Bermalam Di Crystal Hill Resort Kundasang Sabah


"Crystal Hill Resort Kundasang"

Kundasang. Apabila melihat atau mendengar perkataan tersebut bagi yang pernah menjejakkan kaki di Kundasang Sabah, pasti akan terkenangkan hawa dingin dan angin sejuk menyelimuti kulit.


Crystal Hill Kundasang
Crystal Hill Kundasang
Cukup nyaman dan tenang. #TenangisGood


Apa lagi dengan panorama menghijau yang jarang sekali boleh dilihat. Dengan latar belakang Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di asia tenggara.

Redah Bukit Bukau Ke Kundasang

Untuk sampai ke Kundasang sememangnya agak mencabar, segala penat lelah hilang apabila merasai hawa dingin sepertimana di eropah dan permandangan yang memukau sepanjang mata memandang.

Percutian Kundasang Popular

Dari faktor dan suasana idaman inilah Kundasang antara 'bucket list' pelancong tempatan atau luar negara.


Landmark Sayur Kundasang
Landmark Sayur Kundasang
Termasuklah penulis, Alhamdulillah dengan keizinan Tuhan pencipta alam, penulis berjaya sampai di Kundasang Sabah. Tempat tarikan pelancong sebegini antara sumber pendapatan penduduk tempatan. Dengan mewujudkan homestay, resort dan hotel.

Memandangkan penulis datang dalam kumpulan yang ramai, penulis dan rakan-rakan telah memilih satu unit homestay dalam resort yang cukup indah permandangannya.

Menghadap terus puncak gunung kinabalu, berada di atas bukit yang mampu menampakan panorama sekitar Kundasang menjadi pilihan. Kali ini penulis menginap di Crystal Hill Resort Kundasang.


Crystal Hill Kundasang Panda
Crystal Hill Kundasang Panda
Salah satu dari ratusan homestay sekitar Kundasang. Boleh lihat artikel dibawah untuk senarai homestay/resort sekitar Kundasang, Sabah:



Crystal Hill salah satunya, walaupun dalam kategori resort sebenarnya. Memang indah suasana dan panorama sekeliling. Walaupun memerlukan 'usaha' dan 'tekad' yang agak mencabar iaitu perlu mendaki laluan berbukit walaupun dengan kenderaan.


Reception crystal Hill Kundasang
Reception crystal Hill Kundasang
Pendakian Curam ke Resort

Dengan muatan manusia dan bagasi mungkin merumitkan proses pendakian. Jika berada boleh sewa atau pinjam four-wheel drive untuk lebih lancar.

Itu hanyalah sebahagian bayaran untuk keindahan yang tiada tara. Bukan semua senang, namun sudah sampai memang berpuas hati dengan permandangan.

Crystal Hill Resort memang terletak di lereng bukit menghadap gunung kinabalu. Diasingkan bangunan resepsi dan penyerahan dokumen dan kunci ketika check in masuk.

Penginapan Lereng Bukit

Tempat untuk inapan adalah di lereng yang berlainan. Tinggi sedikit dari kawasan 'administration'. Sebelum sampai di bangunan penerimaan kunci atau resepsi ini penginap akan disambut oleh dua ekor panda yang kaku dibahagian kiri.


Lereng Bukit Pine
Lereng Bukit Pine
Ketika sedang membuat pendaftaran masuk luangkan sedikit masa untuk mengambil gambar di anjung yang disediakan, cukup indah latar belakangnya.

Selepas mendapatkan tuala, remote televisyen dan sterika selepas pendaftaran masuk. Kami terus menuju ke rumah inapan di bahagian lereng seterusnya.


Homestay Di atas Bukit
Homestay Di atas Bukit
Deruman enjin yang menghampiri RPM 4000/minit boleh kedengaran membayangkan pendakian kami. Perjalanan yang cukup cabaran. 'Offroad' dan curam.

Hawa Dingin Ala Korea

Sampai sahaja di lereng yang menempatkan rumah penginapan, sapaan angin sejuk ala-ala korea di musim bunga terasa.


Dari Anjung Resort
Dari Anjung Resort
Kenderaan di parkir di bawah teduhan pokok pine atau rhu yang jarang ditemui di altitud rendah. Terdapat rumah inapan yang masih belum siap.


Suasana Dah Sejuk Memandang
Suasana Dah Sejuk Memandang
Unit yang penulis dan rakan-rakan bermalam memiliki 3 buah bilik. Dengan keluasan yang boleh dibanggakan.

Cuaca sejuk yang menghampiri hawa pendingin hawa sekitar 16-20 darjah celcius. Tiada sebarang bantuan udara berangin seperti pendingin hawa atau kipas disediakan.
Tempat sudah sejuk mengapa perlukan semua itu.

Kelengkapan Di Bilik

Unit yang kami singgah ini dua tingkat, dua bilik di bahagian atas dan satu dibawah. Kesemua bilik dilengkapi dengan bilik air masing-masing.


Katil Besar Resort
Katil Besar Resort
Dalam bilik air disertakan pancuran mandian dua jenis, panas dan sejuk. Pastinya pancuran panas menjadi pilihan dalam suasana ala-ala banajaran alps di musim panas.


Panorama Dari Tingkap
Panorama Dari Tingkap
Masuk bilik perkara pertama dicari adalah tingkap. Bukan kerana ingin membuang angin atau melontar sesuatu ke bawah, tetapi untuk melihat permandangan dari arah bilik.

Permandangan Indah Dari Bilik Resort

Pertama kali melihatnya memang sudah boleh membuatkan jatuh cinta pertama pada permandangan yang tersergam di depan mata.


Balkoni untuk Panorama
Balkoni untuk Panorama
Dengan dihiasi dengan pohonan pine (rhu) yang cukup lembut warna hijaunya dengan jaluran cahaya matahari yang menembusi celahan dahanan rhu memang memukau pandangan mata.

Latar Belakang Panorama Gunung Kinabalu

Apalagi kehijauan ini diselangi dengan kabus lembut berupa awan panjang menyelubungi Gunung Kinabalu nun di hadapan. Hilang terus kepenatan perjalan dari Kota Kinabalu yang memerlukan melalui lauan bukit bukau yang memenatkan mata memandang.


View Terbaik Gunung Kinabalu Dari Resort
View Terbaik Gunung Kinabalu Dari Resort
Malamnya pula, fuh, cukup terserlah kesejukkannya, palang besi tangga pun sudah sesejuk hawa peti ais inikan pula udara sekeliling.

10-15 darjah celsius memang pasti bacaan pada julat termometer jika diukur. Terus tidur tanpa khabar berita. 


Bunga Rumput Di Kawasan Sejuk
Bunga Rumput Di Kawasan Sejuk
Disediakan satu balkoni luar yang sesuai untuk kenangan beramai-ramai dengan latar belakang pohonan pine yang menghijau.


Balkoni Di Luar
Balkoni Di Luar
Sembang dan Bergambar
Permandangan indah Gunung Kinabalu dari Crystal Hill Resort ini memang mempersonakan dengan angin sejuk lembut ketika pagi sehingga matahari mula bersinar.


Boleh lihat suasana sekitar pagi Gunung Kinabalu dari resort ini dibawah:





Informasi pengunjung

Alamat

Kg. Kundasang, 
Kundasang, 
Kinabalu National Park, Sabah, 
Malaysia, 89308



Dapatkan bantuan perjalanan melalui aplikasi waze, sebagai contoh carian di bawah:



Waze Lokasi Crystal Hill Kundasang
Hubungi

016-584 6116

Harga Bermalam Di Crystal Hill Kundasang

RM400/malam

Parkir Kenderaan

Agak terhad, mampu memuatkan tidak lebih 10 buah kenderaan.


Kenangan Sekeping
Sebarang tempahan penginapan dengan lebih cepat dan mudah, gunakan traveloka sebagai teman percutian anda.




Anda fikir anda tahu Bermalam Di Crystal Hill Resort Kundasang Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan