"Denda Larangan oleh KPM"
Pernahkah anda kene tarik 'side burn' jika gagal siapkan kerja sekolah. Di pulas perut dengan pembaris bila tertinggal kerja rumah. Berdiri di atas kerusi kerana gagal menjawab soalan add math. Di rotan kerana ponteng dan satu lagi berdiri tengah panas semasa perhimpunan kerana datang lambat.
Denda Denda Di Sekolah Kartun | Kazim |
Lagi parah jika pulang ke rumah dan ibu dan bapa penulis tahu hari tersebut kena denda, mesti akan dapat 'nasi tambah' denda dari sekolah tadi.
Zaman kini zaman wechat zaman viral, semua denda yang disenaraikan di atas amat berat seperti akta 302 kanun keseksaan.
Demi kelangsungan hidup guru dan pengajar mari kita lihat senarai denda larangan terdapat pelajar atau anak murid mereka di zaman remaja dan kanak-kanak bebas menjadi 'raja' di sekolah dan di rumah maklumlah ada basikal lajak untuk buat onar.
Bentuk Bentuk Hukuman yang DiLarang - Unit Disiplin KPM
A.Hukuman Terhadap Fizikal
1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama di luar/dalam bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi/meja
6. Menarik rambut atau telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi/buku
9. Cubit/enjut/ketuk ketampi/mendada/ketuk/sekel kepala
B.Hukuman Terhadap Mental dan Emosi
1. Gunting rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan di waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau mengertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan
Keratan Akbar Larangan Denda | Sumber: Facebook |
Namun, sistem pendidikan di Eropah mereka termasuk Jepun dari mula lagi mereka tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Mungkin boleh lihat dokumentari versi filem 'where to invade next' untuk negara Perancis dan Estonia untuk contoh. Tanpa tekanan dan stres serta rasa gembira untuk ke sekolah maka tiada sebarang tingkah laku kurang ajar wujud.
Dari sinilah, buat apa pengajar dan guru melakukan denda untuk mendisiplinkan pelajar jika tiada sebarang masalah dari pelajar. Disiplin tidak boleh dibeli dengan wang ringgit namun perlu di ajar. Ini pandangan penulis sahaja, mungkin pendapat bijak pandai dan manusia lain tidak sama dengan pandangan ini.
Lihat atlit yang berjaya, acara gimnastik contohnya, begitu siksa 'latihan', akhirnya pingat emas dalam olimpik. Itu sekadar metafora. Penulis juga mengutuk deraan yang melampau dari guru atau pengajar tapi jika dilihat pada senarai, adakah mampu membunuh seorang pelajar ?
Hapuskan tekanan dan stres di sekolah serta jadikan sekolah sebagai tempat yang menggembirakan sebagaimana sistem pendidikan di negara maju sekitar Eropah.
Sesudah itu buatlah larangan sebagaimana di atas.
Anda fikir anda tahu Senarai Hukuman dan Denda yang Dilarang Ke Atas Murid/pelajar Sekolah ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri