"Review Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi Port Dickson"
Nasi ayam biasanya mudah didapati di sekitar kawasan yang biasa ditemui seperti pekan dan bandar atau di kawasan penduduk ramai.Nasi ayam bukanlah satu hidangan makanan yang asing bagi penduduk Malaysia.
Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy PD |
Biasanya menu nasi ayam menggunakan ayam yang digoreng setelah diperap dengan rempah tertentu. Ayam tergantung di kedai nasi ayam begitulah kaedah biasanya.
Kali ini nasi ayam menggunakan ayam yang dipanggang menjadi satu kaedah lain untuk membentuk satu hidangan istimewa.
Ayam Dipanggang Dengan Rempah
Ayam yang diperap dengan rempah ratus yang tersendiri oleh pengusaha dan dibakar diatas bakaran arang kayu yang menghasilkan rasa berlainan. Itu satu hal, keunikan nasi ayam yang menggunakan ayam yang dipanggang sebagai lauk.
Ayam Di Panggang |
Koboi Suka Nasi Ayam
Koboi gemarkan nasi ayam ? Agak sukar ditelan pemikiran seketika keran itu boleh menyebakan wartawan Ripley Believe It or Not mampu membuat liputan.
Koboi dan Ayam Panggang |
Cowboy Place Di Port Dickson
Dimana ? Di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson.
Nasi Ayam Panggang Cowboy Style |
Pengunjung yang datang bukan sahaja boleh menghilangkan lapar dan dahaga malah menghilangkan 'lapar' di mata dengan hiasan koboi disekeliling.
Pintu Masuk Restoran |
Kawasan Strategik Pelancongan Port Dickson
Menu utama di restoran yang terletak di Jalan Pantai menuju Tanjung Tuan ini adalah nasi kukus dan ayam panggang.
Dari jauh sudah kelihatan asap putih berkepul-kepul menyelubungi udara sekitar menandakan sudah mula beroperasi pemanggangan ayam yang dibelah kepada empat bahagian sedang berjalan.
Apalagi datang lebih dekat, lagilah mula tercabar keroncong di perut dengan aroma baunya.
Ayam Panggang Menyelerakan
Segala pancaindera mula terusik, dengan ayam yang digolek dengan kadar putaran mesin yang sederhana dan kelihatan pengunjung beratur menunggu giliran mendapatkan hidangan utama ini.
Ayam Bakar Sedap |
Suasana Penempatan Koboi
Dengan bentuk papan tanda yang dipengaruhi rekabentuk papan tanda di zaman koboi pengunjung mungkin tiba-tiba merasakan diri adalah seorang koboi.
Lukisan Koboi |
Untuk suasana yang lagi realiti, terdapat satu kawasan seumpama bar tempat para koboi melepak dengan hiasan pelbagai jenis topi koboi dan terdapat juga senapang serta motosikal dipamerkan dipertengahan kawasan restoran.
Lepas enak menjamu mata, jum bercerita tentang tugasan utama. Iaitu mendapatkan makanan yang ada.
Konsep Layan Diri
Di restoran ini kaedah layan diri diperlukan. Setiap menu makanan ditempatkan di stesen masing-masing. Ayam panggang, nasi kukus, sayur dan lauk sampingan serta air ditempatkan di stesen berlainan.
Tempat Pesan dan Bayar |
Tempat Pesanan Minuman |
Layan Diri |
Set Nasi Kukus Ayam Panggang
Penulis memilih set nasi kukus ayam panggang dengan jus tembikai dan teh o ais.
Set Nasi Kukus Ayam Panggang |
Sepinggan Nasi kukus Ayam Panggang |
Hidangan Sampingan |
Harga untuk penulis di hari tersebut adalah RM 6.00.
Beli Lauk Ayam Panggang
Pelanggan juga boleh membuat belian ayam panggang yang disediakan jika tidak mahu memesan set nasi kukus biasa. Mungkin yang datang ramai dan boleh membuat belian secara seekor-seekor ayam panggang. Seekor atau dikerat dalam pelbagai saiz.
Ayam Panggang Pelbagai Saiz |
1 Ekor: RM 20.00
1/2 Ekor: RM 10.00
1/4 Ekor: RM 5.50
Pedal, Tongkeng, Bebola, Sosej: RM 1.00
Pilihan Minuman Terhad
Jus Tembikai |
Hiburan Lagu 'Country' Dari Live Band
Sedang enak melayan nasi kukus dengan ayam panggang boleh juga layan lagu dari busker atau live band yang dibayar pihak restoran.
Live Band |
Begitu romantik dan mempesonakan ditambah dengan makanan yang sedap.
Pilihan Ruang Makan Banyak
Pilihan Tempat Duduk Banyak |
Ruang Makan Luas |
Elvis Presley Spot |
Informasi Pengunjung
Tidak jauh dari PD Ostrich Show Farm dan menuju ke arah Tanjung Tuan jika datang dari arah Pantai Teluk Kemang.
Alamat
Lot 2755,
Batu 9 Mukim, 1/4,
Jalan Pantai, Taman Orkid,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi PD
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 9.30 malam.
Kawasan Parkir
Agak luas disediakan pihak restoran. Mampu memuatkan sekitar 20 kenderaan dalam satu satu masa selain dari parkir di bahu jalan.
Anda fikir adan tahu Nasi Kukus Ayam Panggang Sedap dan Murah Di Cowboy Place Port Dickson ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri