Pedaskah Ramen Samyang Hot Chicken Flavor Cheese (Keju) ?


"Samyang Ramen Keju"

Jika sebelum ini penulis telah mencuba ramen hot chicken yang bungkusannya bewarna hitam. Kini tiba giliran ramen samyang dalam bungkusan kuning pula. Bungkusan kuning ini berjaya menembusi pasaran Malaysia memandangkan berjayanya ramen hot chicken bungkusan hitam mengalirkan semua bendalir ketika memakannya di Malaysia.


Pedaskah Samyang Keju ?
Warna kuning bungkusannya menggambarkan kelembutan. Namun, benarkah ia selembut yang disangkakan ?

Ramen Samyang Pek Kuning

Bagi bungkusan kuning ia tiada kaitan dengan bungkusan kuning atau kain kuning barangan bomoh atau dukun. Kuning adalah tema warna untuk keju. Walaupun tidak berbahasa Korea dan Inggeris kita masih lagi boleh mengelaskan ramen samyang yang sudah begitu popular di Malaysia melalui warna bungkusannya.

Mungkin peminat ramen samyang yang tidak berapa gemarkan kepedasan untuk ramen samyang original boleh bernafas dengan lega dengan kehadiran samyang berperisa keju ini. Namun, benarkah ramen samyang hot chicken perisa keju ini sudah 'pudar' kepedasannya berbanding ramen samyang original ?

Persoalan inilah yang memberikan satu idea untuk penulis mencuba pula samyang ramen hot chicken cheese yang dibungkus dalam pek bewarna kuning.

Harga Sepeket Samyang Cheese

Dari segi harganya masih sama, dalam julat harga RM22-RM25 untuk satu pek yang berisi lima bungkus ramen. Masih boleh didapati di pasaraya terpilih seperti Aeon atau Giant atau juga belian melalui talian (online).

Apa yang Ada Dalam Sebungkus Ramen Samyang Cheese ?

Ketika membuka bungkusan seperti mana samyang hot chicken biasa, satu keping mi ramen, dua jenis perencah. Satu perencah pedas dan satu lagi perencah keju (cheese).  Gagal menterjemah perkataan Korea ? Usah khuatir, merah untuk pedas dan kuning adalah untuk keju.


Pes Lada dan Pes Keju Samyang
Cara penyediaan yang sama, dengan meletakkan cairan pes lada dan pes keju di dalam mangkuk kegemaran. Gaulkan bersama mi ramen yang telah dilembutkan dengan air dan toskan supaya tiada penemuan sisa air panas.


Campuran Keju dan Pes Lada
Seperti biasa untuk suapan pertama cukup berhati-hati. Rupanya yang sudah kuning kemerahan sudah cukup menyelerakan. Rupanya mula menghakis pertanyaan betapa pedaskah ramen keju kuning samyang ini.


Mi Tebal dan Lembut Ramen
Rasa dan Bau Keju yang Menyelerakan

Semerbak bau keju apabila aromanya naik bersama wap air dari mangkuk. Nampaknya untuk pek kuning perisa keju ini, samyang hot chicken telah melakukan kelainan. Suapan pertama yang dinanti-nantikan pun bermula. Rasa pejal mi ramen dalam mulut cukup mempersonakan. Apabila air liur mula membasahi adunan mi dan perencah dalam mulut, perkara pertama yang dirasai adalah rasa keju dan bau keju.


Salutan Keju dan Lada
Cukup berlainan dengan yang asli, namun bagaimanakah tahap kepedasan samyang ini ?

Pedas akan muncul selepas keju mula hilang dari deria rasa. Pedasnya ? Sama dengan yang original. Suapan pertama sudah mula membuatkan air liur membanjiri kawasan mulut. Dengan suapan seterusnya memang rasa pedas yang pernah dirasai.

Pedaskan Ramen Samyang Keju Ini ?

Rasa pedas dan tekstur mi ramen samyang hot chicken keju kuning ini adalah sama sahaja dengan mi ramen samyang yang asli. Apa yang membezakannya adalah kehadiran rasa dan bau keju, cukup terasa, seumpama kawan yang berpimpin tangan dengan sos perencah pedas. Rasa lemak keju dan kepedasan cukup menarik. 


Satu Suap Ramen Hot Chicken Keju
Setiap suapan adalah umpama klise suapan awal, pejal mi, rasa dan bau keju dan kepedasan tahap mengalir bendalir badan keluar. Masih mengekalkan rasa pedas hot chicken asli. Namun, lebih menarik kerana seumpama dalam kepedasan ini anda ditarik keluar berjalan-jalan di taman oleh perisa keju.

Bagi penulis, gabungan keju dan sos pedas cukup sedap. Seumpama ron 97 berbanding ron 95, lancar sahaja keseronokkan dalam kepedasan. Namun, pengaliran bendalir badan bahagian atas masih berlangsung.

Redakan Kepedasan Ramen Dengan Susu

Redakan kepedasan dengan susu itu cukup mujarab. Mungkin agak kasar dengan harga sebungkus pek besar dalam Rm25. Namun, untuk mencuba cukup disyorkan. Kelainan pedas dan rasa lemak keju. Mungkin anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan dengan membuat sistem barter pertukaran perisa mi ramen samyang ini.


Hilangkan Pedas Dengan Susu
Jika nampak awek lawa tulang rusuk bergetar, namun bila cuba mi ramen samyang bibir anda yang bergetar.

Mungkin stok 'megi' samyang boleh menjadi pemetik api untuk menyebabkan dr Banner menjadi hulk. Tidak perlu membuat hulk marah dan mengguris perasaannya, hanya berikan sesuap ramen samyang dan biarkan tanpa berikan air atau susu. Pasti bertukar!


Tengok! Hulk pun Mengamuk

Anda fikir anda tahu Pedaskah Ramen Samyang Hot Chicken Flavor Cheese (Keju) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan