"Jalan Jalan Japan Seremban 2"
Kegemaran penulis adalah pada barangan bundle. Barangan bundle ramai yang tersalah faham bahawa barangan bundle adalah barangan 'sampah'.
Shopping Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban |
Bundle sebenarnya sesuatu yang datangnya dalam jumlah pukal jumlah banyak. Tidak dinafikan bahawa barangan bundle adalah barangan terpakai. Bukan semua barangan bundle adalah 'sampah' atau 'sisa'.
Kebiasaan kedai atau pembekal barangan bundle kita boleh lihat di tepi-tepi jalan atau di gudang-gudang namun sukar untuk menemui barangan bundle di pasaraya atau mall.
Kalau ada pun barangan lelong untuk penghabisan stok itu bukan kategori bundle yang penulis maksudkan.
Kedai Barangan Terpakai Versi Bundle
Nah! Usah khuatir bundle sudah tinggi martabatnya. Jalan Jalan Japan mesti ada yang pernah mendengarnya. Ini adalah sebuah gedung bundle yang boleh dikatakan tinggi martabatnya.
Jalan Jalan Japan Bundle |
Sebuah gedung bundle dalam mall dan berhawa dingin, mana mahu jumpa. Hanya di Jalan Jalan Japan cawangan Seremban 2.
Pada asalnya penulis mengetahui tentang gedung sebegini dari 'group' di Facebook mengenai barangan mainan.
Pencarian Barangan Permainan
Penulis memang memiliki hobi yang agak jarang orang dewasa miliki iaitu mengumpul mainan. Kebanyakan adalah figura ataupun statue.
Gundam, itu memang adalah kemestinya.
Penulis ingin menjengah JJJ Seremban 2 ini mana tahu tersangkut dengan barangan mainan yang masih belum ditemui.
Walktrough Sekitar Jalan Jalan Japan Seremban 2
Perhiasan Rumah
Sebelum ke bahagian permainan, kita 'walkthrough' dahulu secara kasar tentang JJJ Seremban 2 ini.
Patung Hiasan |
Perhiasan Diri
Beg Comel |
Harganya juga agak murah bayangkan dari RM1 pun ada. Memang kelihatan masih baharu walaupun terpakai.
Beg Wanita |
Kawasan beg tangan wanita merupakan kawasan di mana boleh anda menemui wanita kesayangan anda jika berkunjung di sini, kalau bukan kawasan satu lagi di sinilah boleh menemui mereka.
Banyak Pilihan Beg |
Jika diteliti barangan beg sebegini tidak namapak bahawa ia adalah terpakai. Harganya ? Mampu milik untuk rakyat marhaen.
Kasut Atas Rak |
Peralatan Rekreasi Outdoor
Masih kelihatan baharu dan sukar ditentukan bahawa ia adalah terpakai. Sesuai bagai mereka yang bekerja di pejabat atau pun untuk berjalan-jalan.
Khemah dan Barangan Outdoor |
Hobi Orang Dewasa
Bagi penggemar aktiviti berkhemah dah aktiviti 'outdoor' anda tidak ketinggalan. Pelbagai barangan yang masih elok dan boleh digunakan dijual.
Peralatan Bermain Golf |
Berkilat lagi peralatan golf dengan dimasukkan dalam beg sekali. Mungkin mereka yang mempunyai aktiviti menebas bola kecil di padang rumput karpet akan teruja melihatkan peralatan mereka turut terjual di sini.
Surfing Board |
Item ini memang agak sukar ditemui. Surfing board, kalau nak dikatakan terdapat penggemar hobi ini di Malaysia. Mungkin kawasan pula tidak banyak, namun apa salahnya dapatkan sebagai cenderamata.
Permainan Dewasa dan Kanak-Kanak
Masih elok dan boleh digunakan. Itu yang penting. Barangan Jepun, selain berkualiti, pengguna juga cermat orangnya.
Rak Mainan |
Kini, sampai pula kawasan yang penulis nantikan. Memang kawasan ini berada di bahagian paling akhir dan berdekatan dengan tempat pembayaran.
Rambang mata untuk memilih. Tempat mainan. Tidak tahu mana satu mahu dapatkan.
Masked Rider Belang |
Masked Rider Pelbagai Jenis |
Figura Comel |
Tretta |
Ultraman 'Rare' |
Kereta Mini |
Isteri penulis yang sedang sibuk memilih di bahagian beg, kasut dan baju akan mengetahui 'kehilangan' penulis di bahagian ini. Jika masing-masing sedang mencari boleh ke bahagian kegemaran masing-masing.
Bukan Semua Barangan Ada
Bagi penggemar barangan gundam seperti penulis, batalkan hasrat anda untuk mendapatkan gunpla anda disini, lebih baik dapatkan melalui kedai online atau kedai mainan terpilih. Sukar untuk mendapatkannya.
Barangan Lain yang Boleh Didapati
Baby Car Seat |
Beg Pakaian |
Pinggan Mangkuk |
Lokasi Jalan Jalan Japan
Jalan Jalan Japan Seremban 2,
Centre Points,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Beroperasi setiap hari dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam (waktu Centrepoint beroperasi)
Anda fikir anda tahu Shopping Barangan Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban 2 ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri