Review Golden Egg Crunch Dari KFC Malaysia


"Golden Egg Crunch"

Belum habis lagi penangan chizza dari KFC Malaysia, timbul pula satu lagi menu sementara stok masih ada iaitu golden egg crunch.


KFC Golden Egg Crunch Review
Sekali pandang pada cadangan hidangan yang terdapat pada menu dan iklan untuk menu terbaharu ini seumpama sawadee crunch yang masih lagi baharu diperkenalkan. Iklan KFC untuk golden egg crunch juga agak panjang durasinya berbanding menu bermusim kali ini.



Adaptasi Sawadee Crunch ?

Dengan salutan ayam yang telah digoreng menampakkan betapa garing dan berkerupingnya hidangan ini. Sekali lagi penulis ingin ulang ayat ini, memang seumpama sawadee crunch.


Sedikit gusar di awalnya ingin mencuba hidangan ini kerana terdapat perkataan 'egg' iaitu telur. Adakah telur untuk menyaluti tepung bersama rempah rahsia kfc ? Atau telur yang bagaimana.

Dengan Perisa Telur Masin ?

Lagi menggelabah dibuatnya apabila dikhabarkan bahawa telur yang dimaksudkan adalah telur asin atau telur masin.


Telur Asin KFC Crunch
Bagi masyarakat yang pernah makan akan telur asin mesti akan cepat memori deria rasa anda menggambarkan rasa telur ini. Namanya pun sahaja sudah cukup masin.

Apa akan terjadi jika rasa masin ini menjadi perisa di dalam hidangan KFC kali ini.
Bukankah ia mungkin merencatkan selera ?

Cuba Golden Crunch Di KFC RNR Johan Setia

Bagi memberikan pengalaman sendiri kepada deria rasa penulis, penulis sempat berkunjung ke sebuah restoran KFC di Johan Setia Klang. Masih meriah iklan yang terdapat di restoran KFC ini akan hidangan 'Golden Egg Crunch' ini.

Set Combo Golden Egg Crunch KFC

Terdapat dua jenis set combo yang disediakan, dua ketul ayam atau tiga ketul ayam.
Dalam satu set terdapat dua/tiga ketul ayam spicy yang telah diolah salutan tepungnya, satu coleslaw dan satu mashed potato.


2 Pieces Combo

3 Pieces Combo


Airnya pula tanpa tambahan Rm1.50 untuk jenis air lain adalah air berkarbonat Pepsi. Penulis memesan hidangan 3 ketul dan isteri pula hidangan 2 ketul dengan tambahan air sjora.

Harga Set Combo Golden Egg Crunch


Harga Golden Egg Crunch KFC
2 pieces-Combo : RM14.50
3 pieces-Combo : RM18.60

Kali pertama berhadapan dengan hidangan ini, baunya yang menusuk.
Bau yang baharu dihidu, belum pernah dihidu. Mint dan bau pedas ala-ala bau daun kari. Itu dari segi bau.

Tekstur Ayam Goreng Ranggup

Tektur empingan yang terdapat pada ayam agak garing, tidak ubah dengan sawadee crunch terdahulu. Memang betul tekaan penulis. Rupa bentuk memang sama. Namun adakah rasanya sama ? Rasa agak berlainan dengan sawadee crunch. Bagi pandangan penulis, ini ulasan penulis sendiri.


Ayam Golden Egg Crunch
Meskipun rupa parasnya seumpama sawadee crunch namun rasanya tidak sekuat rasa rempah dari sawadee crunch. Jauh sekali gambaran iklan dengan yang realiti.

Ada ketika penulis merasakan ayam tersebut telah digaulkan dengan serbuk serdak makanan ringan seperti cikedis perisa pedas. Seumpama makan ayam goreng dicecah dengan serbuk jajan yang sudah mendap di dalam peknya.

Rasa Masin Telur Masin

Penulis tidak memberikan ulasan tentang telur asin memandangkan rasa masin yang ada tidaklah sampai tahap kita memakan telur asin. Boleh dikatakan tidak banyak hidangan ini boleh dikatikan dengan telur asin. Memang ada rasa masin namun sedikit. Seperti penulis jelaskan tadi, perisanya masih seumpama serdak makanan ringan.

Kombinasi Daun Selasih dan Daun Kari

Selain dari rasa telur asin, daun basil (atau daun selasih) dan daun kari merupakan watak-watak penting untuk membezakan hidangan ini dengan ayam spicy biasa mahupun jika ingin dibandingkan dengan sawadee crunch terdahulu. Rasa 'mint' dari daun selasih dan aroma pedas dari daun kari.


Kelihatan Beberapa Taburan Daun Rempah
Dapat penulis kaitkan hidangan ini adalah sempena Tahun Baharu Cina 2018 yang bakal menjelang. Golden Egg, walaupun tidak begitu menonjol tetapi masih ada.

Iklan Promosi Golden Egg Crunch

Iklan yang tersebar untuk promosi ini juga bertemakan kekeluargaan yang sesuai untuk tema perayaan. Seorang abang dan seorang adik yang kurang baik hubungan dihubungkan dengan Golden Egg Crunch memandangkan adiknya 'belanja' abang dengan hidangan ini kerana si abang memang gemarkan telur masin.

Macam mana ? Sama atau tidak ayam dalam iklan dan yang sebenar ? Itulah seni kreatif pengiklanan. Jangan Marah haa...

Anda fikir anda tahu Ulasan Golden Egg Crunch Dari KFC Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan