"Beli G-Shock GA-700-1A"
Sudah lama sebenarnya penulis bercita-cita ingin memiliki jam casio G-Shock. Ketika zaman trending jam ini ketika penulis masih kanak-kanak. Kini kegilaan terhadap G-Shock timbul kembali.
G Shock GA700 |
Sekarang, Alhamdulillah boleh menikmati pergelangan tangan kiri dihiasi satu jam yang berekabentuk seumpama henshin atau kamen rider sebelum menjadi adiwira.
Rekabentuk seumpama simpanan kuasa seorang adiwira dalam kisah adiwira kanak-kanak zaman dahulu antara faktor G-Shock agak digemari.
Jam Pelbagai Fungsi
Dengan bentuk dan gaya agak ke masa hadapan dengan pelbagai fungsi, G-Shock tidak pernah tidak popular.
Pada awalnya, penulis mencuba mendapatkan jam tangan Casio dalam kategori G-Shock ini hanyalah yang tiruan sahaja.
Beli G-Shock Copy
Berjaya dapatkan di Uptown Shah Alam dengan harga RM30 seutas. Namun, jam tangan tersebut gagal bertahan agak lama, walaupun berjaya mengatasi waranti jam tangan tiruan selama 3 bulan.
Untuk bulan seterusnya bermulalah zaman kegelapan, jarum jam mula berhenti dan nampaknya bukan lagi nazak namun berjaya mematikan dirinya.
Maka tamatlah riwayat jam tersebut.
Ciri-Ciri Jam G-Shock Terbaik
Bermula dari situ, penulis mula mengumpul semangat dan keringat untuk mendapatkan jam G-Shock berkriteria:
1. tahan lama
2. bateri 5 tahun atau lebih
3. rekabentuk lebih memukau
4. dail dan fungsi yang banyak
Kesemua kriteria ini ada pada jam tangan G-Shock yang original. Harga lebih mahal namun berbaloi dari segi ketahanan.
G-Shock Model GA-700
Dalam lebih kurang 800 rekabentuk G-Shock yang ada penulis berjaya terpikat dengan GA-700. G-Shock dalam dua interface, analog dan digital. Memang dua kriteria ini penulis mahukan untuk G-Shock kali ini.
Model Ga-700-1A |
Harga Kedai yang Agak Mahal
Dalam proses pemantauan (survey) banyak juga kedai menjual dengan harga yang agak lari dari bajet penulis. Majoriti kedai jam menjual GA-700-1A dengan harga RM500-RM600 (mengikut harga semasa).Agak 'keras' bagi bajet penulis yang hanya menggunakan jam untuk masa dan tarikh.
Mengetahui bahawa butik dan kedai jam memerlukan wang lebih untuk membayar sewa kedai mereka jadi memang harga tersebut memang akan tetap sama di mana-mana kedai.
Penulis mengubah kepada kedai yang tiada sebarang kedai fizikal, iaitu kedai online.
Carian Di Lazada, Shopee dan 11Street
Bermula dengan laman seswang seperti Shoppee, lazada dan 11streets namun pengalaman lepas banyak mengajar untuk tidak terus membuat belian.
Alternatif lain adalah carian di Facebook dan Instagram. Facebook dan instagram lebih pilihan untuk mencari.
Dengan harga berbeza dan kawasan berbeza. Penulis terjumpa satu penjual G-Shock original online di Facebook dan memulakan carian di instagram untuk mendapatkan gambaran dan status 'trusted seller' penjual melalui instagram, takut-takut tertipu.
Kriteria Pemilihan Penjual
Dalam mendapatkan kepastian (penulis memang agak paranoia tentang sesuatu jualan online), dua kriteria yang penulis dapatkan:
1. respon penjual kepada pembeli
2. komen yang ada pada instagram tersebut.
Dua penjual di instagram berjaya penulis temui, setelah memang diyakini menjual G-shock original. Penulis mula direct message (dm) dua penjual terbabit dan mendapatkan info mengenai GA-700-1A.
Satu berbalas dan satu lagi tidak berbalas. Penjual yang membalas dm di instagram memberikan harga RM5XX dan boleh membuat bayaran ansuran dua kali.
Satu lagi yang tidak berbalas penulis menggunakan khidmat pesanan ringkas Whatsapp yang tertera pada profil instagram.
Harga Murah Ditawarkan
Bertanyakan tentang GA-700-1A, penjual membalas dengan harga yang sememangnya dalam bajet penulis, jimat RM200 lebih, dengan harga RM3XX.
Authorised Gshock Dealer |
Cukup pantas penulis menerima jam G-Shock tersebut, dalam dua hari sahaja. Walaupun COD jam tersebut hanya beberapa ratus meter dari rumah penulis, namun, jam tersebut tiada dalam stok penjual dan terpaksa menunggu stok.
Pakej yang Diberikan |
Free Gift |
Instagram G-Shock original |
Anda fikir anda tahu Beli Casio G-Shock GA-700-1A Dengan gshock_original.malaysia Sijangkang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri