"Pantai Tanjung Tuan"
Rentetan dari pengalaman trekking pendakian menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan. Ekspedisi yang tidak dirancang ini bukan terhenti di Cape Rachado Lighthouse itu sahaja. Sesudah sampai di rumah api tanjung tuan ini, penulis mendapati terdapat laluan trekking lain menuju ke satu destinasi lain.
Pantai Tanjung Tuan Melaka |
Terdetik di minda penulis dan isteri kemanakah tujuan laluan trekking ini, adakah ada tempat menarik lain selain dari rumah api yang memiliki radar satelit MEASAT ini ?
Penulis dan isteri terus melalui denai kecil yang seumpama trekking mendaki gunung dan ganang. Oleh kerana puncak bukit Tanjung Tuan ini adalah Rumah Api Cape Rachado ini, maka dari rumah api ini penulis dan isteri bukan lagi mendaki namun menuruni bukit semula.
Trekking Ke Pantai
Bertembung juga dengan beberapa pengunjung yang dalam perjalanan pulang. Penulis dan isteri menanyakan apakah desitnasi terkahir laluan trekking ini ? Pengunjung yang ditanya berjaya memberikan jawapan 'ada pantai kat bawah' meskipun kelihatan agak penat mukanya.
Di sepanjang laluan trekking yang telah disediakan ini terdapat beberapa pangkin untuk berehat. Laluan trekking yang agak curam dan betul-betul bersebelahan dengan gaung memerlukan pergerakkan yang agak perlahan dan berhati-hati.
Semangat kami berdua lebih menebal untuk mengetahui apakah yang menariknya di pantai tersebut apabila bertembung dengan seorang pak cik yang mungkin lingkungan usia menjangkau 50-an sedang termengah menaiki bukit sambil dibantu oleh sebatang kayu sebagai tongkat.
Perjalanan pulang untuk pak cik ini setelah menemui 'tempat' tersebut. Sambil berseloroh kami meneruskan perjalanan.
Kawasan 'BirdWatching' Peminat Burung
Untuk beberapa ketika terdapat juga papan tanda yang menyatakan terdapat burung-burung hijrah yang menyinggahi kawasan ini. Dengan informasi dari mana dan di mana boleh meninjau aksi burung singgah ini, dapatlah penulis fahami bahawa kawasan ini amat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti 'birdwatching'.
Kawasan Tarikan Burung |
Senarai Burung Singgah Tanjung Tuan |
Laluan 'Trekking' Agak Curam
Angan-angan untuk membasuh kaki di dalam air laut Selat Melaka yang sejuk terhenti seketika apabila terlihat laluan semakin curam. Curamnya dalam anggaran menghampiri 30 darjah menegak (anggaran).
Jalan Trekking yang Curam |
Untuk menuruni tangga curam ini tidaklah begit merisaukan, apa yang merisaukan adalah apabila pulang nanti. Mestinya banyak keringat dan tenaga diperlukan, mungkin seumpama tenaga separuh marathon bak kata jurucakap milo.
Anda mungkin menemui binatang atau serangga yang agak jarang ditemui jika di rumah. Contohnya ulat gonggok yang agak besar, maklum lah tiada gym di dalam hutan.
Selipar Saiz 10 Jadi Ukuran |
Sampai Di Pantai Tanjung Tuan
10 minit kemudian kami nampak kelibat air laut dan bunyian ombak bersama angin sepoi-sepoi dari laut.
Memang sah, inilah destinasinya.
Habis Hiking Temui Pantai |
Terdapat dua tiga keluarga yang sedang bermain di pantai.
Air yang membiru, langit yang cerah ditemani awan yang lembut, bunyian ombak yang mengasyikkan dan bayu laut yang sejuk, hilang seketika rasa penat 'trekking' kami tadi.
Pantai Tenang dan Cantik
Teduhan Tepi Pantai |
Kiri Pantai |
Kanan Pantai |
Air Laut yang Jernih |
Posing Dulu |
Kenangan Sebelum Pulang |
180 View Permandangan Pantai Tanjung Tuan Melaka
Informasi Pengunjung
Untuk masuk ke pantai ini, pengunjung perlu memasuki pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Perjalanan berjalan kaki yang memerlukan masa mungkin satu jam untuk mereka yang sihat.
Tidak akan ditemui dalam waze, tetapi jika anda sudah sampai di Rumah Api Tanjung Tuan anda susuri denai kecil dipenjuru belakang rumah api dan ikuti sahaja laluan terbabit.
Lokasi yang Diwarnakan Putih |
Tanda Kuning Pantainya |
Laluan trekking yang telah disediakan oleh pihak tempatan dan hanya mengikut sahaja ke mana laluan trekking ini berakhir. Pastikan makanan dan minuman mencukupi memandangkan tiada sebarang gerai atau sumber air disini. Lebih kepada jungle trekking sebenarnya.
Anda fikir anda tahu Trekking untuk Ke Pantai Tanjung Tuan Melaka ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri