Penginapan Bajet dan Santai Di Pearl View Hotel Penang


"Penginapan Terbaik Di Penang"

Pulau Pinang bukanlah tempat yang asing untuk 'traveler' seperti penulis. Datang ke pulau yang diberi jolokan nama Pulau Mutiara ini memang kena dengan gelarannya. Begitu berharga.



Monumen sejarah, makanan yang pelbagai, pantai yang indah dan tempat riadah seisi keluarga adalah beberapa tema percutian yang menarik di Pulau Pinang.


Tempat Menarik Pulau Pinang

Ada Fort Cornwallis, Pasembuq dan mi goreng sotong, monkey beach dan Batu Feringghi, Wonderfood Museum atau Penang Toy Museum dan banyak lagi contoh tempat menarik sekitar Penang.

Bagi penulis, memang kerugian jika tidak dilawati tempat menarik sebegini. Bagi merealisasikan 'wish list' anda ketika musim percutian untuk mengunjungi setiap tempat menarik yang telah disenaraikan di atas, semestinya tidak akan sempurna dalam masa satu hari sahaja.

Paling kurang pun mungkin 2 hari satu malam atau lebih. Sejujurnya percutian dan melancong sememangnya memerlukan modal. Mencari sesuatu yang murah bajetnya adalah bonus kepada pelancong.

Penginapan Bajet dan Santai

Salah satu penginapan bajet yang patut setiap pelancong perlu cuba adalah di Pearl View Hotel, namanya sahaja sudah menggambarkan Penang itu sendiri, Mutiara.


Murah dan Mewah
Santai dan bajet adalah tema kepada penginapan di Pearl View Hotel. Hotel ini bertaraf 3 bintang yang terletak di Central Seberang Perai. Lokasinya terletak di tengah pusat komersial Seberang Prai, yang menempatkan anda untuk mudah mencapai zon perindustrian, kompleks membeli-belah dan pusat hiburan. 

Berdekatan Tempat Menarik

Hotel spa ini berjarak 1.9 km sahaja dari Taman Burung Penang dan 5km daripada Sunway Carnival Mall serta Pelabuhan Feri Sultan Abdul Halim, senang untuk ke bahagian pulau. Gereja St. Anne dan Kuil Ninth Emperor God juga berada dalam 15 km sahaja 

Pilihan Bilik yang Banyak

Pearl View Hotel memberi anda pilihan 402 bilik tamu dan suite yang lengkap. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang moden dan menawarkan pemandangan indah jambatan Pulau Pinang dan pemandangan bandar raya Seberang Perai. 


Standard Room
Hotel ini menyediakan 10 jenis dekorasi bilik yang berbeza mengikut permintaan bermula daripada bilik; 

1. Standard Room 
2. Deluxe-Main wing 
3. Superior-Main Wing 
4. Superior-Fajar Wing
5.Deluxe-Fajar Wing 
6. Corner Suite 
7. Executive-Main Wing 
8. Executive-Fajar Wing 
9. Junior Suites 
10. Family Suite (paling luas untuk keluarga)


Deluxe Main Wing
Harga Bilik Di Pearl View Hotel

Harga bilik bermula daripada RM129 sehingga RM422 bagi semalam, cukup berpatutan harganya untuk jika dilihat kelengkapan yang ada . Makanan pagi yang exclusive turut disediakan secara percuma bagi tetamu yang menetap di sana.


Harga Bilik Murah
Pearl View Hotel mempunyai 1,614.12 SQ.M yang mengagumkan dari bilik mesyuarat, acara, konvensyen, fungsi perkahwinan dan ruang jamuan, cukup luas. Hotel ini menawarkan 9 bilik mesyuarat yang direka dalam sentuhan moden yang menggalakkan perhimpunan dan bersosial. 

Ballroom Pearl yang disediakan mampu menempatkan 1000 orang dengan selesa. Selain itu, lokasi utama Pearl View menjadikan tempat ini sebagai perniagaan atau persidangan yang ideal.


Conference Hall
Kemudahan Spa dan Jakuzi Mewah

Antara kemudahan lain yang disediakan oleh hotel ini adalah Lotus  SPA. Lotus SPA diilhamkan oleh kesucian teratai sesuai dengan tema santai dan ketenangan. Spa ini hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai minyak pati penting dan gabungan yang memberi anda pengalaman penyembuhan rohani dapat menghilangkan segala tekanan dan ketegangan dari kesibukan kerja. 


Urutan Spa
Lotus SPA benar-benar spa mewah diubahsuai dengan kemudahan lengkap termasuk jakuzi, dips sejuk, sauna, bilik wap, bilik urut peribadi yang lengkap dan dilengkapi dengan menu urutan yang lengkap, scrub badan serta rawatan muka. 


Jakuzi Spa
Sebagai penghormatan kepada wanita yang arif, seksen spa telah direka untuk wanita dengan jakuzi sendiri, sauna dan bilik urutan peribadi. Selepas anda memanjakan diri anda, tamatkan pengalaman anda dengan teh petang yang dihidangkan di Cafe SPA. Kafe ini menyajikan minuman ringan dan snek yang sihat.

Kemudahan Gym untuk Tetamu

Bagi anda yang mementingkan stamina dan penjagaan bentuk badan yang ideal seperti lelaki-lelaki maskulin atau abang-abang sado dan akak-akak fit, jangan risau! 


Gymnasium
Di hotel ini turut menyediakan Gimnasium yang dilengkapi dengan kemudahan yang meliputi treadmills, elliptical trainers, stairclimber, statonary bikes, rowing machine, weight training equipment, free weight dan banyak lagi yang terletak di Level 8 Hotel. 


Alatan Gym Banyak
Gimnasium dibuka pada jam 11 pagi sehingga jam 11 malam.

Tempat Makan yang Santai

Hotel ini turut menyediakan Cofee Garden yang menyediakan sarapan buffet, makan malam dan ala carte yang dikendalikan setiap hari, anda tidak perlu risau akan hal berkaitan makanan, semua tersedia. 


Coffee Garden Dining
Dengan konsep dapur yang selesa, restoran ini direka untuk mewujudkan suasana yang santai yang sesuai untuk semua majlis dan boleh menampung sehingga 300 tetamu, amat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana santai dan meriah dalam satu masa. Selain itu, mereka juga mempunyai ruang makan yang terbuka di luar bagi mereka yang suka bersiar-siar dengan udara segar. 


Open Space Dining
Selain Cofee Garden, terdapat juga Deli Cafe yang terletak bersebelahan dengannya, membolehkan penginap dan tetamu memilih apa yang sesuai dengan citarasa. Anda boleh mendapatkan manisan yang terbaik seperti pastries, kek dan minuman di Deli Cafe ini, tanpa perlu keluar dari kawasan inapan.

Informasi Pengunjung

Tempahan

Untuk mendapatkan harga yang ideal dan terbaik, anda bolehlah book Pearl View Hotel in Penang di laman web Traveloka. Dengan Traveloka, anda boleh mendapatkan penjimatan yang lebih baik berbanding laman web lain. 

Dengan tawaran hebat dengan harga yang rendah melalui laman web dan aplikasi Traveloka mengapa perlu bersusah payah membuat tempahan  di tempat lain.

Untuk mendapatkan harga yang ideal dan terbaik, anda bolehlah book Pearl View Hotel in Penang di laman web Traveloka dengan klik pautan di bawah: 



Alamat

Hotel ini terletak di bahagian tanah besar semenanjung Malaysia.
Cukup strategik untuk ke tempat menarik sekitar Pulau Pinang. Untuk sampai ke lokasi hotel juga mudah.

Mungkin boleh gunakan carian alamat di bawah;

Pearl View Hotel
Jalan Baru, 
Taman Chai Leng, 
13700 Perai, 
Pulau Pinang



atau carikan sahaja di waze atau google maps.


Waze Lokasi Pearl View Hotel

Anda fikir anda tahu Penginapan Bajet dan Santai Di Pearl View Hotel Penang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Catat Ulasan

0 Ulasan