"Jelajah Taman Rekreasi Tanjung Tuan"
Ini penjelajahan yang tidak ada dalam perancangan penulis dan isteri. Datang ke Port Dickson untuk menikmati keindahan pantai dan selera di Port Dickson. Sampai di Taman Rekreasi Tanjung Tuan ini adalah trip 'add-on', boleh dikatakan sebegitu.
Trekking Ke Rumah Api Tanjung Tuan |
Dari Blue Lagoon Port Dickson
Blue lagoon adalah persinggahan yang dirancang, memandangkan kesulitan untuk perkir kenderaan dan 'blue lagoon' yang hanya indah khabar dari rupa, memberikan ruang masa untuk penulis dan isteri mencuba menjelajah Tanjung Tuan pula.
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Melaka |
Trekking Dengan Berpakaian Casual
Dengan jeans dan kemeja dan blouse itu agak tidak sesuai dengan penjelajahan tanpa dirancang ke hutan rekreasi ini. Sejujurnya penulis tersalah erti akan Hutan Simpan Tanjung Tuan dengan Hutan Paya Bakau Tanjung Tuan.
Pintu Masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan |
Pengunjung boleh bergambar dengan pintu gerbang yang tertera Hutan Simpan Tanjung Tuan, Melaka sebagai kenangan.
Gerai Makan Sebelum Bermula
Terdapat satu pos pengawal dan terdapat gerai makan serta minuman sebelum tuan puan memulakan pendakian. Penulis dan isteri masih belum tahu apa yang menarik dengan
Tanjung Tuan ini, apabila ditanyakan kepada penjaga tiket di pintu masuk baharulah penulis tahu bahawa dipuncak bukit yang akan penulis dan isteri daki nanti terdapat rumah api Tanjung Tuan.
Permulaan Pendakian
Pada awal masuk ke Hutan Simpan ini pengunjung perlu membuat pendakian. Agak memenatkan memandangkan memang mendaki bukit. Dilitupi kanopi pohon yang tinggi dan bertemankan bunyian serangga yang mungkin turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
Mendaki Dengan Jeans Yeah! |
Lebih kurang 500 meter juga untuk sampai ke rumah api ini. Beberapa buah lengkok dalam keadaan mendaki dilalui dan terlihat beberapa buah gaung bersebelahan kaki bukit. Memang kurang sesuai jika datang ke sini dengan pakaian selain dari pakaian sukan.
Bunyi bilah 'radar' kedengaran bermakna anda sudah begitu hampir dengan destinasi yang dituju.
Sampai Di Puncak Rumah Api Cape Rachado
Nah! Pendakian berakhir apabila terlihat satu bangunan putih dengan menara dan satu komponen 'remote sensing' seumpama bilah radar yang sedang berpusing. Maka kami berdua berjaya menjejakkan kaki di Rumah Api Tanjung Tuan Melaka yang juga diberi nama Cape Rachado yang menaranya berketinggian 24 meter (79 kaki).
Sampai Di Puncak Tanjung Tuan |
Sesuai untuk Bergambar Kenangan
Pengunjung boleh mendapatkan kenangan dengan mengambil gambar berlatarbelakangkan cape rachado ini sebagai bukti yang anda sudah berjaya menakluki Tanjung Tuan.
Usah risau jika terlupa atau kehabisan air semasa perjalanan yang agak memenatkan bagi mereka yang jarang bersenam, terdapat satu gerai kecil yang dibuka untuk belian minuman dan makanan ringan termasuk ais krim.
Meninjau Di Tangga |
Rasa puas tetap ada meskipun sudah berpeluh sehingga ke keting. Penulis 'salute' akan semangat isteri penulis yang berjaya menawan Cape Rachado dengan 'blouse' dan 'jeans' meskipun beberapa kali penulis menyarankan kepadanya untuk berpatah balik namun dia tetap ingin meneruskan perjalanan.
Gambar Kenangan Di Cape Rachado Lighthouse |
Pelawat hanya boleh mengambil gambar sekitar rumah api sahaja, tiada sebarang kebenaran untuk masuk ke dalam memandangkan rumah api Cape Rachado ini masih berfungsi dan beroperasi.
Rumah Api dan Radar |
- mppd
Radar Satelit MEASAT
Radar tersebut adalah hak milik satelit Malaysia iaitu MEASAT yang mula dioperasikan pada 1990. Selain rumah api, dan terletaknya radar satelit, kawasan ini juga terkenal dengan 'birdwatching' kerana banyak burung hijrah yang singgah di tanjung yang agak tinggi ini.
Rumah Api dan Radar Tanjung Tuan |
Mitos untuk lokasi ini adalah, makam Parameswara ada di bawah rumah api tanjung tuan ini dan ada juga yang mengiakan bahawa terdapat laluan terowong rahsia dari rumah api ke pantai.
Mungkin nanti boleh mencuba mendaki bukit batu putih pula.
Informasi Pengunjung
Terletak di penghujung Jalan Pantai Port Dickson, selepas pantai Blue Lagoon.
Berada dalam kawasan negeri Melaka, di mana adalah sempadan negeri antara Negeri Sembilan dan Melaka. Terdapat di dalam Waze dan google maps.
Waze Lokasi Hutan Rekreasi Tanjung Tuan |
Diberikan resit oleh pengawal di pondok pengawal.
Tiket Masuk Hutan Rekreasi tanjung Tuan |
Memerlukan tenaga yang banyak dan bawalah air untuk diminum mengelakkan dari sebarang kesan kekurangan air.
Kawasan parkir agak terhad. Perlu menumpang dengan resort berdekatan. Percuma dan tiada bayaran parkir dikenakan.
Bagi kekuatan 'signal' telefon bimbit, untuk umobile yang penulis gunakan, liputan data masih ada dan boleh membuat pesanan sms, whatsapp dan panggilan.
Mungkin ada pengantin baharu yang kental dengan pakaian pengantin untuk mengambil gambar 'outdoor' di sini ? Memang terbaik
Anda fikir anda tahu Pendakian ke Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) Melaka ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri