Mi Bandung Balik Muar Udang Bersepah Noodles Time Jalan Kebun Shah Alam


"Mee Bandung Balik Muar"

Sekali hirup kuahnya dalam sudu, fuh, rasa manis yang jarang boleh dinikmati dari mana gula di pasaran. Manis yang datang dari rasa isi dan tekstur udang yang segar dan asli.


Mee Bandung Udang Bersepah Jalan Kebun
Mee Bandung Udang Bersepah Jalan Kebun
Dengan kepekatan kuah yang sedang-sedang, memang cukup enak apabila dihirup ketika panas.


Warna kuahnya yang begitu menyelerakan menambahkan lagi rasa ingin meneruskan hirupan kuah bersama mee yang ada. Mee kuning, kuah bewarna jingga keorenan dan udang. Apalagi kombinasi tiga serangkai ini jika bukan mee bandung.

Tanpa udang apalah sangat mee bandung.

Mee Bandung Balik Muar

Kali ini penulis mencuba satu hidangan mee bandung yang dinamakan mee bandung balik Muar. Asal usul balik Muar penulis kurang tahu mengapa diletakkan nama terbabit. Ada riwayat menyatakan mee bandung berasal dari daerah Muar di Johor.


Mee Bandung Balik Muar
Namun, menggunakan beberapa cetusan logik di benak penulis, pihak yang memberi nama hidangan mee bandung ini ingin membawa pelanggan yang mencuba mee bandung mereka sehingga merasakan betul-betul balik ke Muar.

Mee bandung memang popular untuk Masyarakat di Muar, Johor. Walaupun penulis belum pernah mencuba mee bandung sekitar Muar, namun memang banyak sumber yang pernag penulis lihat dan baca populariti mee bandung di Muar Johor.

Mungkin nama Mee Bandung Balik Muar bernatijahkan pemahaman ini. Bagi membandingkan rasa yang di Jalan kebun ini dengan yang di Muar masih belum mampu penulis buat perbandingan kerana belum mencuba mee bandung Muar.

Bukan Peminat Mee Kuning Pahit

Penulis bukanlah peminat mee kuning, biasanya jika makan di luar apabila isteri penulis tidak memasak di rumah, penulis jarang sekali akan membuat pesanan hidangan berasaskan mee kuning.

Fobia dan trauma pada satu ketika dahulu kepahitan mee kuning berjaya menyebabkan penulis teringat kali pertama ketika penulis masih kecil termakan sayur pahit, begitulah traumanya.

Bagi kesekian kali, ini kali ketiga penulis datang ke restoran yang baharu sahaja di buka tidak sampai 6 bulan ketika artikel ini sedang ditaip. Dahulunya penulis mencuba, sizzling, agak hambar rasanya. Kali kedua penulis mencuba mee bandung balik muar biasa.

Terus Jatuh Cinta Dengan Rasa

Hirupan pertama sehingga habis semangkuk mee bandung tersebut  tiada sebarang mee kuning dilepaskan.


Mee Sizzling dan Mee Bandung Balik Muar
Mee Sizzling dan Mee Bandung Balik Muar
Memang kena dengan selera, dengan kuah pekat yang manis dan terasa udangnya.
Tidak sedar yang penulis sedang memakan mee kuning yang dikatakan fobia tersebut, memang lain macam rasanya.

Jika untuk cubaan mee bandung tersebut udangnya hanya beberapa ekor sahaja.

Pada kunjungan ketiga, selepas balik dari CTFKL4 di TM Convention centre, penulis dan isteri ingin ke Noodles Time ini pula di Jalan Kebun Shah Alam.

Mee Bandung Udang Bersepah

Kali ini hidangan lain namun dalam hidangan yang sama, tetap mee bandung tetapi untuk watak yang berbeza, kali ini penulis memesan mee bandung udang bersepah.


Mee Bandung Udang Bersepah
Mee Bandung Udang Bersepah
Sengaja penulis memesan hidangan ini untuk lihat bagaimanakah bersepahnya udang dalam semangkuk mee bandung, atau namanya sahaja bersepah dan bilangannya hanya beberapa ekor seperti bilangan ahli Sepahtu walaupun sudah Reunion.

Saiz Udang Dalam Mee Bandung

Apabila hidangan tersebut sampai memang agak bersepah. Udang yang sederhana besar di sepahkan dalam satu mangkuk dengan terisinya mee kuning, kuah pekat jingga dan telur rebus separuh. Maka dalam menu, hidangan ini dinamakan mee bandung bersepah.


Saiz Udang Dalam Mee Bandung
Saiz Udang Dalam Mee Bandung
 Walaupun tidak sesepah dan sebesar mee bandung udang viral lain namun tetap boleh dilihat tahap menyelerakannya.

Hirupan pertama untuk membuka selera, rasa masih seperti dahulu, sememangnya digunakan resepi turun temurun mereka.

Kuah yang sederhana 'viscosity' kepekatannya, manis udang terasa. Penulis mengandaikan air rebusan fizikal udang digunakan tukang masaknya untuk 'base' kuahnya.
Bau udang terus menyusup ke hidung.

Udanglah sebenarnya keunikan mee bandung. Tanpa udang seumpama sepahtu tanpa Jep. Hambar.

Bilangan Udang Dalam Mee Bandung Udang Bersepah

Penulis mula mengira seumpama kanak-kanak tadika baharu mengenal nombor.
Satu...dua...tiga...bla..bla..lapan. Terdapat lapan ekor udang bersaiz sederhana di dalam semangkuk mee bandung.


Kuantiti Bilangan Udang
Kuantiti Bilangan Udang
Boleh dikatakan agak bersepah juga. Agak rabak juga fikiran kalau hendak kopek (sukar ditaip memandangkan penulis berasal dari kelantan) kerana saiznya agak besar dan banyak.

Beberapa ekor dikongsi bersama isteri. Dalam cubaan mengurangkan pengambilan sumber asid urik penyebab gout.

Rasa Gabungan Isi Udang dan Kuah 

Memang kena kuah berasaskan udang dan lauk udang dengan isi masih putih dan kenyal dalam semangkuk mee bandung udang bersepah.

Kedai ini dinamakan noodles station. Menyediakan makanan berasaskan mee. Pelbagai jenis mee termasuk yee mee untuk sizzling.

Harga Hidangan Mee Bandung

Dari segi harga berbeza untuk setiap menu hidangan mee:


Harga Hidangan Mee 
1. Mee Bandung Balik Muar - RM6.50/mangkuk
2. Mee Bandung Udang Bersepah - RM13.50/mangkuk

Konsep Restoran Dalam Food Court

Bagi penulis sizzlingnya umpama mamat dalam sepahtu, kurang enak. Sebenarnya, Noodles Time ini adalah antara salah satu kedai yang terdapat dalam 'food court' ini.


Noodles Time
Noodles Time bukanlah satu kedai terpacak megah akan tetapi dalam satu restoran berkonsepkan food court. Mengingatkan penulis akan cafeteria ketika di kolej dahulu dengan banyak kedai dalam satu bumbung.


Hill's Food Court Jalan Kebun
Hill's Food Court Jalan Kebun
Food Court yang digelar 'Hills Station', Food Court Hill's Station. Noodles Time salah satu darinya, lain-lain gerai adalah seperti nasi lemak, yong tau fu, murtabak cheese dan masakan panas (tiada makanan ala thai).

Penggemar Mee Bandung dan Udang Perlu Cuba

Penggemar mee bandung dan udang, boleh cuba dan rasa hidangan mee bandung di sini. Mungkin satu pilihan rasa baharu memandangkan persaingan membuka kedai makan di Jalan Kebun Shah Alam memang semakin berleluasa dan sukar diramal.


Menu Mee
Selain mee bandung udang bersepah dan mee bandung biasa, terdapat juga menu istimewa mee bandung di disini iaitu mee bandung dengan 'gear box'.

Informasi Pengunjung

Cukup strategik berada di laluan Jalan Batu Tujuh Jalan Kebun yang sememangnya seumpama lorong syurga pelbagai makanan.

Alamat

Jalan Kampung Batu 7, 
Kampung Jln Kebun, 
40460 Shah Alam, 
Selangor



Mudahkan pencarian anda melalui aplikasi Waze. Dengan kata kunci yang betul dan pemanduan yang lebih tepat ke destinasi.


Waze Lokasi Foodcourt Hill's Station
Waktu Operasi Noodles Time Jalan kebun

Buka setiap hari dari jam 12tgh hari hingga 12 tgh malam
Cuti setiap hari isnin minggu ke 2 dan ke 4 sahaja



Parkir kenderaan

Cukup luas dan terdapat tapak parkir persendirian untuk food court ini.
Mampu menempatkan 15-20 kereta sedan dalam satu masa.

Anda fikir anda tahu Mee Bandung Balik Muar Udang Bersepah Noodles Station Jalan Kebun Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan