"Taman Avatar Penang"
Kunjungan ke Pulau Pinang perlu disertakan dengan senarai yang perlu pengunjung lawati. Salah satu yang perlu ada dalam senarai tersebut adalah taman avatar Pulau Pinang yang turut dikenali dengan nama komersilnya, Avatar Secrect Garden. Tidak begitu lari dari konsep bandar bercahaya lampu di Icity Shah Alam. Temanya sama cuma konsep berlainan.
Avatar Secret Garden Pulau Pinang |
Kena dengan kawasannya, 15 minit dari bandar Georgetown dan terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Satu taman sekitar tokong buddha yang dibuka kepada orang ramai untuk menyaksikan keindahan lanskap taman rahsia avatar. Bukan untuk mempercayai, namun sekadar melawat taman yang indah.
Apa yang ada di taman rahsia ini ?
Selepas berjaya mendapatkan parkir kereta atau kenderaan, pengunjung boleh melihat sendiri keindahan kawasan ini yang betul-betul berada di tepi Selat Melaka. Terdapat arca dan patung laksamana perang zaman dinasti cina yang berdiri menanti kehadiran pengunjung untuk bergambar.
Patung Lama dari Zaman Dinasti China
Waktu petang adalah waktu yang sesuai untuk bergambar di sini. Tarikan lain di tepi pantai ini adalah satu laluan yang direka dengan meletakkan pohonan bonsai yang dibentuk dengan pelbagai bentuk menjadi 'pagar' laluan seumpama menuju ke laut. Jika datang pada waktu malam, masih boleh bergambar dengan taman rekaan ini, namun sekadar bayang-bayang yang kelihatan.
Jika mentari masih ada mungkin kebiruan laut, keputihan pantai dan kehijauan pohon bonsai yang memagari kawasan ini bergabung untuk membentuk gambar yang cantik.
Bonsai Haiwan Tepi Laut | Ihsan FB Kech Hidayah |
Pernah berjumpa dahulu dua tiga kali, kini dia cukup aktif dengan aktiviti ekstrem seperti diving, rock climbing dan beberapa aktiviti lasak lain. Perempuan, dan sedang mencari pasangan hidup katanya, dia sendiri yang menyarankan penulis menulis begini sebagai upah gambar di atas hehe...
*ada yang terbaca post ini boleh sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk bekas suaminya iaitu Chaon yang juga kawan penulis
Itu di bahagian bawah taman avatar ini. Tarikan utamanya adalah nun di sana, di atas anak bukit. Kawasan ini pula cukup menarik jika dnikmati ketika malam hari.
Lampu Warna Warni Pada Pokok
Lampu hiasan yang memukau itulah tarikannya. Memandangkan kawasan ini adalah taman. Terdapat beberapa batang pokok yang besar dibiarkan hidup dengan subur.
Pada pokok besar inilah, dililitkan bebenang wayar bercahaya. Dengan pelbagai warna dan lampu bewarna warni ini akan bertukar warna dengan talaan masa tertentu.
Warna Hijau |
Hutan Bercahaya |
Warna Merah |
Berjuntai Juntai Lampu |
Merah, biru, putih, kuning dan magenta, warna asas pertukaran warnanya. Taman ini memerlukan pengunjung melalui laluan yang telah disediakan, laluan sehala. Jadi, berhati-hatilah dengan barangan berharga anda, dalam ramai, dan gelap sukar untuk tidak bertembung dengan pengunjung lain.
Seluruh Pokok Bercahaya |
Tona Merah Ke Oren |
Avatar Cahaya Melilit Pokok |
Catur Cina Gergasi |
Apabila melepasi arca ular kepala banyak ini, bermulalah menuruni kawasan bukit tadi. Penulis andaikan sudah tiada apa yang ada sekitar jalan turun ke bawah. Namun, 'ditanam' pokok-pokok ros dan tulip dengan cahaya yang bewarna-warna.
Ladang Tulip Warna Warni |
Taman Tulip Bercorak |
Warna Warni Ladang Tulip 'Reggae' |
Informasi Pengunjung
Taman Rahsia Avatar terletak di Tanjung Tokong Pulau Pinang tiada sebarang bayaran masuk dikenakan, masuk percuma . Terletak di pesisir pantai menghadap tanah besar Seberang Prai dan Kuala Muda. Jalan menuju ke Pantai Batu Feringgi.
Alamat
336, Jalan Tokong Thai Pak Koong,
Tanjung Tokong,
11200 Tanjung Bungah,
Pulau Pinang, Malaysia
Waze dan google maps sahaja jika ingin berkunjung ke Taman Avatar.
Waze Lokasi Taman Avatar Penang |
Waktu Operasi Taman Avatar
Waktu operasi Taman Avatar Pualau Pinang adalah dari jam 8 pagi sehingga 12 malam setiap hari. Lampu dan pengcahayaan di taman ini adalah mula terpadam secara automatik pada jam 11:45 malam.
Waktu puncak bagi taman avatar sekitar jam 8 malam hingga 10 malam dan semestinya ketika musim cuti dan hujung minggu.
Kawasan Parkir Terhad
Kawasan parkir yang agak terhad kerana berada di kawasan yang didiami penduduk tempatan. Hujung minggu dan cuti kelepasan atau cuti sekolah, kawasan sekitar akan sibuk, bersedialah dari segi mental dan fizikal.
Awasi waktu puncak pengunjung yang datang. Memerlukan pengunjung menggelilingi beberapa pusingan yang sama jika waktu puncak. Memandangkan ia adalah kawasan kuil, lebih tepat Thai Pak Koong Temple, akan berlaku pertembungan dengan penganut Buddha yang melakukan upacara.
Parkir di tepi jalan dibenarkan dengan syarat. Terdapat beberapa 'spot' kawasan parkir yang disediakan dengan harga bayaran parkir RM 3 atau RM 5 dan bergantung kepada kawasan jagaan parkir.
Dinasihatkan untuk berhemah memandangkan parkir cukup terhad apalagi kawasan yang sibuk dan sempit.
Anda fikir anda tahu Nikmati Lampu Warna Warni Di Taman Avatar Secret Garden Pulau Pinang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri