"SkyBridge Langkawi"
Dari jauh sudah kelihatan jambatan ini. Menjadi ikonik kepada Langkawi selain dari kereta kabelnya. Kalau berkunjung ke Langkawi untuk bercuti jika tidak mencuba aktiviti seperti ini memang sukar lagi untuk kita temui di tempat lain.
Pengalaman Di Panorama Skybridge Langkawi |
Pengalaman Pertama SkyBridge
Kali pertama melihatnya agak menyeramkan, apatah lagi jambatan ini hanya disokong oleh satu pacak (pylon) sahaja. Merentasi dua puncak tertinggi gunung Machincang. Dan disebarkan daya untuk sokongan berat pengunjung dengan kabel-kabel seumpama jambatan Pulau Pinang.
Rekod Dunia SkyBridge
Dengan memegang rekod 'The Longest Free Span and Curved Bridge In The World', Skybridge Langkawi adalah tarikan lain selepas Skycab.
World Record Langkawi SkyBridge |
Duk pong pang pong pang cerita pasal skybridge ni, mungkin anda bertanya kan, penulis pernah ke menaiki skybridge ini ?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, memang pernah. Pengalaman bersama skycab ada penulis ceritakan sebelum ini, boleh ikuti artikel tersebut di bawah.
Aplikasi Fizik dan Seni Bina
Kesinambungan dari Skycab tersebut, adalah kisah penulis yang pertama kali melintasi udara dengan mempercayai hukum fizik ciptaan arkitek skybridge ini. Jika ingin bercerita tentang gayat, penulis, pengalaman gayat memang tiada. Ketidakpercaayan pada sistem memang ada.
Pylon Tiang SkyBridge |
Boleh dikatakan jika menaiki SkyCab kalau tidak mencuba SkyBridge pula memang tidak akan lengkap apabila datang ke sini. Tidak jauh mana dengan Top Station SkyCab Langkawi, seumpama adik-beradik mereka berdua ni.
Apa yang Menarik Dengan SkyBridge ?
Biar penulis berikan definisi dan tujuan terbinanya SkyBridge Langkawi ini.
Definisi bagi marhaen biasa adalah satu titian atau jambatan yang membolehkan pelancong sampai ke hujung puncak gunung nun di sana.
Laluan Pejalan Kaki Udara |
Di Langit Biru |
Cermin lantai Lutsinar |
Hembusan Angin Laut
Sejujurnya, angin memang kuat, jika sayangkan topi atau snapback anda, jagalah ia sebaiknya, atau aksesori lain yang mudah diterbangkan angin.
Pada satu saat, anda mungkin akan terlupa akan ketakutan anda pada tempat tinggi, apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah yang sememangnya berbaloi untuk dirasai pancaindera.
Cuaca Panas Tapi Berangin |
Nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu mahu dustakan ?
Sejuk dan Berangin Ala Eropah
Disinilah tempat sesuai untuk anda memperagakan 'wind breaker' atau 'sweater' yang anda miliki. Dengan suhu yang agak rendah dan berangin, bolehlah berangan-angan berada dalam musim 'spring' melancong di negara empat musim.
Angin Laut dan Kesejukan Hutan |
Di platform ini cukup luas untuk bergambar, untuk menggambarkan keluasannya, anda boleh mengambil gambar kenangan dalam pelbagai posisi, apalagi gambar lompat tinggi-tinggi, kalau gayat sudah hilang.
Bagi peminat fotografi, tidak kira landskap atau 'street' fotografi. Cukup menarik. Apa lagi dengan kaca lutsinar pada lantai jambatan yang menampakkan keindahan flora di bawahnya.
Jangan Pandang Bawah |
Jom layan apa yang ada disepanjang skybridge Langkawi ini, tonton video dibawah untuk mengetahui cara untuk ke skybridge dari skycab dan ikut sekali berjalan sepanjang 125 meter jambatan ini.
Jangan lupa subscribe gaissss hahaha
Informasi Pengunjung
Dari segi lokasi SkyBridge tidak begitu susah, jika sememangnya anda merancang untuk menaiki SkyCab Langkawi secara automatik lokasinya anda sudah ketahui.
Pintu masuk untuk ke SkyBridge adalah melalui Top Station SkyCab. Bagi yang masih belum mencuba SkyCab dan ingin menaiki SkyBridge, Alamat ada dibawah:
Panorama Langkawi Sdn Bhd
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA
Lebih mudah apabila menggunakan aplikasi waze atau google maps.
Waze Lokasi SkyBridge Langkawi |
Hubungi:
Telefon :[6]04-959 4225/1225
Faks :[6]04-959 1121/4121
Email: info@panoramalangkawi.com
How To Get Here ?
12km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dengan durasi masa 20-30 minit dengan menaiki kereta. Dari Pekan Kuah mungkin dalam masa 35 minit untuk sampai melalui jarak 29km.
Dengan Udara |
Cara Ke SkyBridge/Bayaran Masuk
Menikmati keindahan 'aerial view' sekitar Gunung Machincang menggunakan Skybridge memerlukan pengunjung sekali harung dengan menaiki SkyCab untuk ke Top Platform.
Ada juga yang tidak mahu menaiki SkyCab tetapi dengan aktiviti hiking itu pun boleh, untuk ke pintu masuk SkyBridge terdapat dua cara, satu cara senang dan satu lagi cara berpeluh seluruh badan.
Harga Tiket SkyBridge
Cara pertama menaiki satu kenderaan dari Top Station SkyCab dengan bayaran harga RM25 sehala. Satu lagi cara yang memerlukan keringat adalah hiking sejauh lebih kurang 300-450 meter dalam hutan hujan tropika dengan struktur muka bumi yang berbatu menuju ke pintu masuk SkyBridge, ini adalah percuma.
Laluan Trekking Dari Top Station |
Waktu Operasi SkyBridge
Beroperasai setiap hari kecuali sebarang penyelenggaraan sedang dijalankan. Dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 7.00 malam. Jika musim cuti, sekolah atau umum, skycab mungkin dibuka awal dari masa berkenaan.
Cuti-cuti tiada sebarang aktiviti apa salahnya jadikan Langkawi sebagai tempat pilihan percutian anda, anda boleh dapatkan penginapan dengan harga istimewa melalui agoda dengan menggunakan aplikasi carian di bawah, senang, mudah dan berkesan.
Anda fikir anda tahu Pengalaman 'Gayat' Di SkyBridge Panorama Langkawi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri