"Extreme Jungle Park PD Ostrich"
Aktiviti di ladang Ostrich Show Farm Port Dickson bukan hanya untuk melihat lebih dekat haiwan 'rare' seperti burung unta, unta, keldai itu sendiri. Dalam satu tiket pengunjung boleh menambah pengalaman dan pengetahuan baharu yang lain.
Jurassic Park Port Dickson |
Bunyi Ngauman Pelik
Semasa di ladang burung unta ini, pengunjung sebenarnya boleh mendengar sayup sayup dari kejauhan satu bunyi yang agak jarang kita dengan setiap hari. Sedikit bunyian kalau ada yang pernah melihat lembu kurban di kurbankan. Namun, lebih kepada bunyian haiwan pra-sejarah.
Papan Tanda Ke Extreme Jungle Park |
Mencari Alam Jurassic Park
Untuk ke taman jurassic ini, pengunjung perlu menyeberangi jalan raya, hati-hati jika membawa warga emas atau kanak-kanak.
Pintu Masuk ke Extreme Jungle Park |
Menaiki ATV (All Terrain Vehicle)
Bagi penggemar kenderaan atv, boleh mencubanya disini. Terdapat atv (all terrain vehicle) yang disediakan kepada pengunjung untuk di sewa. Selain atv, jika malas untuk berjalan untuk menghabiskan trek jurassic park, terdapat kenderaan berupa keretapi (buggy rides) untuk pengunjung. Bayaran sewa tambahan diperlukan.
Sewa ATV Jelajah Jungle |
Setelah selesai menunjukkan kepingan tiket kepada seorang nyonya di kaunter berdekatan, perjalan ke jurassic park yang agak membingitkan telinga ini bermula.
Pengembaraan ke Dunia Dinosaur
Denai dan belukar seumpama hutan kecil dilalui, perhatikan sekeliling, dalam pada masa yang sama ia mampu menguji penglihatan anda. Perhatikan betul-betul dan pasti pengunjung menemuinya. Kelibat pertama yang kami lihat adalah seekor dinasour berleher jinjang, sedang memerhatikan kami. Salah satu replika hasil buatan tangan sekitar tahun 2013.
Dinosaur Leher Jinjang |
Seekor Lagi Dinosaur, Triceratops ? |
Main Sorok-Sorok |
Hai Kawan -Kawan |
Aktiviti Periksa Gigi Dinosaur |
Tarian Dinosaur Ketika Musim Menuai |
Mungkin Ini Mak Dinosaur Hijau |
Dua lagi 'checkpoint' perlu penulis dan isteri lawati. Salah satunya adalah sangkar burung-burung. Jinak-jinak merpati, itu frasa yang pernah disebut orang dahulu kala dalam mengurat anak dara.
Sangkar Merpati |
Nah Makan Dedak |
Penjaga Sangkar |
'Ibu' Merpati |
Taman Kucing Gebu
Tidak jauh dari burung merpati gergasi ini, hanya memerlukan beberapa langkah berjalan.
'Checkpoint' terakhir yang terdapat pada tiket. Memandangkan penulis pencinta kucing dan di rumah terdapat beberaa ekor kucing. Tempat ini menjadi kegemaran.
Beberapa ekor kucing dengan bulu yang gebu dalam pelbagai warna. Memang satu tarikan menarik pencinta kucing, pencinta kucing yang tiada mustang pun teruja.
Dahaga Betul Musim Panas |
Bluweek! |
Rutin Biasa Seekor Kucing |
Rare Betul Mata Kucing ni |
Permainan dan Aktiviti Tambahan
Memang berbaloi, bayaran masuk RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak memang berbaloi dengan segala aktiviti dan pengalaman yang anda perolehi. Bagi mereka yang gemarkan tembak-temak macam dalam permainan Counter-Strike, permainan paintball juga disediakan. Selain dari permainan sunnah iaitu memanah. Pengunjung boleh juga berkhemah, mencuba permainan slingshot (melastik) dan blowpipe (menyumpit).
Harga untuk setiap permainan dan aktiviti tambahan ini adalah berlainan.
Apabila datang ke PD Ostrich Show Farm ini gunakan masa dan aktiviti anda sebaiknya. Memang berbaloi.
Informasi Pengunjung
Lokasi Extreme Jungle Park Port Dickson
Lokasi Taman Burung Unta PD ini tidaklah begitu sukar untuk ditemui. Jika dari arah Lukut atau Lebuhraya Seremban-Port Dickson anda akan menemui ladang ini selepas Pantai Teluk Kemang.
Boleh membuat carian menerusi alamat di bawah
Lot 1419,
Jalan Kemang 13,
Batu 9,
Jalan Pantai,
Port Dickson, Negeri Sembilan
Hubungi
Phone : 06-6627496, 018-2078682 (Mobile)
FAX: 06-6625919
Email : ostrich@9wondersofpd.com
Boleh ditemui di aplikasi waze dan google maps.
Lokasi PD Ostrich Show farm Port Dickson |
Tiket untuk dewasa RM15
Tiket untuk kanak-kanak RM10
Waktu Operasi PD Ostrich Farm dan Extreme Jungle Park
PD Ostrich Show Farm Port Dickson dibuka setiap hari.
Mula beroperasi pada jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang
Parkir Kenderaan
Kawasan parkir kenderaan agak terhad kerana tiada sebarang kawasan parkir khas disediakan melainkan pengunjung meletakkan kenderaan di bahu jalan berhadapan dengan ladang ini dan bahu jalan sekitar. Jika waktu puncak mungkin akan menyebabkan sedikit kesesakkan untuk keluar masuk.
Anda fikir anda tahu Jelajah Taman Dinosaur Extreme Jungle Park Di PD Ostrich Show Farm ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri