"Gaji Pelumba MotoGP"
Memandangkan Malaysia sudah memiliki wakil pertama dalam sukan permotoran MotoGP bersama Monster Tech 3 Yamaha Team. Mesti ada yang tertanya-tanya berapakah gaji yang diterima olehnya.
Gaji Pelumba MotoGP |
Dengan tajaan dari pelbagai syarikat permotoran yang ternama dunia, tajaan yang berada di livery motosikal atau baju pasukan itu sendiri bukan calang-calang nilainya.
Sukan permotoran menjanjikan gaji yang lumayan, tidak percaya ? Ikuti senarai gaji pelumba MotoGP untuk musim 2018 dibawah:
1. Marc Marquez Salary : $11.5 Million :Team (Repsol Honda Team)
Marc Marquez |
Dimiliki oleh pasukan Repsol Honda telah memenangi empat gelaran juara Dunia (2012,2014,2016,2017).
Apabila berjaya menjadi juara untuk musim terdahulu dengan 'dogfight' yang begitu sengit dengan Dovi, tahun 2018 dengan mengungguli carta sebagai pelumba motogp paling banyak dibayar.
2. Valentino Rossi Salary : $10 Million :Team (Movistar Yamaha MotoGP)
Valentino Rossi |
Dia menandatangani kontrak baharu dengan Yamaha Movistar selama dua tahun iaitu 2017,2018. Dalam 2019, dikatakan mungkin beliau bersara dan menumpukan sepnuhnya kepada pasukannya sendiri.
Jumlah pendapatan ini termasuk 'endorsement earning'. Mungkinkah 2018 kejuaraan dunianya yang ke-10?
3. Jorge Lorenzo Salary : $8 Million :Team (Ducati)
Jorge Lorenzo |
Pertukaran dari Yamaha kepada Ducati merencatkan sedikit prestasinya dimana keserasian bersama jentera ducati baharu ingin bermula.
4. Andrea Dovizioso Salary : $7 Million :Team (Ducati)
Andrea Dovizioso |
Memberikan komitmen yang tinggi dengan ducati team dari tahun 2013 lagi.
5. Maverick Viñales Salary : $5 Million : Team (Movistar Yamaha MotoGP)
Maverick Vinales |
Anak muda Sepanyol yang sememangnya selalu memberikan cabaran dalam setiap perlumbaan bukan sahaja kepada pelumba lain malah turut menyaingi VR46.
Dengan tempat ketiga kesulurhan musim 2017, melayakkannya menaiki aras pendapatan di tempat kelima.
Pendapatan Sebulan ?
Mungkin sekali pandang angkanya mengejutkan dengan perkataan 'million'. Bukan pendapatan bulanan atau mingguan seperti pemain bola sepak dunia.
Ini pendapatan 'lump sum' untuk satu musim atau setahun. Namun, cuba bahagikan dengan 12 bulan, Marc Marquez mungkin mendapat $900k sebulan untuk angka tersebut.
Secara terperincinya tiada sebarang angka rasmi dikeluarkan untuk pelumba motogp. Kebanyakan pendapatan ini tidak tetap bergantung kepada bonus setiap perlumbaan, jika pasukan memberikan bonus untuk berada 10 teratas mungkin banyak bonusnya.
Pendapatan Pelumba MotoGP Lain
Di atas adalah senarai pendapatan 5 pelumba motogp ternama, lain lain pendapatan pelumba motogp sepertimana di bawah:
Senarai Gaji Pelumba MotoGP 2018 |
sumber: tsmsportz
Anda fikir anda tahu Senarai Gaji dan Pendapatan Pelumba MotoGP Musim 2018 ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri