"Makanan Ikan Tahan Lama"
Penulis adalah seorang traveler, meskipun bukan dalam kategori tegar atau 'frequent traveler' masih seorang traveler.
Makanan Pelet Ikan Tahan Lama |
Balik kampung juga boleh dianggap sebagai travel bukan ?
Dalam pada masa yang sama, penulis adalah pencinta haiwan, bukan beruang, bukan burung helang, bukan chimpanzi tetapi ikan hiasan.
Jenis Ikan Belaan
Tiga buah akuarium semuanya, masing-masing didiami oleh satu, ikan pelbagai jenis seperti platty, barb, ikan bandaraya dan beberapa ekor ikan 'algae eater'. Tangki kedua, ikan laga dan seterusnya ikan puyu.
Tiga tangki ini dihuni oleh benda bernyawa iaitu ikan, ikan memerlukan makanan, minuman tidak perlu kisah. Dua kali sehari penulis akan memberikan ikan-ikan kesayangan ini makan. Itu jika tidak ke mana-mana atau travel.
Siapa Boleh Tolong Beri Ikan Makan ?
Jika travel macam mana pula ?
Paling lama setakat ini penulis meninggalkan rumah adalah dalam tempoh satu minggu.
Bagaimanalah nasib ikan-ikan ini tanpa ada sesiapa yang memberikan makanan, apalagi ikan-ikan ini tidak memiliki kemahiran dalam memesan domino pizza atau KFC. Satu cara sahaja, iaitu dapatkan makanan terendam yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama.
Makanan Ikan Tahan Lama
Pada awalnya penulis gagal memikirkan solusi ini, setelah membuat kajian dan beberapa pemerhatian di kedai ikan terdekat.
Penulis menemui pelet makanan yang tahan lama. Penulis berjaya menemuinya di Kedai Akuarium Xian Long Seksyen 23 Shah Alam.
Pelet makanan yang mampu tahan lama.
Penulis menjalankan eksperimen untuk keberkesanan pelet tahan lama ini adakah ia benar-benar tahan lama dan mampu menyediakan makanan kepada ikan-ikan yang ditinggalkan tanpa bertuan untuk tempoh waktu tertentu.
4 Hari Travel
Empat hari penulis bercuti ke Kundasang Sabah, dan hasilnya cukup menggembirakan.
Kesemua ikan yang ditinggalkan sihat walafiat dan tiada tanda-tanda mereka semua dalam keadaan seperti kanak-kanak afrika yang kehilangan punca makanan.
Untuk tempoh empat hari makanan terendam tersebut masih ada. Memang benar kata jurujual di Xian Long, seketul pelet makanan ikan ini mampu bertahan selama satu minggu.
Review Pelet Makanan Ikan untuk Holiday
Dari pemerhatian 5-6 hari, dah kira sudah berkesan.
Penulis juga menjalankan satu ujikaji khas dalam percubaan makanan tahan lama ini, penulis tidak memasang 'filter' untuk satu akuarium. Bagi mengkaji adakah makanan ini boleh menyebabkan air menjadi kotor dan keruh.
Eksperimen penulis berjaya mengesan bahawa makanan terendam ini gagalkan mengeruhkan keadaan maksud penulis mengotorkan ekosistem dalam aquarium.
Dalam sepaket makanan ikan 'holiday' ini terdapat lima ketul pelet. Dalam pelbagai jenis bentuk, seumpama batu dan kerang.
Beli Di Mana ?
Penulis membeli sepaket pelet makanan ikan tahan lama ini di Xian Long Aquarium Seksyen 23 dengan harga RM3.50 sepaket.
Dengan berjayanya percubaan ini, maka penulis sudah mendapat satu lagi penyelesaian untuk masalah memberi makan ini jika bermusafir ke luar daerah.
Mungkin peminat ikan seperti penulis boleh mendapatkan produk sebegini untuk mereka yang sering keluar bermusafir atau travel dan memang meminati hobi belaan ikan tidak kira air tawar atau air masin.
Tahan Berapa Lama ?
Kini, kurang kegusaran untuk meninggalkan ikan-ikan belaan 'bersendirian' di rumah tanpa makanan (minuman tidak perlu khuatir). Boleh 'travel' dan bercuti dengan tenang, apalagi balik kampung atau balik mengundi.
Namun, bukan untuk jangka waktu yang lama, satu dua minggu bolehlah dijadikan solusi.
Beli Pellet Tahan Lama Online
Boleh juga dapatkan makanan ini secara online, klik pada pautan di bawah untuk belian :
Lazada :
Aquapet Block Pellet
Aquabest Holiday Block
Shopee :
AquaBest Weekend Holiday Food Block
Bagi yang ingin beli secara online makanan tahan lama klik pada link di atas untuk membuat belian.
Anda fikir anda tahu Pelet Makanan Ikan Tahan Lama untuk Travel dan Bercuti ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Dalam pada masa yang sama, penulis adalah pencinta haiwan, bukan beruang, bukan burung helang, bukan chimpanzi tetapi ikan hiasan.
Jenis Ikan Belaan
Tiga buah akuarium semuanya, masing-masing didiami oleh satu, ikan pelbagai jenis seperti platty, barb, ikan bandaraya dan beberapa ekor ikan 'algae eater'. Tangki kedua, ikan laga dan seterusnya ikan puyu.
Tiga tangki ini dihuni oleh benda bernyawa iaitu ikan, ikan memerlukan makanan, minuman tidak perlu kisah. Dua kali sehari penulis akan memberikan ikan-ikan kesayangan ini makan. Itu jika tidak ke mana-mana atau travel.
Siapa Boleh Tolong Beri Ikan Makan ?
Jika travel macam mana pula ?
Paling lama setakat ini penulis meninggalkan rumah adalah dalam tempoh satu minggu.
Bagaimanalah nasib ikan-ikan ini tanpa ada sesiapa yang memberikan makanan, apalagi ikan-ikan ini tidak memiliki kemahiran dalam memesan domino pizza atau KFC. Satu cara sahaja, iaitu dapatkan makanan terendam yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama.
Makanan Ikan Tahan Lama
Pada awalnya penulis gagal memikirkan solusi ini, setelah membuat kajian dan beberapa pemerhatian di kedai ikan terdekat.
Pelbagai Jenis dan Jenama Pelet Holiday |
Pelet makanan yang mampu tahan lama.
Saiz yang Tidak Besar, Portable |
4 Hari Travel
Empat hari penulis bercuti ke Kundasang Sabah, dan hasilnya cukup menggembirakan.
Bentuk Bermacam Macam |
Untuk tempoh empat hari makanan terendam tersebut masih ada. Memang benar kata jurujual di Xian Long, seketul pelet makanan ikan ini mampu bertahan selama satu minggu.
Review Pelet Makanan Ikan untuk Holiday
Dari pemerhatian 5-6 hari, dah kira sudah berkesan.
Keras dan Tidak Merbahaya |
Eksperimen penulis berjaya mengesan bahawa makanan terendam ini gagalkan mengeruhkan keadaan maksud penulis mengotorkan ekosistem dalam aquarium.
Dalam sepaket makanan ikan 'holiday' ini terdapat lima ketul pelet. Dalam pelbagai jenis bentuk, seumpama batu dan kerang.
Beli Di Mana ?
Penulis membeli sepaket pelet makanan ikan tahan lama ini di Xian Long Aquarium Seksyen 23 dengan harga RM3.50 sepaket.
Pelet Blok Ikan Holiday |
Mungkin peminat ikan seperti penulis boleh mendapatkan produk sebegini untuk mereka yang sering keluar bermusafir atau travel dan memang meminati hobi belaan ikan tidak kira air tawar atau air masin.
Tahan Berapa Lama ?
Kini, kurang kegusaran untuk meninggalkan ikan-ikan belaan 'bersendirian' di rumah tanpa makanan (minuman tidak perlu khuatir). Boleh 'travel' dan bercuti dengan tenang, apalagi balik kampung atau balik mengundi.
Namun, bukan untuk jangka waktu yang lama, satu dua minggu bolehlah dijadikan solusi.
Beli Pellet Tahan Lama Online
Boleh juga dapatkan makanan ini secara online, klik pada pautan di bawah untuk belian :
Lazada :
Aquapet Block Pellet
Aquabest Holiday Block
Shopee :
AquaBest Weekend Holiday Food Block
Bagi yang ingin beli secara online makanan tahan lama klik pada link di atas untuk membuat belian.
Anda fikir anda tahu Pelet Makanan Ikan Tahan Lama untuk Travel dan Bercuti ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri