Pantai Senok Kelantan | Dari Port Memancing Kepada Pulau Nami Malaysia


"Rhu Pantai Senok Bachok"

Pohon rhu dan pantai bukanlah kombinasi asing simbiosis alam semulajadi tepian laut.
Kehadiran pohonan rhu menggambarkan betapa tenangnya sesebuah pantai.


Pantai Senok Bachok Kelantan
Pantai Senok Bachok Kelantan
Dengan sifatnya yang memiliki daunan halus untuk melindungi dari angin kencang dari laut menjadikan tumbuhan ini lebih menarik. Jika pohon rhu hidup berkumpulan sehingga membentuk rimbunan pohon rhu bertambah indah kawasan berkenaan.



Pohon Rhu dan Pantai



Dengan pasir pantai memutih, cahaya matahari yang melalui celahan daunan pohon rhu yang halus dan batang pohon yang seumpama ukiran alam menjadikan suasana tepian pantai yang banyak ditumbuhi pohon rhu sangat indah.




Keindahan Pulau Nami Korea Selatan

Sebagai contoh, Pulau Nami di Korea Selatan. Pohon rhu ditanam menjadikan suasana lebih meriah apalagi ketika musim bunga dan panas. Menjadi tarikan peminat alam semulajadi dan mereka yang gemarkan fotografi.


Nami Island | Google Image
Itu di Korea Selatan, nun jauh disana.

Dengan iklim tropika dan panas berlembapan, bukan penghalang untuk pohon rhu hidup subur dibumi Malaysia.

Jika ingin mengetahui berapa dekat anda dengan pesisir pantai, lihatlah pohonan rhu yang ada, semakin banyak bilangan semakin hampir dengan pantai.

Pantai Senok Kelantan

Di Malaysia, terdapat satu tempat menarik yang menjadikan Pulau Nami, Korea Selatan sebagai idola. Idola dalam erti kata lanskap yang terdapat di sana.



Pantai Senok Bachok Kelantan.

Kawasan pantai yang berhampiran muara sungai Pengkalan Datu. Telah dipilih kesesuaian kawasannya untuk dijadikan kawasan hutan rhu yang indah.

Gelaran Pulau Nami Malaysia

Pohon-pohon rhu ditanam selari memanjang dengan jujukan melintang dengan pantai. Sunggh indah apabila berada di bawah teduhan hutan buatan manusia ini.




Dengan jolokan Pulau Nami Malaysia, Pantai Senok di jajahan Bachok menjadi tarikan kerana rimbunan pohonan rhu.




Kawasan dahulunya hanyalah kawasan para pemancing mendapatkan hasil pancingan ikan gelama kini sudah tercatat dalam 'bucket list' pelancongan di kelantan.

Kedai Makan dan Homestay Banyak

Sudah banyak kedai makan dan homestay yang tumbuh hasil dari pemuliharaan semula pantai untuk menjadi Pulau nami Malaysia.




Malahan, stesen minyak juga sudah ada dikawasan yang dahulunya agak terpencil ini.

Dari 'port' memancing kepada sebuah pantai tarikan pelancong.



Dibahagian permulaaan penanaman rhu, terdapat warung-warung kecil yang menjual hidangan ringan seperti fishball dan keropok lekor.

Keropok Lekor dan Air Kelapa Asli

Boleh berehat seketika selepas penat mengambil gambar dalam hutan pohonan rhu. Basahkan tekak dengan air kepala yang segar.




Mahukan maggi telur sotong, maggi ketam, mi celup dan banyak makanan sedap dari Kelantan, kini Pantai Senok Tawang Bachok salah satu kawasan pilihan para food hunter dan traveler.




Penulis dan isteri akan sentiasa singgah di pantai ini untuk berehat sebentar memandangkan kampung halaman kami berdua berada di antara Pantai Senok Bachok.




Alamat





 Agak dukacita sebenarnya, sepatutnya perlu dijaga keindahan untuk bersama. Namun, terdapat juga sekelompok manusia yang gagal menjadi manusia dengan melakukan kerosakan seperti pembuangan sampah yang tidak terkawal.



Untuk gambaran lebih lanjut mengenai suasana di Pantai Senok boleh lihat video dibawah dengan bantuan seekor kambing warga tempatan.




Anda fikir anda tahu Pantai Senok Kelantan | Dari Port memancing kepada Pulau Nami Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan