"Belajar Sembahyang Mayat"
Syarat sembahyang mayat sama seperti syarat sembahyang yang lain yaitu menutup aurat, berwuduk, suci dari najis dan mengadap kiblat.
Cara Solat Jenazah | Bernama Image |
1. Berdiri tegak
2. Takbir yang pertama
Ketika bertakbir yang pertama ini hendaklah berniat didalam hati seperti berikut :
Sahaja aku sembahyangkan atas mayat ini empat takbir fardhu kifayah karena Allah Taala.
3. Membaca surah Fatehah sampai habis.
4. Takbir yang ke dua.
5. Membaca selawat sekurangnya :
.اَللَٰهُمُّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
Yang afdhal ialah selawat yang sempurna yaitu :
اَللَٰهُمُّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى اٰلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اَللَٰهُمَّ بَارِكْ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى اٰلِ إِبَرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
6. Takbir yang ke tiga.
7. Membaca doa ke atas mayat sekurangnya :
(اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ (لَهَا) وَارْحَمْهُ (هَا) وَعَافِهِ (هَا) وَاعْفُ عَنْهُ (هَا)
Yang afdhal ialah membaca doa yang sempurna :
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ (لَهَا) وَارْحَمْهُ (هَا) وَعَافِهِ (هَا) وَاعْفُ عَنْهُ (هَا)، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ (هَا)، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ (هَا)، وَاغْسِلْهُ (هَا) بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ (هَا) مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ (هَا) دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ (هَا)، وَاَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ (هَا)، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ (هَا)، وَقِهِ (هَا) فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار
Artinya:
"Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah segala dosa dan kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempat tinggalnya dan bersihkanlah dia dengan air, salji dan embun.
Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain yang putih bersih dari segala kotoran. Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik dari yang terdahulu,
Dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik dari pada ahli keluarga yang terdahulu dan peliharalah (hindarkanlah) ia dari siksa kubur dan azab api neraka".
* Mayat lelaki menggunakan gantinama 'hu' atau 'hi' manakala mayat perempuan menggunakan gantinama 'ha' didalam doa pada takbir yang ke tiga ini.
8. Takbir yang ke empat.
Selepas takbir yang ke empat sudah bolih memberi salam tetapi elok dibaca sedikit doa seperti :
اَللّٰهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا اَجْرَهُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Artinya:
"Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (janganlah Engkau meluputkan kami akan pahalanya), dan janganlah Engkau jadikan kami terfitnah selepas ketiadaannya dan ampunilah kami dan dia."
9. Memberi salam dua kali ke kanan dan ke kiri sama seperti salam sembahyang bia
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sekian
Wallahua'lam
Sumber:
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) fans page
December 5 at 2:04pm
Anda fikir anda tahu Panduan dan Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan Berserta Makna Bacaan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri