"Damai Steamboat n Grill Sijangkang"
Kegilaan terhadap makan tanpa henti dengan sekali bayaran memang menjadi satu kemestian bagi seorang pencinta makanan. Steamboat dan grill cukup popular sekarang, jika dahulu amat sukar untuk menemui tema sebegini. Hanya di hotel sahaja makan bufet ini diadakan.
Damai Steamboat n Grill Sijangkang |
Kebanyakan adalah berjarak melebihi 5km dari residen penulis. Namun, kali ini penulis akan mula berkongsi apa yang ada di satu lagi restoran steamboat dan grill yang hanya beberapa kilometer dari residen penulis di Sijangkang.
Steamboat n Grill |
Suasana yang Damai dan Tenang
Kena dengan namanya, damai, jauh dari kesibukan enjin yang menggunakan petrol mahupun diesel. Hanya desiran jus perapan daging kambing dan gelegakkan fish ball di dalam mangkuk berisi kuah tom yam didengari.
Kedudukan yang agak strategik jika dilihat pada sekitaran, tanpa gangguan kesibukan kota, hanya anda dan makanan anda.
Mungkin ada yang berfikir jika agak jauh dari kesibukan jalan besar, pilihan menu makanan tidak seperti restoran steamboat dan grill lain. Tidak, itu adalah tanggapan yang salah. Menu makanan atau bahan mentahnya mencukupi, dan akan digantikan dengan yang lain jika kehabisan. Tiada sebarang masalah berhubung dengan kehabisan makanan.
Dengan anggaran pemilik, 300 orang boleh berada di dalam kawasan kedai dalam satu-satu masa.
Lauk Buffet dan Grill
Bebola Steamboat |
Lauk Buffet Steamboat |
Pelbagai Jenis Bebola |
Perapan Daging Kambing dan Lembu
Daging Lembu Ayam Perap Steamboat |
Desiran Daging Dibakar |
Banyak Pilihan Makanan Laut
Seafood untuk Steamboat |
Usah khuatir jika bekas bahan-bahan ini kosong, para pekerja yang rajin akan mula mengisinya semula.
Malam tersebut, daging kambing dan ketam berjaya di'angkut' penulis berulang-ulang kali.
Menu Sampingan Lain
Menu Goreng Lain |
Sayuran Termasuk Brokoli, Cendawan |
Mana Ikan Bakar ?
Kurang boleh dipastikan apakah nama belakang untuk Damai Steamboat & Ikan Bakar boleh lagi digunapakai, kerana juga gagal dipastikan adakah terdapat menu ikan bakar di restoran ini. Mungkin menu tersebut adalah menu ala carte, memandangkan tiada sebarang kawasan pameran ikan untuk pelanggan memilih sebagaimana kedai ikan bakar yang lain.
Pengunjung boleh memesan ikan bakar yang diingini.
Jenis Air Minuman yang Banyak
Pelbagai Perisa Air |
Namun, di Damai Steamboat, mereka menyediakan lebih kurang lapan bekas berisi air minuman berperisa, panas dan sejuk. Antara air yang disediakan adalah jus laici, jus tembikai, jus detox (limau pudina), air kopi, air teh dan sirap limau. Bekas air yang banyak memudahkan pengunjung untuk 'top-up' air jika kehabisan pada jag. Jag dan gelas disediakan dan pengunjung boleh menggunakannya seumpama memasuki dapur rumah sendiri.
Pencuci Mulut: Ais Krim, Kuih
Sebagai penutup, jadikan asikrim vanila, coklat atau perisa kelapa sebagai pencuci mulut sebelum pulang dengan hati yang gembira. Bagi yang gemarkan kuih muih, ada disediakan.
Ruang Makan Luas
Cukup selesa dan luas. Senang untuk pengunjung bergerak ke sana ke mari. Namun, jika berlaku hujan lebat mungkin kawasan menjadi agak sempit. Dua bahagian dijadikan ruang makan, ditengahnya diletakkan bahan-bahan yang akan diambil pengunjung.
Makan Ramai Ramai Bayar Sorang Sorang |
Kakitangan Peramah
Apa yang boleh dipuji adalah, kakitangan dan pemilik restoran ini. Cukup peramah. Mereka akan cuba membantu anda jika terdapat kekeliruan dan masalah dalam pemikiran anda. Usah segan untuk meminta tolong dari pekerja untuk mengambil sekeping dua gambar bersama famili/rakan-rakan, mereka dengan senang hati untuk mengikut segala 'posing' anda.
Turun sahaja dari kenderaan akan ada seorang pekerja yang akan membantu anda mencari meja yang sudah dibuat tempahan, bagi yang belum menempah dengan walk-in juga akan dilayan. Malah ketika penulis dan isteri sedang enak membonceng untuk pulang ada pekerjanya masih mengucapkan terima kasih meskipun berada di kawasan cucian pinggan mangkuk.
Informasi Pengunjung
Restoran ini terletak dalam kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang, Banting Selangor. Berpandukan 'google street database 2014' masih belum ditemui restoran ini.
Alamat
Lorong Haji Husin,
Kampung Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor
Waze pun masih belum menunjukkan kawasan yang sebenar, simpang Jalan Kenanga sahaja.
Waze Lokasi Damai Steamboat Grill Ikan Bakar Sijangkang |
Hubungi: Reservation / Booking: 012 666 3990
Senarai Harga Damai Steamboat Sijangkang |
Harga untuk satu kepala adalah RM26.50. Itu untuk harga pengunjung dewasa, bagi kanak-kanak , warga emas dan OKU lebih murah harganya iaitu RM14.90. Ini salah satu lagi keunikan restoran steamboat ini berbanding steamboat lain.
Waktu Operasi Damai Steamboat
Waktu operasi untuk Damai Steamboat n Grill SIjangkang adalah bermula pada jam 6 petang sehingga 12 tengah malam. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.
Kawasan parkir luas dan percuma. Dihadapan terdapat satu kawasan parkir dan kawasan lebih luas adalah pada bahagian belakang restoran. Kereta dan motosikal diasingkan parkirnya.
10% diskaun untuk waktu tertentu |
Anda fikir anda tahu Damai Steamboat, Grill dan Ikan Bakar Sijangkang, Telok Panglima Garang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri