"Masbro Village Melaka Review"
Spongebob Squarepants adalah kartun kegemaran penulis. Jika anda peminat spongebob, semestinya anda akan tahu akan konsep dan suasana persekitaran dalam bikini bottom.
Masbro Village Melaka |
Berpinau biji mata untuk mereka yang menggunakan 'sniper'.
Itu kartun dan permainan yang agak bewarna-warni.
Senibina Kediaman Warna Warni
Gamcheon Village
Gamcheon Village | Google Image |
Dari jauh sudah kelihatan warna merah jambu, warna biru muda, turqoise, dan banyak lagi warna yang begitu 'fotogenik' suasananya. Peminat rancangan variety show Running Man mesti akan pernah terlihat rumah-rumah ini dijadikan kawasan permainan mereka.
Brighton Beach Melbourne Australia
Bath Room Melbourne | Google Image |
Tambahan pula dengan panorama tepi laut sekitar Melbourne menambahkan lagi 'striking' pada rumah segi tiga ini. Pasir yang memutih, langit membiru dengan jaluran rumah segitiga yang cukup unik yang diserikan dengan pelbagai warna pada dindingnya.
Rumah-rumah segitiga yang bewarna-warni ini adalah rumah untuk 'membilas' badan setelah puas mandi manda dan berjemur di pantai.
Konsep dan Tema Homestay
Di Malaysia, homestay merupakan salah satu penginapan yang cukup laris pilihan pelancong. Tempatan mahupun luar negara.
Kebiasaan konsep homestay menumpukan kepada satu penginapan yang kelompok yang agak ramai. Bersama keluarga atau rakan-rakan. Lagi ramai lagi meriah.
Apabila sesuatu kawasan penginapan didiami ramai orang yang menginap dengan konsep homestay pula, agak sesuai kawasan berkenaan digelar perkampungan atau 'village'.
Dengan inovasi dari kawasan tarikan Gamcheon Village di Korea Selatan dan tema rumah mandi berbentuk segitiga di Melbourne, di Malaysia pun ada memiliki kriteria penginapan seumpama ini.
Tidak begitu jauh dari Lembah Klang, mukim Paya Rumput dalam negeri Melaka menjadi pilihan kawasan yang diberikan nama
Masbro Village Melaka
Deretan rumah berbentuk segitiga dengan variasi pilihan warna-warni pada sisi luar penginapan.
Kotej Bewarna-Warni |
Satu Unit Rumah Segitiga Kuning |
Rumah Kelabu No 13 Masbro |
Pandangan Dari 1st Floor |
Kotej Warna Warni Dua Tingkat
Satu unit rumah/bilik segitiga ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian bawah (ground floor) dan bahagian atas (first floor).
Rumah Warna Pink Masbro |
Tangga Ke 1st Floor |
Pada bahagian ground floor dilengkapi dengan katil sofa (sofa dan katil dalam satu masa). Dua buah katil bersaiz queen pada first floor. Satu katil mampu memuatkan dua orang manusia bersaiz purata warga Malaysia yang tidak obes.
Katil Queen Sized |
Ruangan Bersama Katil 1st Floor |
Dua buah pendingin hawa dipasang untuk kedua-dua aras selain dari dilengkapi juga dengan dua buah kipas siling masing-masing pada aras berlainan.
Air-Conditioner |
Kipas Siling |
Tandas Setiap Floor |
Lubang Soket yang Banyak |
Ruang Dapur
Ruang Dapur Memasak |
Peti Sejuk Disediakan |
Set Televisyen dengan dekoder astro njoi sebagai 'hiburan' ketika menyimpan barangan atau sebagai ulit tidur.
Set Televisyen dan Astro |
Kapasiti Penginap
Walaupun satu unit rumah ini cukup luas untuk keluarga kecil, namun, dicadangkan untuk satu unit didiami oleh 4 orang maksima penginap adalah 6 orang (termasuk kanak-kanak).
Untuk dua orang tambahan ini akan dikenakan caj bayaran.
Kerangka besi dijadikan 'frame' untuk mengukuhkan unit rumah ini. Namun, dinding dalam dan lantai untuk first floor diperbuat dari papan mampatan habuk kayu yang telah di varnis.
Suasana Laman Luar Masbro Village
Suasana luar ceria di siang hari dan romantik di malam hari. Terserlah suasana dengan pantulan cahaya matahari yang memancar terus ke unit yang bewarna-warni.
Hiasan Luar |
Dengan berbekalkan lampu ikea, pada waktu malam laluan yang diperbuat dari batu bata merah disinari dengan lampu tergantung dengan jarak yang agak jauh mendatangkan mood dan suasan redup dan tenang.
Suasana Di Malam Hari |
Kolam Renang
Terdapat satu takungan kolam berlatarkan mozek biru. Terletak di tengah-tengah 'kampung' unit-unit kotej warna-warni.
Kolam Renang Masbro Village |
Dua takungan bercantum dengan masing-masing dengan kedalaman berbeza. Bagi kolam renang dewasa berkedalaman paras dada bagi mereka yang berketinggian 170cm dan untuk kolam renang kanak-kanak mencecah paha manusia berketinggian 170cm. Apa yang pasti kedua-dua kolam hanya paras dada seekor itik.
Kolam Di Tengah - Tengah Kediaman Indah |
Ulasan Penulis
Dari segi suasana, dekorasi dan susunan luar unit kediaman segitiga dengan warna berbeza memang terbaik.
Persekitaran Indah
Memang kena dengan gaya penulis yang inginkan suasana yang 'camera friendly'. Cukup menarik apabila ditangkap dengan kamera.
Hiasan dalam untuk 'first impression' menyenangkan jiwa penginap. Dengan lampu yang agak romantik dan susun atur perabut dan perkakas yang tidak menyerabutkan ruang pasti penginap sangat berpuas hati dengannya.
Cuma bolehlah disediakan 'utensil' seperti sudu, garfu dan pinggan serta cawan untuk kegunaan penginap.
Dari segi penjagaan kolam, kurang memuaskan, apabila keadaan kolam dipenuhi dengan bilangan pengguna yang ramai, keadaan air kolam mula berubah, sedikit keruh dah terdapat bauan yang kurang menyenangkan menerjah deria bau.
Cafe Tidak Beroperasi
Terdapat cafe (nissa cafe) namun tidak dibuka. Jika beroperasi mungkin memudahkan penginap mendapatkan bekalan makanan di waktu malam apabila tidak mahu keluar ke pekan atau bandar. Jika dilihat dalam galeri blog rasmi masbro nissa cafe memang menyajikan makanan namun ketika penulis menginap, tertutup dan mungkin sudah lama tidak dibuka.
Mungkin akan dibuka nanti, ini akan lebih baik mungkin dengan pakej 'buffet breakfast'.
Kekurangan
Apabila penginap atas berjalan, lantai bahagian first floor akan mengeluarkan bunyi yang mungkin agak mengganggu sedikit. Pada tengah harinya, agak lambat untuk sejuk walaupun dipasang pendingin hawa dan kipas.
Kelebihan
Dari segi suasana, rekabentuk dan hospitaliti masih terbaik. Tidur malam juga nyenyak, air mandi juga laju cuma kekurangan sabun sebagaimana lain-lain penginapan pernah penulis inap. Jika unit-unit bewarna warni ini berada di tepian pantai mungkin lebih menarik.
Informasi Pengunjung
Lokasi
Terletak di Mukim Paya Rumput dalam daerah Melaka Tengah. Memerlukan 2 jam atau lebih dari lembat klang melalui lebuhraya utara-selatan PLUS.
Keluar Exit Simpang Ampat, dapatkan lebuh AMJ dengan bantuan google maps dan waze, pasti sampai ke destinasi. Berada ditepi jalan lebuh AMJ tidak sukar untuk dicari.
Lot 291,
Batu 7 ½, Paya Rumput,
Jalan Paya Rumput Perdana,
76450 Melaka
Harga Bilik
Bilik standard bermula dengan RM280/malam. Caj akan dikenakan untuk penginap melebihi 6 orang termasuk kanak-kanak.
Tambahan RM30 untuk setiap orang.
Penginap boleh membuat tempahan warna apakah warna unit yang anda inginkan.
Waktu Operasi/Urusan
Check In : 3 petang
Check Out : 12 tengah hari
Pakej Lain Disediakan
Family Day.
Canopy Services.
Car Rental Services.
Shuttle Services.
Private Tour Services.
Snorkeling.
Island Hopping.
Boat Rental Services.
Meals Above 50 Pax Can Be Arranged.
Brand New Cafe Coming Soon.
Parkir Kenderaan
Kawasan Parkir Masbro |
Padang Luas Masbro |
Secara keseluruhan Masbro Village cukup menarik dan mempersonakan. Jika ditanya adakah penulis akan berkunjung lagi, jawapannya mesti ya.
Jika tidak mengambil kira aspek suhu sekitar mungkin merasakan suasana ala-ala percutian di luar Malaysia.
Ah, apa yang nak dibanggakan luar negara, jika di sini pun ada.
Untuk lebih menikmati (pre-menikmati) tonton video pendek 'walk through' sekitar Masbro Village Homestay Melaka di bawah:
Untuk tempahan penginapan di Masbro Village Homestay di Melaka, klik 'banner' di bawah:
Anda fikir anda tahu Menginap Di Rumah Warna Warni Masbro Village Homestay Boutique Melaka ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri