Percutian Dua Hari Satu Malam Di Tanjung Demong Beach Resort Besut Terengganu


"Resort Di Bukit Keluang"

Persekitaran Bukit Keluang Besut Terengganu boleh penulis katakan adalah kawasan pelancongan yang lengkap setakat penulis kenali. Dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di kawasan sekitar ataupun di Bukit Keluang sendiri.


Tanjung Demong Beach Resort Besut
Tanjung Demong Beach Resort Besut
Mandi-manda di pantai, pendakian ke Puncak Bukit Keluang untuk melihat matahari terbit, paragliding untuk dicuba, peluang mengelilingin Pulau Ru dengan banana boat dan memancing atau juga menjadi tempat terbaik untuk mereka yang gemarkan barbecue di tepi pantai sebagai lokasi santapan.


Bukit Keluang menjanjikan aktiviti menarik untuk pengunjung.

Bukit Keluang Kawasan Strategik

Kedudukan Bukit Keluang yang betul-betul menyentuh Laut China Selatan menjadikannya kawasan yang strategik. Lindungan angin monsoon oleh pulau-pulau di hadapannya memberikan ketenangan kepada strukur muka bumi Bukit Keluang meskipun ketika musim monsoon.

Dengan perkembangan kawasan pelancongan Bukit Keluang yang kian dikenali. Sudah banyak penginapan dan tumpangan yang wujud. Memberikan satu petanda kepesatan pelancongan di Bukit Keluang Besut.

Resort Di Sekitar Bukit Keluang Besut

Jika dahulu hanya sebuah kawasan paya gelam kini didirikan dengan resort dan rumah penginapan.

Salah satunya adalah Tanjung Demong Beach Resort Besut.


Tanjung Demong Beach Resort Trademark
Tanjung Demong Beach Resort Trademark
Sebuah tempat penginapan yang tidak kurang tarikannya. Salah satu pilihan penulis jika berkunjung ke sekitar Bukit Keluang. Penulis telah memilih Tanjung Demong Beach Resort sebagai pilihan percutian keluarga penulis kali ini.

Apa yang menariknya tentang Tanjung Demong Beach Resort ini dan apa kurangnya penulis akan ceritakan.

Pandangan pertama penulis ketika mula-mula memasuki ruang depan resort begitu tinggi harapannya.

Percutian Dua Hari Satu Malam

Dengan harapan dua hari satu malam yang akan dipenuhi dengan jayanya.Seperti warna cat yang terdapat pada bangunannya ceria dalam erti kata tenang, warna jingga dan pic serta sedikit warna kayu untuk hiasan luaran.

Dari tempat 'receiption' lagi sudah boleh kelihatan bangunan dua tingkat yang mana merupakan bangunan kediaman penginap.

Hiasan Luaran Resort

Tema warna kayu, jingga dan koko. Kawasan lobi juga dihiasi dengan perabut kayu buatan tangan yang membentuk kerusi dan meja untuk pengunjung menunggu atau melepaskan lelah.


Bangunan Bilik Penginapan Tanjung Demong
Bangunan Bilik Penginapan Tanjung Demong
Dari kawasan lobi resort tidak banyak fasiliti yang dapat dilihat melainkan satu bangunan dua tingkat bertentangan dan kawasan parkir yang agak luas.

Itu permandangan pertama sebelum memasuki bilik yang ditempah.


Laman Tengah BilikTanjung Demong
Laman Tengah BilikTanjung Demong
Memandangkan abah penulis yang agak tidak sihat keadaannya, penulis dan isteri memilih tingkat bawah di bangunan berdekatan kawasan lobi resort. Tidaklah begitu jauh antara tempat parkir dan bilik.

Suasana Bilik Inapan Di Tanjung Demong Beach Resort

Tidak begitu banyak yang digambarkan untuk sebuah resort biasa. Tipikal resort bajet, terdapat bilik air di permulaan masuk, katil disebelah sisi dan televisyen atau kelengkapan lain bertentangan dengan katil.


Bilik Resort Tanjung Demong
Bilik Resort Tanjung Demong
Keluasan Bilik

Secara anggaran 20 kaki X 10 kaki keluasannya. Selesa untuk dua penginap.

Kategori Bilik


Katil Bilik Tanjung Demong Resort
Katil Bilik Tanjung Demong Resort
Dilengkapi dengan dua kategori bilik,satunya memiliki dua buah katil dan lainnya memuatkan tiga buah katil pada keluasan bilik yang sama.

Pendingin Hawa 

Tersedia pendingin hawa yang telah dihadkan penggunaan eletriknya. Pengunjung boleh menggunakan julat suhu antara 20-28 darjah celsius sahaja.

Dibalik tirai langsir terdapat balkoni bersaiz kanak-kanak yang memisahkan ruangan bilik dengan taman buatan di tengah-tengahnya.

Tipikal Bilik Bajet Percutian


Kelengkapan Dalam Bilik Resort
Kelengkapan Dalam Bilik Resort
Tiada sebarang kelainan berbanding dengan tipikal bilik sebuah resort lain. Katil, televisyen, set minuman termasuk cerek air, dan beberapa soket eletrik. Bilik airnya agak luas dengan dilengkapi pancuran pilihan air panas atau sejuk.

Untuk kelengkapan bilik cukup puas hati dengan bajet untuk satu malam.

Resort Berhampiran Pantai

Kedudukan resort ini jika dibuat carian melalui google maps sememangnya berdekatan dengan laut atau pantai.


Suasana Sunrise Pantai Tanjung Demong Resort
Suasana Sunrise Pantai Tanjung Demong Resort
Bukan bersebelahan namun agak jauh sedikit dengan kawasan pantai. Pesakit yang memiliki kurang keupayaan menggunakan kaki atau paru-paru mungkin agak sukar untuk ke pantai.

Jarak Pantai dan Bilik Inapan

Secara anggaran yang boleh penulis jelaskan jarak antara pantai dan kawasan lobi resort adalah mungkin lebih kurang 300-400m jaraknya. 12-15 minit jika berjalan kaki.

Usah khuatir terdapat bangunan bilik inapan berdekatan pantai yang mungkin mengurankan jarak ratus-ratus meter berkenaan.

Dua Buah Kolam Mandi


Kolam Mandi Di Tanjung Demong Resort
Kolam Mandi Di Tanjung Demong Resort
Tidak dinafikan kolam renang antara fasiliti yang akan ditanya terlebih dahulu penginap sesbuah resort atau tempat penginapan.




Di Tanjung Demong Beach Resort terdapat dua buah kolam yang berlatarkan jubin biru. Satu untuk kanak-kanak, dan satu lagi untuk bukan kanak-kanak.

Kedalaman Kolam

Bagi kolam kanak-kanak berkedalaman 4 kaki, untuk kolam dewasa berkedalaman sekitar paras dada seorang lelaki normal berketinggian 1.7m.

Bukan penginap boleh menggunakan kolam dengan pendaftaran dahulu di bahagian receiption dengan bayaran tertentu.

Fasiliti Lain Sekitar Resort

Fasiliti lain yang terdapat disini yang dapat dilihat adalah ruang makan, surau dan taman permainan tepi pantai yang turut dilengkapi dengan bangku dan teduhan sekitar pantai jagaan pihak resort.

Pantai dikelaskan sebagai 'private beach' untuk pengunjung resort sahaja.

Ulasan Penulis

Dari segi kelengkapan yang terdapat dalam bilik inapan cukup berpuas hati. Dengan bilik berhawa dingin dan mandian panas sudah memadai untuk keselesaan.

Namun, tempat meletakkan selipar atau kasut agak mengelirukan, letak di luar atau di dalam bilik. Untuk selipar jepun memang tiada sebarang kekesahan namun untuk kasut yang berjenama mungkin agak berterabur jika tiada tempat khas untuk kasut/selipar.

Kupon Sarapan Jarang Ditemui

Terdapat kupon untuk satu bilik sarapan pagi. Terbaik untuk harga tersebut, maksud penulis dengan harga bajet bawah RM200.

Namun, dari pengalaman penulis, sarapannya bukan dalam kategori 'buffet' namun 'ala carte' yang dipaksa.

Bukan hidangan buffet sarapan yang selalu penulis inap di mana-mana. Ditanya inginkan nasi goreng atau mi goreng, dan habiskan dalam masa yang sama berakhirlah upacara sarapan pagi anda disini.

Kelihatan penuh dengan meja dan kerusi serta kaunter buffet namun mungkin sekadar penyeri suasana. Cukup menghampakan.

Kebersihan Kolam Mandi

Kebersihan kolam dalam keadaan terbaik. Masih terdapat bauan klorin yang digunakan jika anda pengguna kolam pertama.

Kelihatan pekerja mengambil bacaan keadaan air kolam, cukup prihatin.

Keadaan Sesak Waktu Puncak

Cuma akan agak sesak apabila waktu cuti atau waktu puncak ditambah pula polisi penggunaan kolam terbuka kepada bukan penginap.

Keseluruhan untuk resort ini cukup baik untuk harga bajet.

Informasi Pengunjung

Lokasi Resort

Berada di kedudukan antara Bukit Keluang dan Kuala Besut. Jadikan bulatan menuju ke Bukit Keluang sebagai petunjuk.

Jika dari Kuala Besut, masuk ke 'exit' pertama bulatan, penuh dengan papan tanda Tanjung Demong Resort.

Tanjung Demong Beach Resort,
25, 
Jalan Bukit Keluang, 
Tanjung Demong, 
22200 Kampung Raja, 
Terengganu



Jika datang dengan kapal terbang, jangan gunakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu sebagai lapangan terbang untuk ke destinasi kerana jarak Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu lebih hampir dengan destinasi.

Harga Bilik Penginapan

Harga Bilik Dua Katil Sederhana Kecil : RM135/malam
Harga Bilik Tiga Katil Sederhana Kecil : RM160/malam

Aktiviti Sekitar Resort (Cadangan)

-Hiking (Bukit Keluang)
-Mandi Di Pantai (Private Beach Resort)
-Memancing (Bukit Keluang)
-Fotografi
-Island Hopping ke Pulau Ru

Fasiliti

-Kolam (kanak-kanak dan dewasa)
-Ruang Makan (tiada ala carte/belian biasa)
-Gelanggang Permainan
-Pantai (sukaneka dan mandi manda)

Parkir Kenderaan

Cukup luas dan teratur

Melihatkan semua famili ceria dan selesa dengan resort bajet sebegini itu sudah cukup puas walaupun waktunya begitu singkat.


Tanda Kenangan Bersama Keluarga
Anda fikir anda tahu Percutian Dua Hari Satu Malam Di Tanjung Demong Beach Resort Besut Terengganu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan