"Teh Tarik Ais Madu Pulau Pisang"
Uniknya teh ais madu ini adalah dari segi bagaimana ia tersedia untuk pelanggan. Lebih menjurus kepada teh ais 'gunung berapi' yang sedang galak mengeluarkan laharnya ke permukaan bumi, ironinya ia sejuk.
Teh Tarik Madu Ais Pulau Pisang |
Semua kedai dan restoran mampu menyediakan teh ais, namun untuk memesan teh ais madu bukan semua restoran ada menyediakan hidangan ini.
Teh Tarik Madu Ais Buih Viral
Teh Tarik Madu Ais Meleleh |
Warung Pak Mat Pulau Pisang Kelantan
Meskipun penulis anak kelahiran Kota Bharu ini kali pertama penulis membuat ulasan makanan sekitar Kota Bharu. Penulis mulakan dengan teh ais madu di Restoran Pak Mat Pulau Pisang.
Warung Pak Mat Pulau Pisang |
Di kawasan ini bukan sahaja didiami oleh restoran Pak Mat sahaja terdapat beberapa buah restoran lain yang menyediakan hidangan yang pelbagai. Tidak begitu jauh dari Pantai Cahaya Bulan yang popular dengan makanan ala tepian pantai.
Tema Menu Hidangan Masyarakat Tempatan
Di Warung Pak Mat Pulau Pisang tema makanannya adalah berunsurkan makanan masyarakat tempatan dengan hidangan biasa penduduk Kelantan.
Citarasa Masyarakat Tempatan |
Sup kepala ikan.
Jika bercerita tentang ikan singgang, sudah membuatkan penulis mula menitis air liur apalagi ikan singgang ikan tongkol yang digunakan, ika aya namanya di Kelantan.
Memandangkan jadual agak padat untuk hari penulis datang berkunjung ke restoran ini, penulis sekadar sempat mencuba teh tarik ais madu popular di Pulau Pisang ini sahaja. Mungkin lain kali penulis cuba menikmati makanannya pula, dari kampung penulis ke restoran ini tidaklah begitu jauh, 15-20 minit dengan Viva 850 boleh sampai.
Taman Permainan Kanak Kanak |
Dengan gelas 'trademark' wajah Pak Mat dengan 'tagline' terbaharunya, 'MasyaAllah Sedap Sungguh'. Boleh dikenal bahawa anda kini di kawasan Restoran Pak Mat Pulau Pisang.
Tagline ' MasyaaAllah Sedap Sungguh' |
Konsep Layan Diri
Konsep layan diri untuk mendapatkan makanan selain dari teh tarik madu.
Tidak berapa lama teh ais madu yang dipesan sampai. Memang sama dengan gambar yang tular di media sosial, dengan buih menyelimuti bahagian atas gelas bersaiz sederhana dengan bau aroma teh ais yang baharu siap.
Lelehan yang ingin menuruni dinding luar gelas dengan bantuan tarikan graviti bumi penulis sekat kemaraan buih tersebut dengan satu hirupan pertama kali.
Rasa Teh Tarik Madu Ais Pak Mat
Manis, memang madu manis, bermadu mungkin tidak manis bagi isteri pertama. Aromanya memang lain dengan teh ais biasa.
Buih Kaw Teh Tarik Madu |
Memang agak lain rasanya. Pengalaman rasa pertama. Madu banyak khasiat usah khuatir dengan manisnya.
Dalam segelas teh ais madu ini kaya dengan rasa teh sebenarnya. Bukan sekadar madu dan air semata-mata. Rasa kelat teh yang pekat dicampur dengan rasa madu yang manis memang menerbitkan satu rasa baharu untuk segelas teh ais apalagi dengan aroma dan buih yang mengelilingi gelas.
Teh Tarik Madu Special (Dengan Aiskrim)
Teh tarik madu Pak Mat ini datang dengan dua varian, biasa dan special.
Seperti biasa dengan perkataan 'special' semestinya ditambah bahan lain untuk teh tarik maduk berbuih biasa.
Teh Tarik Madu Special Pak Mat Pulau Pisang |
Aiskrim Teh Tarik |
Teh ais yang dijadikan ais krim di letakkan di atas teh tarik masu ais yang berbuih. Dengan kehadiran ais krim ini menambahkan lagi rasa unik untuk minuman ini.
Sup Ikan Siakap Laut
Masam dan masin itu sebenarnya rasa pertama yang hadir di deria rasa penulis ketika menghirup supnya.
Pelbagai Sup Kepala Ikan |
Masam datangnya dari asam keping dan terdapat sedikit aroma sup dengan rempat empat serangkai (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bunga pelaga) yang ditumis.
Isi ikan siakap laut terendam di dalam sup ini. Yang pasti tiada sebarang bau hanyir ikan. Isi ikan masih putih dan teksturnya lembut. Manis ikan sipi-sipi masih rasa.
Sup Ikan Siakap Laut Pak Mat |
Sup Kepala Ikan Siakap Laut |
Ditemani dengan teh ais madu yang berlemak manis memang kena. Untuk kunjungan seterusnya mungkin ada baiknya penulis mencuba nasi putih singgang kepala ikan dengan teh ais madu ini.
Set Sup Ikan Teh Tarik Madu Pak Mat |
Kuih muih tradisional Kelantan juga ada dijual. Mungkin diletakkan oleh peniaga-peniaga lain.
Penulis akan belanja sedikit versi 'gerak-gerak', klik sahaja video di bawah:
Informasi Pengunjung
Tepi Sungai Kelantan |
Alamat
Jalan Kuala Besar,
15350 Kota Bharu,
Kelantan
Harga Teh Tarik Madu Ais Pak Mat
RM4.20 (gst) RM4.00 tanpa gst segelas.
Makanan mengikut harga semasa.
Waktu Operasi Warung Pak Mat Pulau Pisang
Di buka setiap hari kecuali hari Selasa. Bermula jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Kawasan Parkir
Kawasn parkir |
Alang-alang sudah dekat dengan Pantai Cahaya Bulan Kelantan, boleh singgah untuk menikmati keindahan pantai atau jalan-jalan cari makan sekitar PCB.
Anda fikir anda tahu Teh Tarik Ais Madu Berbuih Warung Pak Mat Pulau Pisang Kelantan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri