"Mr Burung Shake n Floats PD"
Port Dickson atau lebih tepat pantai Teluk Kemang adalah tarikan popular untuk peminat pantai dan laut. Keadaan Selat Melaka yang tenang tidak seperti Laut China Selatan yang sering terdedah kepada monsoon laut, menambahkan lagi keistimewaan pantai Teluk kemang.
Mr Burung Shake n Float Teluk Kemang |
Cuaca Panas dan Kesesakan Trafik Teluk Kemang
Kesesakan trafik adalah lumrah sekitar pantai Teluk Kemang, bahaya kesesakan trafik adalah terhadap emosi dan mental pengguna. Tambah pula dengan cuaca yang agak panas dan berpeluh lagi memberikan satu pengalaman percutian yang mungkin mengerikan.
Apalagi jika anda baharu sahaja pulang dari mendaki Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang berbukit bukau dan menghadap kesesakan trafik dengan pelbagai kerenah pemandu yang ada di sekeliling.
Tiba masanya untuk rileks dan bertenang. Lapangkan minda hilangkan sedikit stress.
Pencarian Penghilang Dahaga dan Tekanan
Cara yang agak terbaik untuk mengurankan tekanan dan kepanasan ini adalah dengan mencari sesuatu yang segar dan sesuatu yang boleh 'reset' kembali minda yang stress.
Penulis berjaya menemui 'sesuatu' tersebut iaitu coconut shake dan mango float yang boleh mengurangkan sedikit ketegangan mental dan fizikal.
Coconut Shake n Mango Float |
Hilang sebentar ketegangan hasil dari kesesakan trafik dan kelesuan mendaki dan bermain air di Pantai Tanjung Tuan tadi.
Jum pekena coconut shake dan mango float jenama mr burung.
Coconut Shake Bersama Aiskrim
Sekali hirup (slurrpp) dengan penyedut minuman terus terasa ke bahagian otak. Tambahan pula waktu panas, kelegaan seumpama musafir di padang pasir diberikan air mineral.
Dengan rasa kelapa yang tidak berapa manis (manis gula, bukan manis air kelapa), tak mengapalah kerana ada dalam coconut shake ini diletakkan satu 'scoop' ais krim berperisa vanila.
Coconut Shake Mr Burung |
Mango Float
Penulis juga ada mencuba mango floatnya. Memang hasil kisaran mangga yang asli, bukan dari 'kordial'. Pekat melekat campuran yang telah di'blended'.
Mango Float Mr Burung |
Untuk lebih menjadikan istimewa dan kena dengan keadaan cuaca tepi pantai, satu 'scoop' ais krim vanila diletakan di atas jus mangga 'blended' ini. Bagi yang spesial pula terdapat hirisan mangga ditabur di atasnya.
Aiskrim Buatan Sendiri
Bagi menambahkan lagi keunikannya, aiskrim yang diletakkan di dalam coconut shake dan mango float mr burung adalah buatan sendiri. Mungkin lepas ni boleh jadikan aiskrim sebagai hasil jualan mr burung pula.
Dua hidangan air ini berjaya mengembalikan 'common sense' dan tenaga penulis untuk meneruskan pengalaman selepas menerima efek 'brain freeze' dari minuman mr burung. Sudah kembali menjadi 'normal' jum singgah cari seluar jeans di Baden-Baden Bundle Port Dickson pula. Berjaya juga penulis menyambar jeans hijau army walaupun si isteri sebenarnya yang beria mahu ke bundle ini.
Mr Burung Teluk Kemang |
Informasi Pengunjung
Gerai Coconut Shake dan Mango Float Mr Burung ini sebenarnya 'menumpang' kedai makan pagi dan nasi campur Selera D' Kampung. Coconut shake dan mango float adalah antara menu mereka.
Cukup bijak mencari jualan lebih memandangkan dua minuman ini agak menjadi keperluan. Mungkin bukan kedai coconut shake dan mango shake yang terbaik, namun untuk cepat dan mudah ini alternatifnya.
Bagi yang mahu ke sini boleh rujuk alamat di bawah dan gambaran waze di bawah
Lokasi Mr Burung Shake & Float Teluk Kemang |
Mr Burung Shake & Floats
Batu 8, Jalan Pantai Teluk Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ramai Pengunjung |
Harga Mango Float Mr Burung |
Waktu Operasi untuk kedai mr burung adalah 11 pagi sehingga 6 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat.
Parkir agak sukar memandangkan betul-betul di tepi jalan. Namun, boleh drive-thru.
Anda fikir anda tahu Coconut Shake & Mango Float Mr Burung Shake & Floats Port Dickson Penghilang Dahaga dan Tekanan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri