"Warung Salai PD"
Cuti umum kalau duduk melepak sahaja di rumah boleh tahan bosannya juga. Nak balik ke kampung agak jauh, apa kata kali ni cuba bercuti di kawasan dekat-dekat sahaja. Di mana dekat-dekat tu ? Port Dickson pun boleh.
Masak Lemak Asam Pedas PD |
Signature Dish Negeri Sembilan
Memandangkan datang ke tempat orang, ada afdalnya untuk makan tengahari penulis dan isteri mencuba makanan masakan 'signature dish' tempatan. Apa lagi 'signature dish' orang nogori kalau bukan masak lemak salai.
Oleh kerana, penulis datang dari arah pekan Lukut dari Banting, dalam pada masa yang sama sampai dalam waktu makan tengah hari. Terdapat satu kedai yang agak popular juga dengan hidangan masak lemak salainya iaitu Warung Salai dan COD Port Dickson.
Warung Salai COD PD |
Sapaan Unik
Mula-mula anda menjejakkan kaki ke dalam kedai makan ini, bagi mereka yang ada lemah semangat jangan melatah atau terkejut kerana anda akan disapa oleh pekerja atau pemilik kedai dengan laungan selamat datang. Itu salah satu uniknya warung salai ini.
Lagu Nismilan Berkumandang
Suasana dalaman cukup tenang dengan warna tema dindingnya dan meja kayu seakan warna kuning kuah masak lemak. Dari sini sudah boleh diketahui apakah hidangan istimewa mereka, ditambah pula dengan iringan 'ke jelobak ke jelobu tuai padi tigo tangkai', ya, lagu nyanyian waghih berkumandang segenap ruang makan.
Suasana 'Masak Lemak' Dalaman Kedai |
Apa yang Ada Dalam Menu ?
Menu Hidangan |
Rasa Daging Salai Masak Lemak
Sebelum ini penulis dan isteri pernah mencuba masak lemak daging salai di Kuala Linggi. Jadi penulis akan jadikan masak lemak di sana sebagai perbandingan. Warna masih sama dengan kebanyakkan masak lemak nismilan. Rasa lemak ada, tidak begitu cair dan tidak begitu melekat. Mungkin ada sedikit kelainan rasa pada masak lemak di kedai ini.
Daging Salai Masak Lemak |
Daging salai cukup lembut dan empuk tidak memerlukan kunyahan yang menyamai bilangan kunyahan pada gula-gula getah. Sedan-sedan teksturnya, tidak hancur dan tidak kenyal. Bau asap masih ada meskipun terendam di dalam kuah kuning lemak. Masih nampak terdapat tompokan-tompokan hitam salai pada hirisan daging.
Rasa Asam Pedas Ikan Tenggiri
Asam pedas ikan tenggiri pula boleh dikatakan biasa sahaja. Ada masam dan ada pedas. Kuah yang agak cair sesuai dijadikan hirupan seperti sup.
Asam Pedas Ikan Tenggiri |
Portion Hidangan
Portion bagi semangkuk hidangan daging salai masak lemak yang diletakkan di dalam kuali kecil dengan tapaknya raga cukup untuk dua orang makan. Perkadaran dengan portion nasi, anda masih boleh meratah daging salai yang masih ada.
Portion bagi hidangan asam pedas ikan tenggiri untuk satu hidangan adalah sepotong bahagian badan ikan dan masih mencukupi untuk dua orang makan secara maksimanya. Namun, sekadar cukup untuk nasi yang diberikan, mungkin tidak sesuai jika dipesan nasi tambah.
Harga Hidangan
Harga Masak Lemak Asam Pedas |
Harga untuk asam pedas ikan tenggiri: RM9.00/mangkuk
Masakan Salai Lain
Bagi yang ingin mencuba masakan negeri sembilan warung salai di Port Dickson ini boleh dicuba.Selain daging salai, daging rusa atau tetel daging turut ada di dalam senarai menu hidangan. Apa-apa sahaja lauk yang anda inginkan dan dimasak dalam hidangan masak lemak atau asam pedas.
Bagi mereka yang gemarkan pedas boleh mencubanya disini, tidaklah begitu pedas namun ia masih dalam kategori pedas.
Suasana dalam kedai sungguh tenang dan begitu ke'negeri sembilan'an, sesuai untuk memulakan percutian di Port Dickson untuk alas perut.
Informasi Pengunjung
Terletak di pinggir Jalan Pantai dari pekan Lukut. Berdekatan dengan Langit-Langit Hotel.
Berada sebelah kiri jika datang dari arah Lukut.
Alamat
Taman Mewah,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Sebagai 'landmark' jika waze atau data plan habis, sebelum stesen petronas port dickson 2.
Waze Lokasi Warung Salai PD |
Restoran dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan akan mula beroperasi pada jam 8.30 pagi sehingga 7.00 malam
Tempat parkir mungkin terhad jika ramai pengunjung kerana parkir disediakan adalah parkir untuk rumah kedai.
Parkir kenderaan
Cukup teduh kawasan parkir dengan rimbunan pokok yang besar. Sempit jalan dihadapan kedai memandangkan jalan yang mungkin dikhaskan untuk sehala sahaja.
Jom subscribe youtube channel blog ini untuk preview, review dan tips tempat makan menarik
Anda fikir anda tahu Makan Masak Lemak Daging Salai dan Asam Pedas Tenggiri Di Warung Salai & COD Port Dickson ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri