Nikmati Coconut Shake Vanilla Float Viral Di Coconut Shake Original Famous Klebang Melaka


"Coconut Shake Klebang Famous"

Zaman dahulu kalau ada ayah atau ibu bapa nak bawa anak-anak ke tepi pantai pasti terkenangkan pohon kelapa yang berbatang-batang menegak ke langit. Jika pantainya tiada pohonan rhu.


coconut shake klebang viral
Coconut Shake Original Klebang
Zaman sekarang, masih lagi dikekalkan kombinasi pantai dan kelapa jika bercuti di pantai. Namun, sudah kurang pohonan kelapa di sekitar pantai apalagi pantai sekitar Selat Melaka.


Mungkin anda akan tertanya-tanya jika Parameswara tidak bersandar di pokok melaka, apalah nama negeri Melaka sekarang. Melaka cukup terkenal sebagai tempat peranginan. Dari kawasannya yang strategik dan tinggalan sejarah.

Pantai Menarik Di Melaka

Kedudukan Melaka yang cukup strategik ini menjadikan Melaka suatu tempat rebutan masa dahulu kala.

Pelbagai jenis etnik dan bangsa ingin merebut Melaka seumpama berebut-rebut ingin menjadi makcik dan pak cik bawang di facebook. Kepelbagaian tinggalan ini menjadikan Melaka antara pengeluar tempat makan yang menarik untuk dilawati.

Keindahan pantai memang sudah terbukti, dari masa ke masa penulis datang ke Melaka, mesti ada perubahan yang baharu.

Pantai Klebang Popular

Contoh paling mudah adalah Pantai Klebang, semakin lama semakin bertambah infrastruktur yang ada, jika dahulu sebelum terdapatnya sebuah kapal selam dan dua buah pesawat pejuang di muzium kapal selam.

Pantai Klebang hanyalah padang pasir tepian pantai.


Pantai Klebang Melaka | Google Image
Pantai Klebang sudah terkenal, ramai yang datang ke Pantai Klebang bukan sahaja kerana ingin melawat muzium kapal selam ada juga yang datang untuk bermalam di dalam bas seperti bustel.

Tarikan pasir pantai yang indah untuk bergambar, tidak kisahlah ilmu fotografi rendah atau tinggi memang menarik. Pantainya sentiasa sahaja dipenuhi pelancong, Pantai Klebang sudah meriah.

Cuaca Panas dan Lembap

Iklim Malaysia yang panas dan lembap kadang-kadang merencatkan untuk menikmati tempat menarik sekitar Pantai Klebang. Benda pertama merunsingkan pengunjung ke Klebang pada musim panas untuk bersiar-siar adalah faktor dahaga.


buah kelapa muda coconut shake klebang
Kelapa Muda Ketika Panas
Usah khuatir usah risau. Apabila kelapa muda, airnya diambil dan digabungkan dengan ais krim vanilla. bayangkan.


ais krim coconut shake klebang
Askrim Vanilla Walls
Ada penyelesaiannya permasalahan ini. Coconut Shake Famous Pantai Klebang.


pintu masuk coconut shake klebang melaka
Selamat Datang Ke Coconut Shake Klebang
Hilangkan Dahaga Dengan Coconut Shake

Bertahun-tahun menghilangkan dahaga pengunjung sekitar Klebang. Bukan sahaja Klebang, mereka yang dahaga dari seluruh pelusuk Melaka dan sekitar juga tidak ada masalah untuk beratur panjang. Sememangnya, jika datang pada waktu puncak, beratur panjang itu mesti.


coconut shake vanilla float klebang
Coconut Shake Vanilla
Datang ke Pantai Klebang tanpa mencuba coconut shake famous Klebang memang tidak lengkap. Bukan sahaja pelancong tempatan malahan penuh parkir dengan kenderaan pelbagai nombor plat yang ada. Bas persiaran juga selalu kelihatan.

Konsep Restoran Coconut Shake Original Klebang

Dengan tema beratur, bayar dan tunggu. Masa menunggu sebenarnya tidaklah begitu lama berbanding melepasi perangkap kesesakan trafik dari luar menuju ke Coconut Shake ini dan mencari parkir yang kosong.


coconut shake klebang melaka sedap
Close Up Coconut Shake
Pelanggan akan beratur dan dalam kepala perlu sudah tahu berapa biji gelas coconut shake yang ingin dipesan.

Melihatkan mesin pembuat coconut yang begitu cergas dengan tukang penjaga mesin tersebut, mengurangkan sedikit keresahan ketika beratur panjang. Cukup pantas pembuatan coconut shake tersebut, gabungan mesin dan manusia.

Sampai sahaja di kaunter yang memiliki mesin tunai di atas mejanya, sampaikan sahaja kepada penjaga kaunter terbabit berapakah bilangan gelas coconut shake yang anda inginkan. Selesai membayar, resit akan diberikan.

Harga Coconut Shake Original

Dengan harga RM2.70 segelas cukup berbaloi. Kali ini penulis memesan 10 gelas dengan harga RM27.00 terpampang pada resit.


harga coconut shake klebang
Harga Coconut Shake
Air kelapa yang di kocak bersama susu dalam mesin dan ditambah satu skop ais krim perisa vanila dengan harga tersebut, tidak sia-sia anda beratur agak panjang.

Selepas menerima resit belian, tidak perlu menunggu coconut shake anda, tidak payah menyuruh siapa-siapa membantu anda membawa bergelas-gelas coconut shake tersebut kerana coconut shake yang anda pesan akan dihantar kepada anda. Ketika pembayaran anda terlupa nombor meja pun usah menggelabah kerana semua itu tidak penting.

Cara Unik Dapatkan Coconut Shake

Letakkan sahaja resit anda di atas meja di mana anda berada, mat-mat despatch untuk coconut shake akan datang dengan kemahiran membawa gelas-gelas coconut shake kepada anda.

Sebagai contoh, untuk resit penulis RM27.00, secara congak matematik penghantar coconut shake yang lalu lalang akan meletakkan 10 buah gelas terisi coconut shake pesanan anda.

Cukup senang dan bagi penulis cukup unik tanpa bimbang memikirkan untuk membawa 10 biji gelas coconut shake sendiri ke meja anda dalam kesesakan orang ramai.

Rasa Coconut Shake Original Klebang

Bagaimana pula dengan rasa coconut shake famous Klebang ?

Bancuhan menggunakan mesin sebenarnya salah satu faktor yang menjadikan coconut shake ini sedap. Tanpa ada sifat tamat dan kedekut dalam 'diri' mesin tersebut, setiap bancuhan cukup sekata. Kita sememangnya faham apa itu kandungan dalam coconut shake.


Pembuat Coconut Shake
Air kelapa dibancuh dengan susu dikocok-kocok bak penari dangdut untuk satu gelas.

Jika kekurangan salah satu elemen iaitu air kelapa dan susu agak lain rasanya.

Bagi rasa coconut shake ini sedap dan begitu sesuai diminum tidak kira musim kemarau atau el-nino, kerana memang cukup rasa lemak dan krimnya ditambah pula kesejukan ais krim dan rasa vanila yang bercampur dengan jus kelapa yang lembut sahaja rasa manisnya.

Tidak hairanlah, sekali cuba ramai yang datang ke Klebang meneruskan aktiviti beratur panjang-panjang meskipun sudah beberapa kali mencubanya.

Hidangan Selain Coconut Shake

Disini yang sudah lebih kepada sebuah restoran bukan sahaja menyediakan hidangan coconut shake semata-mata. Pelbagai makanan yang disediakan. Paling banyak adalah kuih muih.


kuih muih coconut shake klebang
Kuih Muih Klebang Coconut
Hidangan sampingan yang disediakan bukan dalam kategori hidangan berat. Paling berat pun kalori yang ada mungkin adalah nasi lemak yang sederhana saiz bungkusannya.


makanan sampingan coconut shake klebang
Karipap Pun Ada
Pelbagai kuih-muih yang disediakan antaranya:

1. Popia Goreng
2. Popia Goreng Berlada
3. Karipap
4. Donut
5. Cokodok

....dan banyak lagi beberapa kuih yang jarang dijumpai.


Kuih dan Coconut Shake Vanilla
Kuih dan Coconut Shake Vanilla
Informasi Pengunjung

Cukup dekat dengan pantai Klebang. Jika dari arah Pengkalan Balak atau Tanjung Bidara, terdapat satu mercu tanda sebelum kedai coconut shake ini iaitu stesen minyak Caltex.

Alamat

Lot 130 
Solok Kampung Bahagia, Klebang Kechil 
75200 Melaka



Boleh menggunakan Waze dan Google Maps untuk bantuan arah ke Coconut Shake Original Klebang.


Waze Klebang Original Coconut Shake
Waze Klebang Original Coconut Shake
Waktu Operasi Coconut Shake Klebang

Dibuka setiap Hari dan mula beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 6.30 petang.
Hari Jumaat bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.

Waktu puncak ketika cuti dan hujung minggu mungkin menyebabkan kesesakan sekitar kawasan restoran. Pengunjung kebiasaan menghabiskan masa selama 30 minit di sini.

Waktu puncak adalah ketika waktu makan tengah hari, bermula sekitar 12 tengah hari hingga 4 petang.

Parkir Kenderaan

Cukup luas dan teratur. Lapang dan berada di dalam pagar kawasan restoran.
Dianggarkan mampu memuatkan lebih 50 buah kenderaan dalam satu masa. Tiada sebarang petak untuk parkir, atas kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan ruang parkir.

Bawa Pulang (Take-Away)


Gerai untuk Bawa Balik Sahaja
Inisiatif terbaik restoran apabila meletakan dua kategori pelanggan.
Dine in atau take away, untuk pelanggan take away disediakan kawasan berhampiran jalan utama sebuah gerai kecil.


*picture specs and resolution: Eken H9 Action Camera 4MP 16GB SDCARD

Anda fikir anda tahu Cuba Coconut Shake Vanilla Float Viral Di Coconut Shake Original Famous Klebang Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan