Pengalaman Di Collectors Toy Fair Kuala Lumpur CTFKL4 2018


"Collectors Fair Toy 4 2018"

Penulis bukanlah 'collector toy' yang tegar sebagaimana professional lain dalam bidang mengumpul mainan.


Collectors Toy Fair Kuala Lumpur
Collectors Toy Fair Kuala Lumpur
Jika bertanya kepada penulis, ada gundam ? ada kereta 4wd tamiya ? ada patung figura atau statue naruto atau kamen raider ?


Jawapan penulis untuk soalan-soalan ini adalah satu sahaja ada.

Penulis mengandaikan penulis adalah seorang pengumpul barangan mainan. Betul ke bohong ?


Koleksi Termampu
Tidak kiralah pengumpul barangan mainan yang mahal atau murah dan peminat yang sukakan gambar-gambar berasaskan tanda palang #toyphotography.


Sampel #Toyphotograohy Penulis
Bagi yang tidak tahu (mungkin ramai peminat barangan mainan tahu) terdapat satu 'event' atau acara peminat hobi mengumpul mainan berkumpul berkongsi minat.


CTFKL4 2018
Iaitu di Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL).


CTFKL Anjuran Edisi Ke-4

Bagi tahun 2018, CTFKL adalah anjuran yang ke-4. Bermula pada tahun 2012 ia sudah menjadi acara tahunan. Terima kasih kepada abang Wan Kedah, tanpa beliau 'event' terbaik untuk semua peminat mainan dan pengumpul mainan ini tidak akan berjaya diadakan.


Beratur Di Pintu Masuk
Penulis yang baharu sahaja memulakan hobi mengumpul mainan (memang dari dahulu, namun dahulu zaman gerhana poket) telah menghadirkan diri CTFKL4 yang kali ini diadakan di TM Convention Centre Kuala Lumpur.


Selamat Datang Superfans
Pameran dan Jual Beli

Event yang bertemakan pameran dan jual beli ini memang dinantikan penulis untuk mendapatkan mainan yang jarang dijumpai dan mungkin ada yang terlepas pandang.


Datang Awal Penulis Beratur
Seawal 8.00 pagi penulis dan isteri terus menuju ke TM Convention Centre takut-takut sesak pula trafik sekitar situ.

Maklumlah kawasan Kerinchi dan Bangsar. 

Mudah sahaja pada awal pagi tersebut tidak begitu sesak jalannya, dengan parkir percuma yang telah disediakan pihak CTFKL4.


Layan Air Terjun
Kesesakan trafik berlaku di pintu masuk dewan pameran CTFKL4, maklumlah pintu masuk belum dibuka, hanya dibuka jam 10.00 pagi. Terlebih teruja penulis dan isteri datang awal.


Beberapa Meter Lagi
Apabila pintu dibuka, melalui pintu masuk yang berlatarkan air terjun TM Convention Centre, kami memasuki dewan pameran yang memerlukan tiket RM5 untuk seorang, OKU dan Kanak-kanak, percuma.


Kereta Kebal Welcome
Penganjuran 'Kawan-Kawan'

Perlu diingatkan ini acara atas inisiatif saudara Wan Kedah, jadi tiada sebarang tajaan dari mana-mana syarikat atau bantuan lain.


Beberapa Minit Di Buka
Memasuki ruang pameran, fuh dan wow itu dua frasa pertama penulis ungkapkan.

Memang banyak, rambang mata. Tidak lupa juga pemain 'cosplay' (costume player) yang lalu lalang.


Antara Cosplayer
Meskipun baharu dibuka memang meriah.

Acara Pembukaan CTFKL4

Acara pembukaan disertai abang Wan Kedah sendiri bersama kru CTFKL4. Di pentas berkumpul semua 'cosplayer' dari pelbagai watak selepas berarak bersama-sama anak-anak yatim terpilih untuk berada di atas pentas khas.


Ultraman dan Anak Yatim
Bermula dengan cosplay Ultraman, anggota SWAT Cobra , Missy Pokemon, Marrybrown (maskot pun ada), bumblebee dan banyak lagi.


Kru dan Cosplayer
Dimulakan dengan aluan kepada pengunjung oleh abang Wan kedah sendiri. Nyanyian lagu negaraku dan seterusnya lagu tema M.A.T N.O.Q iaitu lagu superhero tempatan CTFKL4 atau duta CTFKL.


Abang Wan Kedah 'Orang Kuat CTFKL'

Apa Itu MATNOQ Di CTFKL ?

Mat Noq pada awalnya penulis menjangkakan adalah manusia rupanya adalah droid peperangan mewakili 'bangsa' CTFKL.


Mat Noq CTFKL
Mat Noq adalah akronim kepada Mechanical Atomic Tarakucha Numeric Online Quantum (M.A.T N.O.Q). Satu droid yang seumpama robot-robot superhero lain yang menentang segala kejahatan yang juga maskot kepada CTFKL.


Mat Noq Comic Cover
Lagu temanya juga boleh tahan. Dengan lenggok melodi dan tema cerita gaban dan ke arah animasi Jepun menjadi siulan penulis sehingga artikel ini di taip.


Mat Noq Figure
Cuba hayati lagu tema Mat Noq yang agak catchy ini.




Cakap Banyak Tak Mao

Sebagaimana slogan atau 'tagline' CTFKL "Cakap Banyak Tak Mao".
Lihat sahaja gambar-gambar sekitar CTFKL4 yang penulis sertai.



Tengah fikir nak belikan kat suami ke tak. Nanti kalau beli maghrib tak masuk rumah lagi.
Main benda cenggini.

Che Guevara Statue
Che Guevara dan lain-lain ikon hero yang memang memiliki rupa paras sama dengan original. Memang terbaik hasil seninya.

Figura Cybercop
Ini figura dan statue superhero zaman penulis dahulu, cybercop. Kanak-kanak zaman sekarang dah tak kenal semua ni.


Replika jet pejuang dan kapal terbang turut dipamerkan terbaik bagi mereka yang inginkan mencari koleksi.


Memang kali pertama terlihat patung tersebut agak seram, seumpama dia balasa tenungan. Namun booth ini menjual pelbagai mainan dari besar ke kecil-kecil mainan.

Gundam Assemble
Booth ini terbaik, memang ada gundam. Tuan booth juga sempoi dan tidak lokek ilmu, jika tidak silap abang Salleh namanya, berjaya juga dia menjelaskan soalan penulis yang masih noob pasal gunpla.

Hotwheels
Peminat hotwheels dan kereta mini sememangnya menanti-nantikan booth sebegini untuk tambah koleksi yang sedia ada.

Hotwheels
Memang rugi kalau pengumpul mainan hotwheels tidak datang ke CTFKL, boleh dikatakan majoriti booth adalah hotwheels. Sekarang memang top dengan mainan hotwheels.


Peminat robot dan mini mekanikal. Nah ini dia 'racun' untuk anda dan penulis juga. Letak dalam almari display memang cun dengan bentuk dan warna yang pelbagai.

'Janda-Janda' abang valentino Rossi
Selepas gunpla inilah yang selalu penulis cari selain di booth motogp. Memang terbaik koleksi yang ada. Bagi booth ini seumpama tribune kepada abang valentino rossi. 

Mini Replika Rossi's Helmet
Ini juga tribune helmet dari abang lagenda motogp VR46. Pelbagai jenis helmet yang pernah abang rossi pakai ketika motogp di replikakan dalam bentuk mini. Belum dijual, dikedai mereka mungkin.


Sebahagian kawan-kawan statue dan figura yang penulis ceritakan pada gambar che guavara di atas. Southen Figure Collectors Unite, ini adalah nama pemilik booth ini.


Peminat robot mekanikal mesti berair mulut lihat kalau yang tidak berkesempatan datang ke CTFKL hari tu.

Sung Kang Evo 7
Nampak 'real'. Betullah tu ini Sung Kang dalam Fast Furious, Han namanya dalam filem tersebut. Posing baik punya bersama Mitsubishi Evolution VII.

Star Wars Merchandise
 Salah satu lagi kegemaran penulis, star wars. Namun bajet penulis yang tidak berapa masyuk memerlukan penulis mengumpul keringat dan duit untuk dapatkan star wars.

Replika Evo VII

Evolution 7, memang terdetik di hati mahu rembat satu hari tu namun tidak dijual hanya untuk pameran. Nak beli Evo betul memang sukar, replika pun apa salahnya.


Miniature Fooball
Miniature sebegini memang sudah lama penulis cari. Terjumpa juga 'supplier' item miniature sebegini. Perlawanan bolasepak antara Germany vs Italy ini memang nampak benar-benar berlaku. Namun, kena guna sharingan untuk lihat mana bola yang ditendang.


Cap Jualan
Itu hanyalah beberapa booth di CTFKL4 sebenarnya terdapat lebih 300 booth yang perlu dikunjungi selain barangan mainan, t-shirt, cenderahati dan snapback juga ada dijual.


Wrestling Mania Replika
Bagi peminat wrestling ini set yang terbaik untuk dimiliki. Cukup nampak 'real' figure dan statue yang dipamerkan.

Toy Toss Barang Mainan Percuma

Acara 'Toy Toss' adalah yang dinanti-nanti khalayak ramai, iaitu acara baling mainan kepada penonton dan pengunjung.


Dapat Toy Toss Percuma Transformers
Kru CTFKL yang berada di pentas akan membaling mainan atau barangan kepada khalayak ramai, yang berjaya merebut item terbabit boleh bawa pulang dalam keadaan percuma.


Toy Toss Tajaan CTFKL4
Ada beberapa slot dilakukan 'toy toss' ini, alhamdulillah penulis berjaya menyambar dengan gaya sambaran helang lapar, tidaklah besar mana namun puas hati. Satu figura transformers.

Pertunjukan Pentas Cosplay

Selain itu, terdapat juga acara pentas yang turut menyenaraikan acara pementasan pendek dalam bentuk sketsa untuk animasi Dash Yankuro dan Kyuranger.

Boleh layan video pendek yang berjaya penulis rakam dibawah



Pelbagai aksi yang menghiburkan peminat animasi-animasi terbabit, ada yang berjaya mengenang kembali zaman kanak-kanak dahulu, ketika zaman penulis dahulu selain flashman, cybercop, maskman dan ultraman, satria baja hitam adalah kegemaran.

Kelas Mengenai Permainan dan Figura

CTFKL4 bukan sahaja tempat pameran dan bertemu peminat mainan yang lain, tetapi turut menjadi 'sekolah' atau akademi bagi mereka yang ingin tahu dan mungkin ada yang ingin serius dalam bidang animasi dan mainan.


Kelas Star Wars
Beberapa kelas diadakan di satu mini auditorium untuk orang ramai mempelajari selok belok pengetahuan dalam informasi tentang mainan.


Demonstrasi Di Layar
Penulis sempat menghadirkan diri di dalam auditorium yang redup dan berhawa dingin itu untuk kelas Membina Mainan. 


Kelas Cara Buat Mainan
Sesi untuk kelas ini diajarkan oleh seorang pembina mainan terkenal yang juga staf Ubisoft Singapura. Bro Mufizal Moktar iaitu seorang Senior Art Director/Sculptor di Ubisoft Singapore. 


Abang Mufizal Mokhtar Ubisoft Singapore
Banyak pengalaman dan info berkenaan dunia permainan terutama permainan berupa figure dan statue. Selain dia juga menerangkan masa depan seorang peminat permainan.


Developer Game Assasins Creed
Bangga bila ada anak melayu kita adalah antara yang berada dalam kumpulan penciptaan permainan antarabangsa seperti assassins creed ini yang telah menjadi filem di seluruh dunia.

Permainan Di Booth Pameran

Lebih menarik ada satu booth (geeksup.com.my) yang menganjurkan acara 'roulette' dalam digital. Main pusing-pusing piring hadiah.

Grand prize atau hadiah utama untuk permainan ini adalah sebuah replika BB-8 (droid Star Wars) dan beberapa barangan sampingan lain seperti kipas tangan dan luggage tag.


Star Wars Luggage Tag
Pada awalnya, penulis dan isteri ingin mendapatkan luggage tag star wars, harapan itu termakbul apabila penulis berjaya memusingkan roulette dan mendapat hadiah luggage tag star wars.

Cuba teka apa yang isteri penulis berjaya dapat ? Hehe


BB-8 Star Wars


Beli Gunpla, Dapat BB-8 dan Mainan Di CTFKL4

Itu bahagian menang permainan di CTFKL4. Ada juga barangan yang berjaya penulis beli di pameran ini.

Antara yang berjaya penulis 'sambar' di CTFKL kali ini adalah:


Haul Dari CTFKL4
1. Tamiya Dash 2 Burning Sun
2. SD (Super Deformed) Grade Barbatos Lupus
3. SD (Super Deformed) Grade Gundam Deathscythe-Hell EW
4. RG (Real Grade) Build Strike Gundam Full Package
5. Star Wars Droid - BB-8
6. Button Badge - Pelbagai Design
7. Star Wars Luggage Tag

Memang berbeza harganya dengan pasaran biasa, lagi murah di CTFKL.

Malah boleh juga tawar menawar itu yang penulis gemarkan. Namun, kualiti tetap terjamin.

Selain itu, boleh pelbagaikan pilihan memandangkan banyak kedai yang sertai pameran ini dan memudahkan peminat mengetahui kedai yang wujud untuk belian nanti.


Penat Pusing Jum Balik
Memang meriah acara ini, jika berkesempatan lagi tahun hadapan, mungkin penulis akan kembali ke CTFKL seterusnya.


Bye Semua
Informasi Pengunjung

Venue

CTFKL4 diadakan di TM Convention Centre Kuala Lumpur bersebelahan dengan menara rebung TM.

Waktu Acara

Hari Sabtu 31.3.2018
Bermula jam 10.00 pagi-8.00 malam

Bayaran Tiket


Tiket CTFKL4
RM5 untuk dewasa
Free untuk kanak-kanak dan OKU

Parkir Kenderaan

Percuma untuk pengunjung namun agak terhad.
P1-P2 Basement Menara TM.


Pacak Satu Sebagai Kenangan
Anda fikir anda tahu Pengalaman Di Collectors Toy Fair Kuala Lumpur 4 2018 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan