Celup Tepung Mr Celup Tepung Station Pantai Penarik Terengganu


"Mr Celup Tepung Penarik"

Sudah hilang taring '60 ekor udang celup tepung RM10'. Namun, setiap kali penulis berkunjung ke kawasan pesisir pantai Penarik Chalok Terengganu masih meriah setiap kedai yang dikunjungi.


Mr Celup Tepung Station Penarik
Mr Celup Tepung Station Penarik
Balik raya kali ini LPT2 tetap menjadi pilihan. Di tengah perjalanan pulang ke ibu kota yang mungkin meragut masa yang lama singgah sebentar di sekitar pantai penarik setiu Terengganu sudah menjadi tradisi.


Kali ini penulis mencari kelainan dari sebelumnya, bukan mencari udang celup tepung viral tapi melihat aspek hiasan dan dekorasi tepian pantai pula.

Mr Celup tepung adalah antara kedai makan bertemakan celup tepung viral yang turut menyertai persaingan dalam aspek dekorasi dan menu celup tepung.

Menu Hidangan Mr Celup Tepung Station 

Antara hidangan yang terdapat di Mr Celup Tepung Penarik adalah:

Udang Viral RM10


Udang Viral Mr celup Tepung
Udang Viral Mr Celup Tepung
Seperti biasa udang celup tepung viral, tidak banyak sangat pilihan sebenarnya di kedai ini terdapat yang saiz sederhana dan bilangan udang untuk RM10 bukanlah dalam kuantiti 45 atau 60 ekor udang.

Namun masih udang celup tepung yang ranggup dan berkeruping tepung dan telur. Masih segar dan tidak begitu kering.

Bihun Goreng


Bihun Goreng
Bihun Goreng
Hidangan alas perut kali ini agak 'jarang' sedikit. Bihun goreng makan pagi. Rasanya boleh tahan. Bihun dicelur lembut sebelum digoreng.


Perencah yang digunakan dalam menggoreng bihun juga tidak begitu menonjol atau terlebih rasanya. Memang kena dengan tekak penulis, sedan sedan sahaja.

Keropok Lekor


Keropok Lekor Terengganu
Keropok Lekor Terengganu
Lain orang lain citarasa dengan cara gorengan keropok lekor. Bagi penulis, penulis sukakan keropok lekor yang digoreng setelah minyak yang banyak sudah betul-betul panas dan apabila kembang terus diangkat dimana akan hadir rasa garing pada bahagian luar dan tidak begitu keras pada bahagian dalam keropok lekor.

Itu citarasa penulis bila goreng di rumah. Namun, keropok lekor di Mr celup Tepung tidak begitu penulis gemari seumpama hanya merendam di dalam minyak yang tidak begitu panas. Lain orang lain citarasa mungkin ada yang gemarkan yang rebus sahaja.

Penulis mengambilnya kerana ingatkan masih belum digoreng dan akan digoreng. Namun dari segi keaslian keropok lekor memang betul-betul original. Adunan tepung dan isi ikan dalam keadaan sedap untuk dihidangkan.

Ketam Celup Tepung


Ketam Celup Tepung
Ketam Celup Tepung
Satu lagi celup tepung yang begitu mengasyikkan kepada para peminat makanan laut adalah ketam celup tepung goreng. Pada ketika penulis berada di kaunter makanan, ketam ini baharu sahaja digoreng dan sedia dihidangkan untuk pemeran pilihan pengunjung.


Harganya boleh tahan mahal mengikut harga pasaran. Bagi peminat ketam apalagi dalam hidangan celup tepung pasti tidak akan melepaskan peluang mencuba. Penulis tidak berapa gemar ketam yang disediakan dalam bentuk gorengan lebih gemar dalam masakan berkuah, lagi 'kick' rasa isinya.

Sotong dan Seafood Lain




Sotong kalau tidak ada dalam dulang celup tepung tidak sah. Sotong memang kesukaan ramai juga dalam adegan celup tepung goreng. Maka lengkaplah makanan celup tepung di Mr Celup tepung Penarik.

Banyak juga pilihan, cuma bahagian udang viral sudah tidak viral lagi. Mungkin sudah tenang sebagaimana sebelum tsunami viral udang celup tepung RM10 45 atau 60 ekor. Kali ini di Mr celup Tepung Penarik penulis dan isteri mencuba hidangan celupan tepung fishball, udang RM10 sahaja.


Fishball dan Udang Celup Tepung
Semua celup tepung tepian pantai Penarik Chalok sebenarnya sama sahaja dari segi rasa. Apa yang uniknya adalah hidangan istimewa mereka. Disini coconut shake mereka cukup special.

Coconut Shake


Coconut Shake
Lihat sahaja dekorasi dalam gelas 'hipster'. Dengan adunan susu dan air kelapa dikisar bersama. Diletakkan biskut gulung-gulung (biskut wafer stick) memang kena dengan hidangan celup tepung yang agak berminyak dan kering. Dengan hiasan taburan 'chocolate rice' yang memberikan rasa manis pada 'foam' pada bahagian atas coconut shake.




Tambahan pula hilangkan dahaga ketika panas tengahari.

Dari segi rasa, masih berlemak sebagaimana yang diimpikan dalam rasa satu hidangan coconut shake.

Dekorasi Tepi Pantai

Itu bahagian makanan. Bagaimana pula dekorasi sekitar tepi pantai. Dua elemen tipikal di kedai-kedai makan celup tepung penarik adalah makanan celup tepung dan dekorasi tepi pantai.

Bagi Mr Celup Tepung Station pula secara pemerhatian kasarnya antara yang bersungguh sungguh inginkan pengunjung singgah menikmati makanannya dan juga dekorasi menarik. Agak panjang perimeter yang digunakan pihak kedai dalam mempelbagaikan hiasan.


Payung Dekorasi Langit
Dekorasi sudah pun bermula di hadapan kawasan parkir kedai. Dengan gantungan payung-payung menjadi teduhan kedua kepada teduhan pohonan rhu yang lebat dahannya.

Tidak lupa juga dekorasi tipikal adalah buaian yang dibuat sendiri. Lebih pada satu buaian yang disediakan disini selain tempat permaianan kanak-kanak, buaian antara 'prop' penting mendapatkan gambar kenangan yang cantik menghadap Laut China Selatan.


Dekorasi Gerbang Indah
Pintu gerbang yang memiliki anjung cukup menarik seumpama dekorasi di majlis perkahwinan. Gadis-gadis mahupun mak-mak gadis memang gemarlah dekorasi sebegini.

Siap dengan hiasan daun menjalar dan anjung atau pelantar menghadap laut.


Ruang Makan Kedai
Semua itu tidak mencacatkan perimeter ruang makan. Terdapat tiga pilihan ruang makan untuk pengunjung, dalam kedai ayng agak gelap dan romantik, dibawah pohon rhu yang agak teduh dan dengan alunan daun rhu ditiup angin dan bawah sinaran mentari menghadap pulau nun jauh disana.


Makan Hadap Laut
Masih luas dan disusun cantik untuk kemudahan pengguna.

Ulasan / Review Penulis

Semua ulasan diatas adalah dari 'first impression' penulis untuk kawasan tempat makan dan apa yang ada di restoran. Dari segi makanan tidaklah begitu menonjol biasa sahaja. Tiada beza dengan tempat makan celup tepung lain yang ada kecuali coconute shakenya berbeza.

Dekorasi bergambar di tepi pantai juga berbeza.

Dari segi layanan staf tidaklah begitu tidak memuaskan namun tiada sebarang senyuman yang diperhatikan, kurang friendly berbanding restoran yang sama waktu dengannya.. Seumpama bekerja kerana terpaksa. Kecepatan penghantaran makanan sederhana pantasnya.

Dekorasi menarik dan makanan biasa sahaja


Informasi Pengunjung

Alamat/Lokasi

Tidak sukar untuk mencarinya sekitar pesisir pantai Penarik Chalok di Setiu Terengganu.

Lot 4067, 
Kg Bukit Chalok, 
Jalan Penarik
22100 Permaisuri 
Terengganu



Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Harga Makanan

harga makanan laut bergantung kepada harga pasaran jenis makanan laut tersebut mengikut saiz yang dipilih.

RM10 pengunjung masih boleh menikmati 20 ekor dan ke atas udang celup tepung viral.

Coconut Shake - RM 4/gelas

Bihun Goreng - RM 3/pinggan

Kawasan Parkir

Agak luas terdapat lot parkir persenidirian sebelahan dengan kedai.
Boleh parkir di bahu jalan.

Anda fikir anda tahu Celup Tepung Mr Celup Tepung Station Pantai Penarik Terengganu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan