"Nasi Lan Kedah Putrajaya"
Sebelum ini penulis berjaya menjejakkan kaki ke Nasi Lan Kedah cawangan Shah Alam.
Nasi Lan Kedah bukan sahaja membuka cawangannya di Shah Alam.
Nasi Lan Kedah Putrajaya |
Nasi Lan Cawangan Putrajaya
Kini Nasi Lan Kedah sudah membuka cawangan mereka di Putrajaya.
Nasi Lan Kedah cukup popular dengan hidangan nasi kandar. Itu adalah hidangan utama mereka.
Pilihan Bukan Mamak
Bezanya bukan berkonsepkan mamak.
Bagi mereka yang gemarkan nasi dengan kuah campur dengan rasa rempah yang pelbagai boleh mencuba nasi kandar versi utara ini.
Mungkin sudah muak dengan masakan kuah kandar dari mamak, boleh cuba Nasi Lan Kedah.
Sotong Kembang Trademark
Di Nasi Lan Kedah Shah Alam penulis mencuba sotong kembang mereka. Agak mahal untuk rakyat marhaen. Makan sekali-sekala boleh sahaja.
Nasi warna kuning (ala-ala nasi ayam), campuran kuah pelbagai (kari, kerutuk dan sebagainya) dengan lauk pauk seperti sotong, udang, ayam serta ikan adalah bahan-bahan biasa dalam nasi kandar Nasi Lan Kedah.
Nasi Kuning Lauk Ayam Goreng Kuah Campur
Kali ini penulis tidak mengambil sotong kembang sebagai lauk, kali ini ayam goreng yang agak berempah.
Nasi Lan Kedah Kandar Ayam Goreng |
Datang sahaja di Nasi Lan Kedah Putrajaya meskipun hari Sabtu dan waktu makan tengah hari keadaan masih tenang tidak sebagaimana di Seksyen 16 Shah Alam yang beratur sehingga kedai sebelah panjangnya.
Sistem Layan Diri Fast Food
Masuk sahaja terus ke bahagian kaunter mendapatkan makanan. Pengunjung akan ditanya oleh cashier sebagaimana membuat pesanan di Subway atau Fast Food lain.
Pilihan nasi semestinya tiada pilihan lain, pilihan lauk, kuah yang dicampur dan sayur. Dua sahaja pilihan sayur antara kobis goreng atau bendi celur.
Minuman Datang Kemudian
Selesai membuat pilihan terus membuat bayaran. Pelanggan akan diberikan satu 'penanda' yang bernombor untuk dibawa bersama iaitu nombor giliran untuk minuman. Minuman datang kemudian dengan penghantaran oleh pekerja di meja makan pelanggan.
Sekali pandang, memang caca marba persembahan makanan di pinggan.
Semuanya bercampur aduk dalam satu pinggan. Bagi mereka yang kali pertama memakan nasi kandar, mungkin pelik akan hidangan ini.
Rasa Nasi Kandar Lan Kedah
Dari segi rasa, masih sama dengan yang di Shah Alam. Kuah pekat yang berempah rasanya. Ayam goreng yang masih memiliki minyaknya dan cukup garing.
Rasa kuah nasi kandar tidak dimasinkan sangat kerana dalam satu set hidangan Nasi Lan Kedah ini diletakkan telur masin sebagai penambah perisa.
Ulasan Penulis
Untuk cawangan Nasi Lan Kedah Putrajaya pernah di blacklist sebenarnya.
Dengan aduan milo basi dan kehadiran lipas, pekerja yang memakai barangan kemas ketika berurusan dan susunan makanan dalam peti sejuk tidak teratur. Diarahkan untuk tutup operasi oleh Perbadanan Putrajaya atas faktor kebersihan.
Menimbulkan sedikit syak akan kedai ini. Namun, pada hari penulis berkungjung alhamdulillah tiada sebarang perkara tidak diingini kelihatan.
Mungkin sudah insaf. Nasi Lan Kedah cawangan ini telah diubahsuai semula sebagaimana buka buku baharu.
Bagi peminat nasi kandar boleh tahan kombinasi rasanya. Mungkin bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan nasi kuah bercampur, jangan campurkan kuahnya ambil sahaja satu atau dua kuah.
Dengan Sayur Bendi |
Ruang makan yang luas dan susunan yang cukup cantik memandangkan masih baharu. Sinki dan tisu disediakan.
Setakat penulis ke sini, dari segi makanan dan suasana dalam keadaan terbaik.
Kuah agak pekat dan mungkin tambahan telur masin kurang sesuai untuk campuran semua kuah yang ada dalam dulang.
Rasanya masih sama dan berjaya di habiskan dengan cemerlang sebelum penulis dan isteri menuju ke Mr DIY di bangunan yang sama.
Informasi Pengunjung
Lokasi Nasi Lan Kedah Putrajaya
Terletak di pinggir Putrajaya yang diberikan nama Precint Diplomatik atau precint 14.
Berhadapan dengan Jalan P14. Cukup mudah untuk dilihat jika sudah berada di Jalan P14 ini.
Jalan Perak P15,
Presint Diplomatik,
62050 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Harga Makanan Nasi Lan Kedah
Nasi Kuning
Ayam Goreng (sayap)
Sayur Kobis
Telur Masin
Nasi Kuning
Ayam Goreng (sayap)
Sayur bendi
Telur Masin
Limau ais
Semua makanan di atas berharga RM20.
Waktu Operasi Nasi Lan
Dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Parkir Kenderaan
Agak terhad memandangkan menggunakan parkir rumah kedai. Elakkan waktu puncak jika tidak mahu berjalan jauh atau baharu sahaja selesai pembedahan kaki.
Anda fikir anda tahu Nasi Kandar Kuning Ayam Goreng Nasi Lan Kedah Putrajaya ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri