"Warung Imam Muda"
Menu kambing adalah antara menu yang memiliki peminatnya sendiri. Ada yang semata-mata berulang alik dengan jarak yang jauh semata-mata untuk menikmati menu masakan berasaskan daging kambing.
Nasi Kambing Bakar Warung Imam Muda |
Lamb Chop Hidangan Popular
Paling popular adalah dalam menu 'lamb chop', harganya juga lebih mahal berbanding hidangan western lain. Daging kambing memang sesuai dengan sediaan perapan sebelum dibakar. Jarang sekali jumpa dengan hidangan daging kambing goreng atau gulai.
Bukan tiada, cuma tidak sepopular daging kambing yang dibakar.
Jika dimakan dalam bentuk hidangan western food cukup biasa. Meratah daging kambing yang dibakar dengan coleslaw dan kentang goreng, itu biasa.
Kurang biasanya apabila dimakan dengan nasi putih dengan sup. Itu dahulu, kurang biasa. Tapi kini sudah banyak penyediaan menu kambing bakar dimakan bersama nasi dan sup.
Bukan kali pertama penulis mencuba hidangan sebegini, kali pertama ketika mencuba hidangan ini di Setia Taipan Setia Alam.
Daging Kambing Bakar Jalan Kebun
Untuk kali ini, penulis mencuba pula nasi putih dengan sup berlaukkan daging kambing bakar di kawasan yang sedang membangun kepesatan ekonomi dari sosio permakanan iaitu Jalan Kebun.
Jalan Kampung Lombong sebenarnya. Terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan nasi daging kambing bakar set di Jalan Kg Lombong ini. Kedai tersebut dikenali sebagai Warung Imam Muda.
Bukanlah asing bagi penulis yang pernah menetap di kawasan sekitar sini. Namun ini kali pertama mencuba hidangan disini.
Warung Imam Muda Jalan Kebun
Nama warungnya sahaja sudah komersil. Warung Imam Muda, merupakan gelaran yang cukup laris di dunia selebriti apabila terdapat gelaran ini dipangkal nama.
Kita akan bercerita perihal asal usul Warung Imam Muda nanti, siapakah iman muda tersebut ?
Set Nasi Kambing Bakar Imam Muda
Kita menyelusuri perihal nasi kambing bakar popular di warung Imam Muda Jalan Kebun ini.
Set Nasi Daging Kambing Bakar Imam Muda |
Nasi Putih
Semangkuk Nasi Putih |
Didatangkan dalam pinggan.
Daging Kambing Bakar Black Pepper
Daging Kambing Black Pepper |
Hijau dan hitam kombinasi pada pinggan ini.
Bau hamis menandakan memang daging kambing disediakan.
Sup Kosong
Sup Kosong |
Sup adalah kombinasi terbaik untuk membantu campuran-campuran ini sampai ke tangki perut selepas dilincirkan olehnya. Sup berperisa dengan taburan daun sup.
Teh O Ais Limau |
Ulasan Penulis
Dari segi rasa daging kambing bakar dengan sos, sedap, bukan terlalu sedap atau terlalu tidak sedap. Sesuai dengan harganya. Portion lauk boleh diberikan pujian, agak banyak.
Rasa Daging Kambing
Dari segi tektur daging kambing, masih lagi dari aspek sedan-sedan, masih senang dikunyah tidak begitu liat. Cukup senang menggunakan sudu dan garfu untuk meleraikan isi dengan tulang.
Terdapat bau hamis kambing, untuk mereka yang tidak gemarkan bau ini mungkin akan terkesan sedikit.
Rasa Sos Lada Hitam
Sos lada hitam tidak begitu menonjol, dengan maksud adalah baik kerana tidak terlalu merosakkan rasa daging kambing. Agak cair dan sukar untuk melekat pada daging. Namun masih sedap.
Sup kosongnya tidak begitu kosong. Masih terdapat rasa penambah perisa kekurangan rasa rempah.
Dari segi persekitaran, kerana terlalu hampir dengan parit bersebelahan mungkin terdapat masa yang menghadirkan aroma yang tidak senang dari kawasan parit.
Rating Warung
Secara keseluruhan agak baik, adakah penulis akan datang lagi ? Ya
Dengan mata 3.5/5 boleh diberikan.
Info Warung
Meskipun dinamakan Warung Imam Muda, kedai makan ini bukanlah dimiliki atau ada tempias dari rancangan realiti Imam Muda di Astro.
Imam muda yang terdapat pada nama warung ini adalah kerana pemiliknya adalah seorang imam muda (timbalan imam) di kariah ini.
Penulis juga ada terfikir adakah ia milik salah seorang peserta imam muda di kaca tv. Memang bukan tepat sangkaan penulis.
Konsep islamik diterapkan dalam pengurusan warung, dengan alunan dari corong pembesar suara yang menyenangkan dan dengan pemakaian pekerja yang lebih menjurus kepada kesopanan dan kesusilaan.
Informasi Pengunjung
Lokasi Di Kg Jalan Kebun
Terletak di Lorong Haji Hussain, Kampung Jalan Kebun tidak sesukar mana untuk ke warung ini.
Jalan Haji Hussin,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam,
Selangor
Waktu Operasi Warung Imam Muda
Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat. Beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang. Dua sesi makanan disediakan, 8-11.30 pagi untuk sarapan dan 11.30 sehingga 3 petang untuk hidangan berat.
Harga Makanan
Dua set nasi daging kambing bakar dengan air limau ais dan teh o ais limau dalam RM22.50
Kawasan Parkir
Cukup Luas dan disediakan untuk pengunjung. Melebihi 10 kenderaan bersaiz sedan boleh dimuatkan dalam satu-satu masa.
Anda fikir anda tahu Nasi Daging Kambing Bakar Warung Imam Muda Kampung Jalan Kebun ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri