"MaThaf Fair Bukit Rimau"
Masam, pedas dan authentic, itu tiga ciri makanan thai.
Malaysia dan Thailand adalah negara yang bersempadan dan sebelah menyebelah.
Mathaf Halal Food Festival |
Bukti fizikal, banyak sudah terdapat restoran dan gerai tom yam dan makanan Thai bertapak di Malaysia.
Kuah Tom Yam Thai |
Gerai Mango Float |
MATHAF
Bagi merasai perisa yang sebenar-benarnya Thai, terdapat satu acara yang mungkin menjadi acara tahunan di Malaysia, iaitu MaThaf. Mathaf adalah singkatan kepada Malaysia-Thailand Halal Food Festival.
Kali pertama mathaf yang pernah penulis kunjungi adalah di Seksyen 7 Shah Alam dua tahun lepas dan kali ini mathaf telah berjaya dilangsungkan di perkarangan Aeon Big Bukit Rimau, Kota Kemuning Shah Alam Selangor.
Seumpama 'road-tour', oleh kerana sambutan dari hangat dari pengunjung mathaf sudah menjadi satu festival yang tidak asing lagi.
Makanan Sedap Di Sekitar MATHAF Bukit Rimau
Cukup untuk penulisan, bab makan jika tiada gambar kurang seleranya. Ini antara makanan sekitar MaThaf Bukit Rimau Shah Alam.
Ketam Baby Goreng Pedas |
Dim Sum |
Ketam |
Kerang Rebus |
Kerabu Megi |
Mi Siam |
Biryani Ayam |
Meatball Sos Lada Hitam |
Memang daging yang betul-betul asli, dengan perisa sos lada hitam yang pekat dan tidak begitu menyakitkan kerongkong kerana ia tidak begitu kuat dari segi perisa. Sedan-sedan rasanya. Tidak liat dan cukup lembut.
Sate |
Daging lembu dan daging ayam dengan rempah tersendiri di bakar pula di atas api yang tidak begitu kuat. Bau dan aroma hidangan itu sendiri terus melekat pada sate tersebut.
Sate |
Kerabu Ayam |
Sotong Bakar |
Mi Goreng Udang |
Mangga Buah Naga |
Double Trouble Shake |
Ais Krim |
Itu di antara makanan dan minuman yang ada, banyak lagi jika mahu disenaraikan namun itu yang terbaik yang dilihat.
Selain makanan utama Malaysia dan Thai, terdapat juga makanan lain yang terdapat di Mathaf di Bukit Rimau Kota Kemuning ini. Jeruk dan buah buahan boleh dibeli oleh pengunjung.
Jeruk Buah |
Mangga Manggo Float |
Sambal Kering Thai |
Tempat makan 'on the spot' juga disediakan selain dari terdapat pentas hiburan yang memainkan lagu-lagu dua negara, yang faham akan faham yang tak faham buat-buat faham. Penulis hanya tahu lagu yang biasa budak-budak motor ke Thailand dengar, "du du du du tetam" ke apa.
Suasana Tenang dan Tidak Sesak
Kawasan yang luas dengan gerai yang banyak, boleh dikatakan Mathaf ini cukup baik.
Keadaan tidak begitu sesak berbanding mathaf ketika di Seksyen 7 Shah Alam dahulu mungkin kerana promosi yang kurang dan tidak begitu meluas.
Informasi Pengunjung
Venue
Bagi edisi kali ini festival diadakan di Aeon Big Bukit Rimau Kota kemuning Shah Alam.
Cukup mudah untuk ditemui. Didirikan di kawasan penjuru kiri Aeon Big di kawasan parkir menghadap Jalan Persiaran Sungai Selangor.
Waktu Operasi
Bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam dari 6 April sehingga 15 April 2018.
Anda fikir anda tahu Makanan Unik dan Sedap di Malaysia - Thailand Halal Food Festival Aeon Bukit Rimau Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri