"MalaysiaGP MotoGP 2017 Terbaik"
Dorna adalah satu entiti yang menjayakan MotoGP sekian lama. Bagi peminat motogp seluruh dunia, nama dorna tidak asing lagi.
Sepang: The Best Motogp 2017 |
2017 adalah tahun terbaik bagi penganjuran motogp di Malaysia semenjak tahun 1999 di Sepang.
Kehadiran Penonton Tertinggi
Tahun 2017 menyaksikan Malaysiangp menerima jumlah penonton yang hadir menyaksikan motogp 2017 paling ramai setakat ini. 166,486 adalah jumlah penonton yang hadir pada 2017 di Sepang.
Kehadiran Tertinggi Penonton 2017 |
Satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan untuk musim 2017 di Sepang International Circuit ini adalah, MalaysianGP Motogp 2017 di Sepang dinobatkan sebagai penganjuran terbaik sepanjang 18 perlumbaan dalam 2017.
The Best Grand Prix 2017
Ia diluahkan oleh pihak Dorna dan FIM dalam satu transkrip rangkuman keseluruhan bersama peraturan (regulation) motogp baharu akan datang. Surat eletronik ringkas itu dihantar kepada Dato' Razali Razlan, Chief Executive Officer of Sepang International Circuit (SIC), sejak 2008.
Dato' Razali Razlan Kongsi Email |
"Best Grand Prix of 2017The Malaysian Grand Prix at Sepang was chosen as winner of the best Grand Prix of 2017"
MalaysianGP The Best Grand Prix 2017 |
Memang dari sudut pandangan penulis juga, pada tahun 2017, grand prix motogp di Malaysia ada kelainannya.
Meriahnya lain macam berbanding pada sebelumnya. Lagipun penulis turut datang pada Jumaat dan pada hari tersebut seumpama hari Sabtu atau Ahad, cukup ramai peminat.
Dengan kawasan fanzone booth yang meriah dan cara penganjuran yang teratur memang layak untuk tahun 2017, MalaysianGP mendapat pengiktirafan "The Best Grand Prix of 2017"
Diharap pada musim akan datang, SIC boleh dikekalkan dengan gelaran ini, atau mungkin tidak memandangkan harga tiket sudah dinaikkan berbanding sebelumnya.
Anda fikir anda tahu MalaysianGP Motogp 2017 di Sepang Dianugerahkan 'The Best Grand Prix 2017' ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri