"PD Famous Cendol Coconut Shake"
Awek cendol viral pun sudah mula meracau-racau serupa disampuk roh jahat sotong kurita menyuruh teman lelakinya bawa ke gerai cendol lagi. Itu baharu sahaja cendol biasa, dia belum lagi lakukan 'road tour' melawat gerai-gerai dan restoran cendol seluruh Malaysia.
Pd Famous Cendol Coconut Shake RM2 |
Sudah lama sebenarnya mengetahui akan kewujudan kedai yang sudah boleh dianggap sebagai restoran ini kerana kedudukan yang agak strategik sebelum sampai ke Pantai Teluk Kemang. Hujung minggu ? Boleh dikatakan ramai yang menjadi semanja 'awek cendol' kebanyakan pelanggan adalah mereka yang 'repeat' (ulang) kembali untuk menikmati cendol di sini.
Dengan dibinanya restoran yang merangkumi kawasan yang mampu dibina sebuah banglo bersaiz B itu cukup luas. Tambahan pula mudah untuk ditemui memandangkan berada betul-betul di tepi jalan pantai Port Dickson.
Kedai Makan Pelbagai Citarasa
Pelanggan restoran ini datang dalam pelbagai ragam, ada yang datang berkeluarga, carpool bersama rakan-rakan, geng-geng konvoi kereta dan termasuk guna geng konvoi bermotosikal. Tempat lepak menarik selain dapat menghilangkan dahaga, PD Famous Cendol.
Ruang Makan PD Cendol |
Lain-lain sajian turut disediakan, seperti nasi ayam, kambing bakar, kerang bakar, dan pelbagai jenis air. Mee bandung pun ada,tauhu sumbat, keropok lekor, apalagi kalau ada yang mengidam inginkan asam pedas, jangan kata tiada memang ada.
Tema Food Court Layan Diri
Dengan konsep food court layan diri dan carilah tempat duduk sendiri, pelanggan bebas memilih citarasa masing-masing. Makanan 'signature' Negeri Sembilan pun ada, masak lemak cili api salai.
Layanlah Diri Anda |
Penulis bukan peminta cendol sejujurnya, kerana pernah terkena satu cendol yang santannya terlalu pekat dan masam rasanya. Selera untuk cendol mula tersekat. Jika makan cendol pun, makan dalam versi orang Kelantan iaitu dengan air gula jika musim puasa ramadan.
Dilarang Memotong Di Lorong Kecemasan |
Apa Itu Cendol Bakar ?
Mula-mula agak terkejut dengan perkataan 'bakar', terbayang di fikiran cendol, semangkuk cendol dibakar atau 'grill'. Gila ke ? Tak pernah di buat orang.
Inferens kedua penulis akan perkataan 'bakar' pada cendol ini adalah nama pemiliknya 'Bakar'. Sebenarnya dua inferens di atas salah sama sekali.
Bakar di sini merujuk kepada satu cara penyediaan, gula melaka (nisan dalam Kelantan) yang menjadi pemanis dalam kuah santan cendol ini sebelum dimasukkan ke dalam cendol bersantan, ia dibakar dahulu untuk mendapatkan aroma salai dan kelainan pada rasa.
Itu sebenarnya asal nama 'cendol bakar'. Patutnya 'cendol manisan bakar', sekadar mencadang.
Rasa Cendol Jagung PD Famous
Hirupan pertama penulis untuk cendol ini dengan rasa cukup tidak berapa yakin. Namun, kesejukan ais berjaya memujuk minda penulis terus menghirupnya.
Cendol Jagung PD Famous Cendol |
Hirisan-hirisan cendol yang kenyal separa lembu dan diberikan pula perisa manis gula melaka yang beraromakan salai. Apabila berjaya mengigit beberapa biji jagung menambahkan lagi perisa kemanisan dan kelainan.
Cendol vs Coconut Shake |
Cendol jagung ini berharga RM3 semangkuk. Mahal seringgit dari cendol biasa. Sama taraf harganya dengan cendol pulut yang juga RM 3 dan sangat murah berbanding cendol durian yang mengikut musim.
Coconut Shake PD Famous
Bagi coconut shake pula, seperti biasa dalam satu cawan terdapat air kelapa yang sudah di'blend' bersama susu berserta ais sekali.
Coconut Shake RM2/cup |
Coconut Shake Power |
Meratah Kambing Bakar Sos Lada Hitam
Hidangan seterusnya adalah kambing bakar. Penulis melayankan diri ke kaunter kambing bakar yang sedang berdesir hasil pertembungan jus dan sos dari perapan kambing dengan kuali pemanggang yang panas.
Lamb Grill PD Famous |
Disediakan di atas pinggan 'sizzling' bersaiz kecil. Rasa daging kambingnya agak biasa dan liat. Liat adalah musuh utama dalam penyediaan kambing bakar.
PD Famous Kambing Grill |
Rasa Sos Lada Hitam
Faktor kedua dalam mendapatkan kepuasan dalam menikmati daging kambing bakar adalah sosnya. Disini sos lada hitamnya.
Cukup lazat dengan kepekatan yang mampu memberikan rasa kambing lebih terasa. Sosnya cukup sedap. Penulis terlupa sejenak akan keliatan daging kambingnya walaupun beberapa kali tergigit tulang kerana menyangkakan itu daging.
Satu hidangan kecil kambing bakar yang dihias dengan beberapa daun salad adalah RM 10/pinggan. Portion lebih besar pula berharga RM 18/pinggan.
Colek Kerang Rebus PD Famous
Kerang rebus yang berjaya dicuba penulis rasanya tidak jauh lain dari kerang rebus normal melainkan kerangnya tiada sebarang unsur jus didalamnya, lebih kepada ke arah kerang bakar.
Kering dan tiada aroma kerang yang ditunggu. Disediakan air pencicah berupa sos cair dengan bijian cili yang masih ada.
Kebebasan Pengunjung Memilih Citarasa
Dengan tema 'food court' dan layan diri. Satu kebebasan kepada pengunjung yang inginkan makanan ringan dan makanan lebih berat.
Order Cendol |
Dapat Cendol |
Secara keseluruhan, memang terbaik dengan harga untuk kawasan tarikan pengunjung ramai, Port Dickson.
Photo Booth Kenangan DIsediakan |
*maaf untuk resolusi gambar yang tidak menyelerakan memandangkan diambil menggunakan action camera lens dengan SD card yang berkelajuan rendah.
Informasi Pengunjung
Jalan pantai menuju ke Pantai Teluk Kemang.
Melepasi beberapa lengkok, dan ternampak stesen petrol Petron, berhadapan dengan stesen minyak ini tersergam PD Cendol Coconut Shake Famous.
Alamat Kedai
PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM2
Kampung Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Gunakan aplikasi waze sebagaimana contoh di bawah:
Waze Lokasi PD Famous Cendol |
Dibuka setiap hari. Operasi restoran ini bermula pada jam 11 pagi sehingga 7 malam.
Awasi waktu puncak di kedai makan ini kebiasaannya adalah waktu makan tengah hari sekitar 11:30 pagi sehingga 2 petang. Apalagi jika musim cuti sekolah dan hujung minggu.
Kawasan Parkir Kenderaan
Memandangkan restoran PD Famous Cendol Coconut Shake ini tersorok sedikit ke belakang dari jalan raya, terdapat kawasan parkir kenderaan yang cukup luas.
Mercu Tanda Kedai |
Anda fikir anda tahu Pekena Cendol Jagung Di PD Famous Cendol Coconut Shake RM2 Port Dickson ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri