Prosedur Selepas Habis Bayar Ansuran Kenderaan Di JPJ Padang Jawa


"Cara Selesaikan E-Batal"

Bagi yang bukan lahir dalam golongan berada, kais awal bulan makan hujung bulan. Tidak lahir dari keluarga jutawan kosmetik atau anak menteri, kekangan ekonomi apa lagi, membeli motosikal pilihan secara 'cash' atau tunai bukanlah satu ruji kehidupan.



Prosedur E-Batal Di JPJ

Ini kisah untuk mereka yang membeli kenderaan, secara khususnya motosikal secara ansuran.


Jika membuat belian kenderaan secara ansuran, jarang kereta secara tunai, kalau motosikal mungkin ada cash. Pada bahagian bawah geran kenderaan anda akan terdapat satu ayat tertera " Hak Milik Dituntut Oleh: Aeon Credit Service (M) Berhad ", jika anda membuat 'installment' atau insuran dengan Aeon Kredit.

Apakah Itu E-Batal ?

Bermaksud kenderaan tersebut adalah hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan dan kenderaan tersebut bukan hak milik anda sepenuhnya. Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit adalah dengan menghapuskan status hak milik dari bank/peminjam kepada hak milik anda secara total.

Urusan menyelesaikan hak milik dari bank/pemberi pinjaman dipanggil E-batal, syarat utama untuk e-batal adalah anda sememangya sudah habis membayar ansuran tersebut, jika belum, boleh jadikan artikel ini sebagai panduan nanti.

Habis Bayar Ansuran Kenderaan

Kemerdekaan bermula apabila penulis berjaya melangsaikan hutang motosikal penulis dengan Aeon Kredit. Selesai sahaja pembayaran terakhir, penulis menanyakan apakah prosedur dan langkah-langkah seterusnya.

Dengan pembayaran yang mengikut jadual, pihak KCM Superbike Bandar Sri Permaisuri Cheras, iaitu kedai motosikal yang penulis berurusan telah memberikan geran asal lama dahulu.

Pihak Aeon Kredit secara automatik akan berurusan dengan JPJ.

Namun, bagi pemilik kenderaan perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik bank/peminjam, dalam situasi penulis Aeon Kredit. Penulis berjaya sampai di JPJ cawangan Padang Jawa Shah Alam Selangor

*untuk meneruskan prosedur di bawah pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan (settlement letter) atau lebih terbaik surat tersebut mereka hantarkan kepada JPJ terus

Prosedur Selesaikan E-Batal Di JPJ Padang Jawa

Cukup mudah sebenarnya prosedurnya:


Perkara pertama hubungi pihak bank atau pemberi pinjam wang untuk belian kenderaan, dalam kes penulis, aeon credit. Tanya adakah surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan.

1. Setelah mengikuti segalam peraturan jalan raya dari rumah menuju ke JPJ Padang Jawa. Cari parkir kenderaan yang sesuai dengan anda.

2. Terus menuju ke bangunan JPJ yang tersergam di hadapan parkir kenderaan. Di mana memang ramai orang disini. Boleh abaikan agen insuran yang ingin menganggu perjalanan anda.

3. Cari pintu no 5 yang mana jika anda dari hadapan bangunan, pintu no 5 berada di sebelah kanan anda.

4. Terus menuju ke bahagian untuk pengambilan nombor giliran. Namun, jangan ambil nombor giliran, meskipun pegawai keselamatan yang bersenjata ingin memberikan nombor giliran.

5. Tunggu seorang staf yang juga turut berada di kaunter tersebut. Apabila dia muncul, berikan geran asal kenderaan anda kepada staf tersebut.

6. Apabila staf tersebut sudah kembali semula, geran anda sudah di'e-batal'kan. Pastika ada cop yang betul.
Selesai.

Tanpa perlu mengambil nombor giliran, tambahan lagi ketika waktu puncak di kaunter JPJ. Berikan kepada staf JPJ yang berada sekitar kaunter nombor giliran, kerana proses mengecop e-batal hak milik kenderaan bukan lah satu urusan yang rumit.

Itu pengalaman penulis untuk prosedur pembatalan hak milik (E-Batal) di JPJ cawangan Padang Jawa Shah Alam.

Kini, kenderaan tersebut 100% milik anda.





Anda fikir anda tahu Prosedur Selepas Habis Bayar Ansuran Kenderaan Di JPJ Padang Jawa ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan