Kepedasan Maggi Pedas Giler Tom Yummz (Tom Yam) Berbanding Ramen Samyang


"Review Maggi Pedas Giler"

Apabila bercerita tentang makanan, penulis akan menetapkan satu aras atau tangga untuk setiap kategori. Salah satunya kepedasan, berapa pedaskah makanan pedas tersebut.


Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Jika sebelum ini penulis ada membuat ulasan (review) mengenai ramen viral keluaran Samyang yang begitu mendapat banyak sambutan dalam cabaran memakan ramen segera viral ini.


Dari aspek halal dan rasanya telah penulis kupas pada entri terdahulu.

Setiap yang popular dan terkenal pasti ada pencabarnya. Pencabar untuk ramen samyang ini datangnya dari pengeluar mi segera terkenal tempatan.

Maggi Pengeluar Mi Segera Popular

Tidak kira apa latar belakang anda, agak mustahil jika tidak pernah mencuba mi segera maggi, sehinggakan segala mi segera yang ada menerima nama samarannya. Semua adalah megi.

Jenama mi segera Maggie sudah lazim menjadi sebutan di bibir mereka yang sukakan mi segera dengan jenama ini. Namun, namanya agak kabur dan pudar seketika apabila datangnya jenama mi segera dari luar sebagai contoh ramen Samyang.

Dicabar Ramen Samyang

Harga yang mahal pada ramen samyang hot chicken bukanlah satu cabaran atau menjadi permasalahan kepada peminat mi segera, tambahan pula tsunami populariti rancangan dari korea selatan.


Sebungkus Samyang Ramen Hot Chicken
Sebungkus Samyang Ramen Hot Chicken
Jenama Maggi untuk jabatan mi segera sudah hambar, itu belum lagi disaingi oleh pesaing terdekat mi segera iaitu mamee.

Apa yang viral biasa tidak kekal lama, mi segera ramen samyang mula pudar tular dan trendingnya.

Pada masa inilah mi segera maggie boleh mendapatkan kembali perhatian dan popularitinya dari marhaen atau netizen di Malaysia.

Bukan hanya sentiasa berada di bibir pelajar yang sudah kehabisan wang saraan ketika belajar sahaja, mi segera maggie perlu menaikkan kembali gelaran mi segera yang pernah dipegangnya dalam kategori paling pedas.

Memperkenalkan Mi Goreng Pedas Giler

Dengan usaha yang ditunjukan untuk mengatasi mi segera ramen hot chicken samyang siapakah yang paling pedas. Maggie mula mengeluarkan satu mi segera yang diberi nama Mi Goreng Pedas Giler.


Maggi Pedas Giler Cup
Namun, adakah memang kena nama dan karakter mi segera ini ? Pedas giler, bunyianya seakan pedas tiada taranya.

Dari segi luaran pembungkusan mi goreng pedas giler keluaran Maggie ini agak konvensional sama sahaja dengan mi segera bungkusan samyang atau mana-mana mi segera.

Penulis mendapatkan maggie mi goreng pedas giler yang dibungkus di dalam mangkuk yang bersaiz biasa.

Dengan latar belakang hitam dengan gabungan warna api iaitu merah dah kuning menggambarkan satu situasi yang pedas dan 'hot' jika di terjemah ke bahasa inggeris.

Biasalah pandangan skeptikal, pedas sangatkan mi segera ini berbanding mi samyang yang mampu menyebabkan penulis menghabiskan 1.5 liter susu segar untuk satu bungkus ?

Cara Menyediakan Mi Goreng Pedas Giler Maggi

Cara penyediaan mi goreng pedas giler keluaran maggi ini sama sahaja dengan mi goreng segera lain.


Mi Keras untuk Digoreng
1. Rebus dengan air panas
2. Toskan apabila mi sudah kembang
3. Masukkan perencah, pes atau serbuk perisa 
4. Gaulkan sebati dan sedia untuk dimakan


Celur Dengan Air Panas
Tiga paket perencah disediakan untuk produk kali ini.

Pedas Giler Perisa Tom Yam

Oh sebelum terlupa, maggi mi segera ini berperisa tom yam. Sudah lama anak tekak penulis gagal mengesan pes tom yam, tom yam menjadi pilihan. Alang-alang nak pedas kita pedaskan lagi sampai giler.


Tiga Paket Perencah Perisa
Satu paket perencah minyak, satu paket perencah kicap dan satu paket serbuk perisa paprika yang seumpama lada merah kering yang telah dijadikan serbuk.


Campur Semua Perencah yang Ada
Serbuk inilah pada pandangan pertama penulis yang akan menjadi batu asas sejauh manakah kepedasan mi goreng tom yam pedas giler. Dengan warna merah serbuk yang ingin sampai ke warnan kehitaman, agak 'gothic' sedikit suasana seketika.

Bau 'Pedas' dan Bau Rencah Tom Yam

Apabila digaulkan semuanya sekali, terdapat bauan rencah tom yam kemasaman dan bau mi yang baharu dicelur. Mulalah deria rasa menunjukkan minat dengan hidangan di hadapan.


Serbuk Lada Perisa Tom Yam
Dengan rasa tanpa gusar mula penulis suapkan satu suap mi goreng tom yam pedas giler ini dengan garfu kuning yang sudah disediakan dalam bungkusan.

Untuk suapan pertama, tidak memerlukan penulis membuat bukaan mulut yang agak besar kerana diameter mi tidaklah setebal mi ramen samyang. Suapan pertama berjaya dilakukan.

Mana Pedasnya ?

Minyak, serbuk lada dan perisa kicap yang agak masin mula dirasai apabila bercampur dengan liur dan enzim di dalam mulut. Masih gagal menemui rasa 'pedas giler' yang diwar-warkan pada kertas pembalut tadi. 

Suapan kedua mula dilakukan dengan bergaya.

Mula Terasa Pedas

Pada ketika ini, apabila sudah sebati semuanya di dalam mulut. Satu rasa tumbukan padu Muhammad Ali mula datang seolah-olah singgah tepat di pelipis sehingga memberi desingan pada telinga.


Warna yang Menyelerakan
Air liur mula memenuhi ruangan mulut petanda terdapat 'ancaman' yang datang.

Untuk suapan seterusnya, tiada lagi rasa masam tom yam dan rasa masin dari kicap, yang ada adalah desingan yang pernah penulis alami suatu masa dahulu. Ya, desingan penangan mi ramen samyang hot chicken.

Pemikiran penulis mula merasa kesal kerana 'mengherdik' tahap kepedasan mi goreng maggi pedas giler.


Mi Pejal Perencah Mewah
Desingan ditelinga, bibir mula bergetar, gigi mula merakakan satu denyutan. Memang sah. Maggi Mi Goreng Tom Yam memang Pedas Giler!

Apa yang boleh penulis ulaskan mengenai perbezaan dengan mi ramen samyang hot chicken dan mi goreng pedas giler dari maggie ini.

Mana Lagi Pedas, Ramen Samyang atau Maggi Pedas Giler!

Tahap kepedasannya adalah lebih sedikit berbanding ramen samyang biasa, pek hitam, mungkin kerana ada tom yam didalam perencahnya. Namun tidak sampai tahap ramen samyang 2X.


Berapa Pedaskan Mi Goreng Pedas Giler
Untuk perisa, masih ada rasa masam tom yam, cukup menyelerakan. Apa tidaknya apabila penulis berjaya menghirup lebihan lelehan minyak sehingga titisan terakhir.
Memang terbukti pedas giler untuk maggi mi goreng Pedas Giler. 

Adakah kepedasan Ramen Samyang berjaya dikalahkan oleh maggi Pedas Giler ? Bagi penulis memang 'fight' tahap kepedasan dua jenis mi goreng pedas ini.

Pada awalnya dirasakan bahawa tiada setitik pun susu segar berjaya dikorbankan, namun, itu semua khayalan kerana setengah botol juga susu segar berjaya dihabiskan.

Perbezaan Harga dan Pedas

Secara keseluruhannya, mengapa dapatkan ramen mi goreng samyang dari Korea yang agak mahal ( RM7-8 Semangkuk) jika terdapat Maggie Mi Goreng Pedas Giler (perisa tom yam) lebih murah (RM3-RM4) dengan skala kepedasan yang sama.

Walaupun jenama maggi adalah antara yang laris di Malaysia, namun untuk menemui produk ini cukup sukar. Maggi kari letup memang banyak di pasaran, namun, kepedasannya, masih jauh untuk berapa pada level Pedas Giler dan Samyang.

Mahu cuba samyang hot chicken namun rasa agak mahal harganya, boleh cuba maggi pedas giler perisa tom yam ini. Tidak banyak bezanya, sama-sama agak pedas.

Maggi Pedas Giler Tom Yummz memang pedas!

Anda fikir anda tahu Kepedasan Maggi Pedas Giler Tom Yam Berbanding Ramen Samyang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Catat Ulasan

0 Ulasan