang penulis mencuba ini namanya,
Chicken Grill Hawaian (Honey With Lemon)
Grilled Chicken Honey With Lemon |
Jejari kentang diletakkan bersama dengan semangkuk coleslaw.
Dari segi rasa ayam, mungkin ayam dibakar dengan api yang besar. Terdapat bahagian kulit yang hangus, agak merencatkan sedikit rasanya kerana terdapat rasa pahit dari terbakarnya kulit ayam.
Meletakkan madu mungkin mengurangkan sedikit kesilapan kecil ini, kesilapan yang menghadirkan rasa pahit sedikit. Madunya tidak begitu manis dan tidak begitu tawar, sedan-sedan sahaja.
Coleslaw, campuran sayuran biasa yang membezakan adalah kuah mayonisnya, rasa masam yang ada mungkin olahan sendiri. Itu rasa kali pertama penulis merasainya.
Sebagai penambah rasa disediakan sos yang seakan sos segera yang ada di pasaran. Namun, dapat dirasakan kelainanya seumpama diolah sendiri.
Mungkin sos 'signature' pemilik kedai.
Meatball Black Pepper Sauce
Meatball With Black Pepper Sauce |
Itu sahaja tiada selainnya yang dapat ditemui seperti fries atau sebarang tambahan penyeri.
Dihidangkan di atas pinggan bersaiz biasa dan boleh dilihat di mana-mana rumah. Cukup simple.
Apa pula rasanya. Tekstur bebola daging agak kenyal, tiada sebarang kelainan berbanding belian bebola daging yang disejukbeku sekitar pasaraya.
Dari segi kuahnya iaitu black pepper sauce. Penulis mencari kelainan dalam hidangan ini, namun agak gagal kerana penulis pernah menikmati yang lebih baik.
Kuahnya pekat, kepedasan lada hitam masih terasa seumpama baharu sahaja memamah lada hitam yang kecil itu.
Dari aspek tema Texas dan Mexico dalam hidangan ini, penulis gagal menemuinya.
Hiasan Luaran Dalaman Restoran
Mexico Flag Theme Table |
Fasiliti Kemudahan
Kurang bumbung melainkan ke arah belakang menghala ke dapur.
Restoran ini tidaklah sebesar restoran biasa. Mungkin mampu memuatkan dalam 15 orang dalam satu satu masa. Kedatangan yang ramai mungkin memerlukan tuan kedai menyediakan meja dan kerusi tambahan.
Pengcahayaan
Pengcahayaan yang agak malap dengan tipikal suasana romantik dengan lampu kuning malap.
Lebih banyak cahaya dari lampu jalan dan kenderaan lalu lalang sebenarnya.
Dengan tema semestinya Mexico, meja kayu yang diperbuat secara do it yourself di cat dengan warna bendera Mexico.
Cuma beberapa sahaja kelihatan meja dan kerusi ini yang lainnya, bangku dan meja yang agak panjang.
Ulasan Penulis
Makanan
Dari secara keseluruhan makananya, untuk harga yang ditawarkan agak kurang tepat rasionalnya.
Penulis pernah mencuba hidangan yang lebih sedap dengan harga berkenaan. Dengan ayam kulit terbakar, meatball yang kurang 'kaya' dengan rasa dagingnya.
Kuah lada hitam juga gagal untuk diberikan pujian, hanya terdapat rasa pedas lada hitam sahaja.
Dengan nilaian rasa sebegini mungkin harganya agak mahal.
Namun, boleh dipuji adalah olahan coleslaw dan sos merah yang disediakan. Cukup 'signature'nya untuk mereka datang lagi.
Lain dari rasa di tempat lain.
Hiasan pada makanan ? Perlu diperbaiki. kadang-kadang yang mahu makan diluar sebenarnya ingin melihat kelainan masakan yang boleh dibuat dirumah.
Persekitaran Restoran
Tidak pasti pemilik akan membuat renovasi lagi mungkin. Agak terhad sebenarnya untuk pelanggan duduk dan makan. Masih terdapat ruang kosong dihadapan kedai namun tiada sebarang meja dan kerusi dilihat.
Hiasan tema boleh dipuji, memang mengikut tema Tex-Mex, dengan cat warna Mexico itu sendiri dengan beberapa hiasan yang menarik.
Hmm, jika ditanya adakah penulis akan datang mencuba lagi, mungkin penulis akan jadikan 'last resort' jika betul-betul mengidam western food atau satu lagi restoran western food sekitar Sijangkang ini tutup.
Apa-apa pun lain orang lain citarasa, yang ingin mencuba boleh mencubanya sendiri.
Informasi Pengunjung
Lokasi Restoran
Terletak betul-betul berhampiran Jalan Klang-Banting. Arah Banting ke Klang. Jadikan Petronas dan Caltex sebagai tanda arah, restoran ini berada di tengah-tengah.
Roadhouse Restaurant Tex-Mex and Grill
Lot 1677 Sijangkang Luar,
Jalan Klang-Banting,
Telok Panglima Garang, 42500
Selangor, Malaysia
Harga Makanan
1. Chicken Grill Hawaian : RM12.90
2. Meatball : RM9.90
Lain - Lain Menu
Lamb from Australia (250g ) : RM19.90 free extra Mushroom Soup
Steak from Australia (180-200g) : RM23.00 - RM25.00 free extra Mushroom Soup
Chicken (Chop/Grill/ Bbq - Hawaian/Bullet ) : RM12.90
Pasta Carbonara with Chicken : RM12.90
Alio Olio Seafood : RM14.90
Spaghetti Meatball : RM14.90
Spaghetti Bolognese : RM10.90
Burger (Crispy Chicken/Grill Chicken/fish- with Texas Cheese)
Fries & Sarsi Float : RM14.90 - RM15.90
Fish & Chips : RM12.90
Chicken Chop Fried Rice
/Seafood Fried Rice : RM10.90
Nasi Goreng Special
Waktu Operasi Restoran
Restoran di buka pada setiap hari kecuali selasa. Beroperasi pada jam 6 petang hingga 12 malam dan pesanan terakhir diterima pada dalm 11.30 malam
Anda fikir anda tahu Roadhouse Restaurant Tex-Mex & Grill Sijangkang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri