Cara Mulakan Kerjaya dan Bisnes Dalam Bidang Fotografi


"Bisnes Fotografi"

Tidak semua orang diciptakan menjadi juruterbang, jurutera, peguam atau doktor. Setiap manusia diciptakan memiliki bakat dan gaya kreativiti tersendiri. Malahan kemahiran dan kreativiti inilah yang akan memberikan pulangan yang lebih berbanding pekerjaan yang disebutkan tadi.


Pendapatan Gaji Dalam Bidang Fotografi
Pendapatan Gaji Dalam Bidang Fotografi
Fotografi. Zaman kini bukanlah satu bidang yang sekadar dipandang sebagai hobi semata-mata. Cuba lihat setiap iklan telefon bimbit sebagai contoh, setiap pengiklan telefon bimbit zaman sekarang hanya menumpukan betapa cantiknya gambar diambil dengan telefon berkenaan.


Bagi selfie memang ramai yang boleh, namun cara mendapatkan gambar menarik, jarang ditemui, kerana jarang inilah bidang fotografi amat laris di pasaran.

Bagi yang sudah professional dalam bidang fotografi jana RM 5000 dan ke atas untuk satu tugasan adalah perkara biasa. Dia sudah tahu apa yang pengguna atau pelanggan mahukan dan sudah arif akan bentuk dan cara gambar diambil. Sekeping gambar lanskap pun boleh cecah RM 2500.

Banyak Iklan Gunakan Gambar

Manusia hanya mudah ingat dengan apa yang mereka lihat, dari segi visual. Nak baca buku teks pun jika tiada gambar ia umpama alat untuk dodoi ketika tidur. Disinilah pentingnya mereka yang pandai mengambil gambar. Malah dalam SPA atau jawatan awam kerajaan pun terdapat satu bidang kerjaya sebagai jurukamera dalam kategori seni kreatif. Lihat sahaja mana-mana billboard atau iklan, penuh dengan gambar bukan ?


Cubaan Penulis Berkarya dengan Gambar
Jika mengambil gambar adalah hobi dan minat anda, booom ia adalah satu lagi bonus. Mengapa bonus ?

Jarang hobi dijadikan sebagai kerjaya. Tidak terikat pada mana-mana bos atau majikan, bekerja sendiri dan lebih-lebih lagi anda minat dengan fotografi. Bila minat menjadi kerjaya, inshaAllah ia adalah masa depan anda. Ada minat pun sudah mencukupi, benda boleh belajar, mungkin penulis boleh kongsikan sedikit ilmu walaupun sedikit apa yang penulis faham dengan fotografi, sebagaimana artikel di bawah;



Disini biar penulis senaraikan pendapatan yang mampu diperoleh jika berkecimpung dalam bidang fotografi. Satu gambar banyak cerita.

Senarai Tugas dan Pendapatan Fotografi

Engagement – RM600 – RM1,000
Wedding (basic) – RM800 – 1,200
Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
Birthday party (basic) – RM600
Birthday party (standard) – RM1,200
Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
Product (per item) – RM100 – RM300
Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
Event (half-day) – RM400
Event (full-day) – RM800
Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
Staff profile (per staff) – RM50 – RM100

Wow!..bagi penulis pendapatan ini cukup lumayan. Bidang fotografi bukan sahaja boleh menjadi 'full-time job' malah jika minat dengan fotografi dan memiliki DSLR atau telefon bimbit yang canggih boleh dijadikan sebagai 'side income'. 

Mungkin bilangan digit pada nilai RM di atas sudah memukau anda. Minat sudah ada, DSLR dan alatan fotografi sudah ada. Satu sahaja lagi yang anda perlukan teknik dan panduan.

Apa lagi untuk sendiri-sendiri tak usah bersusah payah untuk mencari jurugambar untuk Photobook.

Kongsi Ilmu Fotografi

Usah khuatir, dunia fotografi bukan dunia yang kedekut ilmu. Berikan ilmu kepada jurukamera baharu tidak akan menghancurkan periuk nasi jurukamera lain. Rezeki dalam fotografi adalah subjektif, anda kuat daya imaginasi dan rajin, anda berjaya. Tidak kisah anda baharu, amateur atau noobies.


Krew Lightworks Picture
Krew Lightworks Picture™ yang sudah berpengalaman lebih lima tahun dalam fotgrafi dan videografi di seluruh Malaysia boleh membantu anda dengan ilmu yang mereka ada.

Krew yang sudah banyak membina klien dari pelbagai struktur pelanggan ini seperti kerajaan, swasta atau persendirian ini akan cuba memberikan golongan jurukamera baharu yang ingin menjana pendapatan melalui DSLR mereka. Segala tunjuk ajar akan diberikan dan diolah oleh krew-krew yang telah berjaya ini dalam satu ebook panduan.

E-book Panduan Jana Pendapatan Dengan Fotografi
E-book Mulakan Bisnes Fotografi 
7 tips dan panduan diterangkan dalam ebook ini yang boleh membantu jurukamera muda mencapai target untuk menjana pendapatan sebagaimana di senaraikan di atas. Bagi yang sudah bersedia menjadikan hobi fotografi anda kepada kerjaya, boleh dapatkan buku panduan ini dengan klik pada gambar di bawah dan beli secara online.




Bandingkan pelaburan awal anda sebanyak RM 30 untuk belian panduan ini mampu memberikan pulangan sebagaimana senarai pendapatan hasil fotografi di atas.



Anda fikir anda tahu Pendapatan dan Gaji Dalam Bidang Fotografi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan