Ulasan (Review) Knalpot Proliner SR1 untuk Suzuki Belang


"Knalpot Proliner SR1"

Ekzos 'aftermarket' adalah pilihan ramai apabila memiliki motosikal. Negara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia pelopor kepada knalpot 'aftermarket', kenapa kreativiti dalam teknologi knalpot di negara-negara ini lebih inovatif berbanding Malaysia ?, kerana di negara-negara ini tiada JPJ.


Review Knalpot Proliner SR1
Bagi pencinta dua roda, cubic centimetre bawah 250cc senang cerita, sukar untuk melempiaskan kreativiti mereka dalam bidang automotif dan motosikal kerana kekangan spesifikasi oleh jabatan tersebut, jabatan yang sentiasa menjual no plate dan surat saman.


Kita tinggalkan kisah pemusnah inovasi dua roda Malaysia. Di sini, penulis ingin membuat satu ulasan (review) mengenai satu ekzos yang berada di bawah jenama Proliner. Jenama proliner kini bukan satu jenama asing untuk ekzos aftermarket bagi mereka yang ingin menambah hp dan performance pada motosikal.

Biasanya apabila mengubah sistem masukan (FI atau Carbu), modifikasi seterusnya adalah sistem buangan atau ekzos. Jenama proliner adalah alternatif untuk naik taraf ekzos standard kilang.

Penulis kali ini ingin berkongsi ulasan ekzos yang penulis pakai pada suzuki Belang 150 yang dipasang dengan knalpot ini. Knalpot SR1 Proliner. Knalpot yang sudah dibentuk untuk jenis Belang R di Malaysia atau Satria FU di Indonesia, tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian pada manifold, hanya pasangkan sahaja (plug n play).

Reka Bentuk Knalpot

Dari segi rekabentuk, agak kurus tabungnya. Panjang tabungnya lebih kurang sekaki, diameter pula lebih kurang 4 inci.

Ringkas sahaja bentuk manifold dan tidak terlalu banyak keratan pateri (welding line). Berat tidak melebihi 1.8kg dan cukup ringan. Didatangkan dalam dua versi warna hitam dan perak (silver).

Harga Pasaran Proliner SR1

Harga untuk Suzuki Belang adalah dalam lingkungan harga RM 150 hingga RM 200.
Penulis membeli dengan pengedar proliner selaku kawan penulis, penulis mendapatkan Proline SR1 ini dengan harga RM 180.

Perubahan 'Performance' Motosikal

Dari segi 'performance' dan kelebihan. Proline SR1 berjaya meningkatkan HP dari HP asal enjin.

Walaupun tidak mengubahsuai sistem masukkan, dalam hal suzuki Belang tanpa naiktaraf karburetor namun masih boleh dilihat naikan performance.

Satu cara yang penulis dapat perhatikan adalah ketika penukaran gear. Ketika motor masih menggunakan ekzos asal (standard kilang) penulis akan menukarkan ke top gear suzuki Belang ketika bacaan speedometer bawah 60km/j namun selepas menggunakan proliner SR1, penulis menukar ke top gear pada julat 80-85km/j.

Dari pemerhatian ini, ekzos proliner ini mampu memberikan julat kuasa yang tinggi sebelum mencapai torque maksima pada motorsikal berbanding ekzos standard kilang tanpa 'operate'.

Bunyi Knalpot Proliner SR1

Satu lagi aspek adalah dari segi bunyi. Bunyi proliner sr1 agak kasar. Bunyi 'bass' tetap ada namun ada ketika bunyi 'bass' bersatu padu dengan bunyi perang.


Youtube: Video Bunyi Proliner SR1 Pada Suzuki Belang

Semasa pemasangan perlu pandai 'adjust' karburetor atau sistem fuel injection. Bukaan yang besar mungkin menghasilkan pembakaran tidak sempurna dalam enjin dan menyebabkan campuran petrol dan udara terbakar dalam ekzos yang menghasilkan bunyi letupan pada ekzos.

Proliner SR1 tidak dilengkapi dengan DB killer atau silencer.

Kelebihan & Kekurangan Proliner SR1

Pro: Mampu meningkatkan kemampuan enjin mencapai torque dengan cepat
       Naikkan kuasa enjin dan menambah pick up enjin
       Sebagai 'penghalau' kenderaan lain jika menghadang jalan ketika mencilok
       Pengejut mereka yang lambat bangun tidur

Kontra: Bunyi yang agak kuat dan mampu menganggu ketenteraman awam
            Tiada silencer dan DB killer
            Harga yang agak mahal berbanding jumlah 'performance' yang dinaikkan

Ulasan Penulis

Dari segi keseluruhan Knalpot Proliner SR1 boleh dikategorikan bagus untuk motorsikal yang inginkan performance yang lebih berbanding standard kilang.

Banyak ekzos ini digunakan oleh pasukan lumba motor amateur. Siri Proliner ini adalah untuk ubahsuai beginner sebelum menginjak ke knalpot yang lebih mahal dan menaikkan hp motor yang lain.

Boleh dijadikan sebagai alat pengukur untuk mengetahui kondisi dan tahap sebenar motor anda.

Anda fikir anda tahu Ulasan (Review) Knalpot Proliner SR1 untuk Suzuki Belang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan