Perjalanan Hafizh Syahrin El-Pescao Sebagai Pelumba MotoGP Malaysia Pertama


"Pelumba MotoGP Malaysia Pertama"

Mungkin ramai yang baharu cuba mengenali El-Pescao atau nama betulnya Hafizh Syahrin. Anak kelahiran Ampang, Selangor, Malaysia yang bukan setahun dua berada bersama otai perlumbaan motogp walaupun bukan dalam kelas sama.


El Pescao Hafizh Syahrin
Anak Malaysia yang lahir pada 5 May 1994 ini bermula memulas pemecut motosikal seawal usia 9 tahun dalam kategori motosikal 'pocket bike' motor fairing superbike versi kanak-kanak.


King of The Pocket Bikes

Dengan gelaran 'King of the pocket bikes' dalam usia yang cukup muda dari sini dia sudah mula dicungkil bakat oleh Barry Leong iaitu pengurus pasukan Petronas Motorsports.


Malaysian Pocket Bike Championship
Dalam usia 13 tahun pada 2007, Hafizh Syahrin memulakan karier permotoran dengan lebih serius apabila menyertai kejohanan Cub Prix iaitu sebagai satu tempat bermulanya seorang pelumba motosikal di Malaysia.

Mulakan Karier Dengan Cub Prix Malaysia

Dengan mengenakan pakaian racing pasukan Petronas Sprinta Raceline, dia mula menunjukkan belang dalam dunia cub prix, dari kategori novis sehingga Expert, yang ketika itu dikenali sebagai kategori CP130.


Hafizh Syahrin Cub Prix
Mula melakar nama dengan bimbingan pasukan petronas.

Pernah mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan Asia Road Racing Underbone 115cc Championship.

Termuda Menang Cub Prix

Pada tahun 2010, apabila dinaikkan pangkat ke kategori Expert, kemajuan Hafizh tidak terhenti disitu sahaja. Dia berjaya dinobatkan sebagai pelumba paling muda memenangi kategori Expert CP130 Cub Prix Malaysia.



Sertai Petronas Asia Road Racing Championship

Dalam usia 16 tahun tersebut, apabila sudah dilihat potensinya untuk berjaya. Dia mencuba untuk bertanding pula dalam Petronas Asia Road Racing Championship dengan jentera motosikal 600cc SuperSport.

Bayangkan usia 16 tahun sudah membawa jentera berkapasiti 600cc. Bersaing dengan pelumba yang lebih tua umur dan pengalaman dia berjaya mendapat kedudukan ke-12 dari 39 orang pelumba, dan yang paling muda, untuk pertama kali menyertai kejohanan tersebut.

Karier Moto3 Hafizh ?

Hafizh tidak bermula dengan Moto3 sebagaimana Khairul Idham Pawi dalam kejohanan antarabangsa. Seumpama langkau kelas, dengan potensi yang ada padanya.

CEV World Moto2 

Tidak secara rasmi, pada 2012 dia berada dalam kategori Moto2 di Sepanyol. Dalam Spanish Moto2 Series dan mendapat kedudukan ke-6.

Ramai yang mula mengenali Hafizh Syahrin El-Pescao ketika dia dalam kategori Moto2. 
Potensinya mula bertambah apabila mendapat peluang 'wild card' ketika penganjuran MotoGp di Malaysia pada 2012.

Wildcard Di Sepang MotoGP

Keputusan yang memberansangkan untuk anak muda ini apabila mendapat kedudukan keempat dalam Moto2 walaupun dalam peluang 'wildcard'.  Kemudian dalam pertandingan terbabit dia dianugerahkan tempat ketiga kerana pengguguran kedudukan pelumba Anthony West pada November 2013.

Itu kali pertama Hafizh Syahrin berkongsi 'paddock' dan 'garrage' dengan pelumba handalan dunia.

Walaupun hanya 3 hari memandangkan berlumba atas tiket 'wildcard' kerana berlumba di Sepang.

Usaha dan potensi yang ada pada perlumbaan sulungnya itu dilihat oleh pihak Petronas Raceline Malaysia sebagai satu peluang untuk menaikkan nama Hafizh Syahrin sebagai pelumba tetap Moto2 dunia.

Bermula Karier Pelumba Moto2

Pada 2014, secara rasminya Hafizh Syahrin menjadi pelumba Moto2 Malaysia yang seterusnya.

Untuk musim pertama dia mengumpul 42 mata dengan kedudukan ke-19 keseluruhan. Tahun berikutnya, 2015, dia dengan jentera Kalex di bawah pasukan Petronas Raceline Malaysia semakin menampakkan hasil apabila mengumpul 64 mata untuk berada di kelompok ke-16 teratas dengan posisi terbaik untuk satu stage, tempat kelima di Jepun.

Pada 2016, kecemerlangan Hafizh si ikan lagi terbukti apabila mendapat posisi ke-4 tiga kali untuk musim tersebut, iaitu di QatarGP, CatalunyaGP dan BritishGP, serta menghabiskan Grand Prix Moto2 di kelompok ke-10 dalam 10 stage. Konsistensi Hafizh Syahrin (raja air) ini menjadikan dia adalah harapan Malaysia untuk memiliki pelumba MotoGP pertama negara.

Jika dilihat statistik kecemerlangan Hafizh Syahrin, semakin lama pencapaianya semakin meningkat dan tidak hairan jika dia adalah pelumba MotoGP pertama Malaysia.


Pencapaian Hafizh Syahrin El Pescao
Test Di Buriram Bersama Monster Yamaha Tech 3

#TestRide Buriram di Thailand menjadi saksi apabila pihak Monster Yamaha Tech 3 menjadikan Hafizh Syahrin EL-Pescao sebagai pelumba kedua selepas Yohann Zarco.


El Pescao Monster Yamaha Tech 3 MotoGP Rider
Nombor jentera mereka pun sudah sama dengan Zarco dengan nombor 5 dan Hafizh Syahrin 55. Team manager untuk Monster Yamaha Tech 3 memang menampakkan kegembiraan dengan keserasian Hafizh Syahrin semasa ujian pelumba di Buriram lepas.


Kemunculan sulung beliau di hadapan ribuan peminatnya si Sepang International Circuit untuk kali pertama sebagai pelumba motogp amat membanggakan.

Dengan bermula di petak terakhir P23, beliau menghabiskan 20 pusingan di petak ke sepuluh P10. Sungguh membanggakan.

Hafizh Syahrin El-Pescao Sepang 2018
Hafizh Syahrin El-Pescao Sepang 2018
Itulah perjalanan yang dilalui oleh Pelumba MotoGP Malaysia pertama, EL-Pescao Hafizh Syahrin









Anda fikir anda tahu Perjalanan Hafizh Syahrin El-Pescao Sebagai Pelumba MotoGP Malaysia Pertama ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Catat Ulasan

0 Ulasan