"Hatsune Miku Teknologi Vocaloid"
Dua tiga bulan terdahulu, penulis terlihat beberapa iklan mengenai konsert Miku Hatsune yang akan diadakan julung kalinya di Malaysia. Konsert di Malaysia oleh artis luar negara bukanlah suatu yang unik. Apa yang uniknya adalah Hatsune Miku yang membezakan konsert yang pernah di adakan di Malaysia.
Hatsune Miku: Virtual Singer |
Tidak hanya pada video klip mereka menggunakan 'wakil' kartun namun di konsert mereka juga menggunakan watak kartun sebagai karakter mereka. Bagi penulis ini adalah permulaan untuk teknologi masa hadapan dengan konsert Miku Hatsune sebagai inovasinya.
Berlainan dengan Gorillaz, Miku Hatsune mengadakan konsertnya dalam bentuk watak anime, stereotaip watak bermata besar, dada yang agak besar (perempuan), rambut berwarna warni dan suara yang cukup runcing.
Miku Hatsune bukanlah satu bentuk watak anime yang menggantikan penyanyi asal, kerana Miku Hatsune itulah penyanyinya. Boleh dikatakan bahawa 'Anime yang menyanyi'. Sebenarnya dan hakikatnya adalah komputer yang menyanyi. Miku Hatsune adalah produk hari inovasi 'singing synthesis' yang diberi nama Vocaloid.
Apa itu Vocaloid ?
Diperkenalkan kepada dunia oleh Yamaha Music. Vocaloid adalah satu 'software' untuk penciptaan lagu nyanyian dengan menggunakan suara yang telah dirakam.
Pengguna boleh mencipta lagu dengan memasukkan data melodi dan lirik yang diingini ke dalam 'software' Vocaloid ini. Miku Hatsune adalah salah satunya suara yang terdapat dalam sistem vocaloid.
Vocaloid Software Interface |
Miku Hatsune bukanlah suara yang pertama dalam aplikasi teknologi vocaloid, 'software' ini pada asalnya adalah dalam bahasa inggeris (English).
Leon, Lola dan Miriam adalah vocaloid pertama yang dikeluarkan Zero-G, manakala dalam bahasa Jepun asal vocaloid adalah Kaito untuk suara lelaki dan Meito untuk suara perempuan yang dicipta oleh Yamaha dan dijual kepada Crypton Future Media.
Vocaloid Animation Hologram Concert |
Sejarah Teknologi Vocaloid
Terbaharu adalah vocaloid 4 yang telah dilancarkan pada 2015. Vocaloid pertama dikeluarkan umum pada Mac 2000 yang pertama kalinya diperkenalkan di German fair
Musikmesse pada Mac 5–9, 2003. Pada kemunculan awal dikenali dengan nama 'Daisy' mengelak dari berlaku pertindihan hak cipta ditukar nama kepada Vocaloid.
Vocaloid Android History |
Vocaloid 3 dilancarkan pada 21 Oktober 2011 bersama beberapa produk keluaran Jepun.
Kita sudah ketahui apakah yang mewujudkan Hatsune Miku. Mari kita kenali pula kelahiran Hatsune Miku yang sudah popular sehingga mampu mengadakan konsert di Malaysia.
Hatsune Miku menggunakan suara penyanyi Saki Fujita. Hatsune Miku adalah hasil keluaran Vocaloid 2 yang sudah menggunakan sinstesis suara dari penyanyi bukannya sekadar analisis.
Suara Saki Fujita direkod dalam pelbagai tone dan pitch untuk diadaptasi apabila pembikinan lagu dilakukan atas nama Vocaloid Hatsune Miku.
Kelahiran Hatsune Miku
Crypton mula memperkenalkan Hatsune Miku pada 31 Ogos 2007. Hatsune Miku boleh diibaratkan duta kepada teknologi Vocaloid, dengan menjadikan Hatsune Miku sebagai satu selebriti dan artis yang tersendiri.
Hatsune Miku Anime Form |
Miku adalah Vocaloid ketiga selepas Kaito dan Meito dalam dikenali secara komersil. Miku sememangnya dilahirkan pada vocaloid 2 namun diberikan inovasi sebagai 'model' Vocaloid 3.
Penciptaan Bentuk Tubuh Miku
Dalam bentuk Vocaloid, Miku hanyalah runut bunyi dan sekadar suara. Bagi menambahkan populariti 'android' ini, Gei Kato telah mencipta karakter Hatsune Miku dalam bentuk Anime. Tema untuk karakter anime ini adalah torquoise memandangkan warna itu adalah Yamaha's synthesizer's signature.
Tubuh Anime Hatsune Miku |
Personal Data Hatsune Miku
Name: Hatsune Miku
Release: August 31
Age: 16 years
Height: 158 cm / 5 ft 2 in
Weight: 42 kg / 93 lb
Suggested Genre: Pop, rock, dance, house, techno, cross over
Suggested Tempo Range: 70–150bpm
Suggested Vocal Range: A3–E5, B2–B3
Layakkah Hatsune Miku mendapat gelaran selebriti nyanyian antarabangsa ?
Selebriti Siber Antarabangsa
Dengan 100,000 lagu dicipta untuk Hatsune Miku pada 2011 daripada 22,000 lagu pada bulan Ogos 2010 dengan namanya. Dengan jumlah tersebut boleh dikatakan Hatsune Miku layak untuk bergelar penghibur antarabangsa. Data Crypton mengesahkan lebih 100,000 lagu dicipta dengan menggunakan Hatsune Miku Vocaloid dalam 'software' tersebut.
100,000 unik, bukan lagu cover atau parodi dan berulang-ulang.
Undangan Nyanyian
Hatsune Miku pernah 'featuring' dengan penyanyi Phrell Williams dalam lagu 'Last Night, Good Night' dalam versi remix. Pada 8 Oktober 2014, Hatsune Miku memunculkan diri untuk pertama kali di kaca TV dengan rancangan Late Show with David Letterman keluaran CBS dengan menyampaikan lagu "Sharing the World".
Hatsune Miku with David Letterman Live | Google Image |
Miku Expo Di Malaysia 2017
Kini, giliran Malaysia pula untuk menerima Miku Expo 2017. Satu teknologi baharu bagi peminat anime atau otaku di Malaysia. Cara Hatsune Miku melakukan konsertnya adalah dalam versi 'Miku Expo'. Kelincahan Hatsune Miku dengan suara autotune dapat direaliasaikan dengan penggunaan 'holographic' screen.
Miku Expo Kuala Lumpur 2017 |
Di mana peminat boleh melihat Hatsune Miku dalam variasi 3D atau mungkin 5D, bukan hanya tertampal pada dinding akan tetapi Hatsune Miku boleh berjalan 'menemui' peminat yang memenuhi ruang pentas.
Teknologi Skrin Realistik
Polid Screen technology berfungsi dalam idea 'double-sided projection' di mana seumpama Hatsune Miku betul-betul muncul di hadapan dan belakang anda.
Polid Screen Projectile | Mikufan.com |
Dapatkan Tiket Miku Expo Malaysia
Bagi peminat Hatsune Miku, Otaku, Peminat Anime atau mereka yang 'taksub' dengan teknologi Jepun dan menikmati kelainan boleh menghadirkan di di Miku Expo di Malaysia pada 16 Disember 2017 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Malaysia bermula jam 8 malam.
Duet Lagu Oh Chentaku bersama Zizan Razak
Atau boleh dapatkan tiket dengan klik pada pautan di bawah. Boleh saksikan sendiri Hatsune Miku berbahasa Melayu dalam lagu Chentaku bersama Zizan Razak yang pada asalnya nyanyian duet dengan Sonaone. Bagaimana bunyinya setelah di vocaloid kan ?
Nyanyian, tarian dari 'android' masa depan.
Anda fikir anda tahu Kenali Hatsune Miku Selebriti Siber di Miku Expo Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri