Musang king adalah raja buah durian. Buah durian sendiri adalah raja buah, tetapi musang king boleh dianggap maharaja buah. Dengan harga yang mampu mencecah harga ratusan ringgit untuk sebiji, sukar untuk tandingi buah tempatan ini.
Ciri Fizikal Durian Musang King |
Klon durian yang berasal dari Tanah Merah Kelantan (didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng pada 9 Disember 1993) ini cukup popular apabila musim buah tiba. Raub, Pahang dan Balik Pulau, Pulau Pinang menjadi kawasan popular untuk mendapatkan durian musang king.
Penulis yang melalui Jalan Bentong-Kota Bharu apabila pulang ke kampung di Kelantan tidak akan terlepas pandang akan gerai durian yang banyak di sekitar Raub.
Tempat Durian Musang King Popular
Boleh dijadikan sebagai penanda kawasan Raub, apabila terlihat banyak gerai durian tepi jalan itulah Raub, Pahang. Asal Kelantan, popular di Raub. Di Raub yang berbukit bukau dengan taburan hujan yang menjadikan tanah sekitar subur adalah faktor, Durian Musang King menjajahi kawasan terbabit.
Durian Musang King Paling Mahal
Ramai yang berhenti singgah untuk memilih seterusnya membeli durian musang king apabila terlihat tulisan di kadbod tertera nama musang king. Di Malaysia terdapat 200 jenis klon durian. Namun, dalam ratusan klon durian yang ada di Malaysia, kenalkah pembeli akan ciri dan sifat musang king dari pandangan fizikal ?
Takut-takut tertipu dengan kadbod dan suara penjual yang menjual durian jenis gred rendah dan mengatakan ia adalah musang king.
Mari penulis kongsikan beberapa ciri durian musang king yang telah disahkan oleh Federal Agriculture and Marketing Authority (FAMA Malaysia):

Berbentuk Bujur |
1. Bentuk Bujur Bola Ragbi
Durian Musang King berbentuk bujur dan seakan-akan bola ragbi atau bola selalu direbutkan pemain American Football.Ada juga yang boleh menemui bentuk buah durian musang king yang seperti bentuk fizikal buah pinggang.

Batang Induk Tidak Berduri |
2. Mahkota Buah Tiada Duri dan Botak
Kawasan penghubung antara tangkai dan buah yang turut dikenali sebagai batang induk tidak memiliki duri.Seumpama satu kawasan pembahagi antara tangkai dan buah. Sekelilingnya tiada sebarang duri yang muncul. Bahagian ini boleh dikelaskan dalam kategori botak dan bewarna coklat kekokoan.

Berbentuk Bintang Tapak Sulaiman |
3. Bahagian Bawah Buah Berbentuk Bintang (Starfish)
Bahagian bawah buah memiliki kawasan tanpa duri yang membentuk tapak sulaiman atau bintang dengan lima hujung tajam.Bagi mereka yang suka menonton spongebob squarepants, jika durian musang king dilihat dari bawah seolah buah ini sudah menghempap patrick starfish dan patrick melekat padanya.Tidak berbonjol tetapi leper bentuknya.

Duri Berbentuk Piramid |
4. Duri Berbentuk Piramid
Gabungan ciri seterusnya adalah bentuk durinya yang agak besar dan membentuk piramid.Bentuk piramid Giza di Mesir. Bukan duri yang halus atau kurus dan runcing, akan tetapi duri yang agak tebal dan sekata yang agak sado dan berupa bentuk piramid.

Tangkai Buah yang Lebih Panjang |
5. Tangkai Buah yang Panjang
Tangkai yang panjang. Memang ada ciri-ciri pada durian lain tangkai yang panjang, tetapi apabila beberapa kriteria di atas dikenali dan ditambah pula dengan ciri tangkai yang panjang.Memang sah anda berjaya menghidu durian musang king.

Kenali Ciri Durian Musang King |
Ini adalah sebahagian dari ciri fizikal yang ada pada durian musang king. Setiap ciri fizikal ini jika ditemui pada sebiji durian memang sah anda tidak ditipu oleh penjual.
Rupa Bentuk Isi dan Biji
Memang ada durian lain yang memiliki ciri-ciri sebagaimana diatas kecuali tapak sulaiman. Bentuk tapak sulaiman itu dikira sebagai ciri unik pada durian musang king. Lebih elok kalau penjual mengopek satu biji durian 'tester', jika bijinya kecil dan isi yang banyak serta senang tertanggal dari biji, kemungkinan durian musang king atau rajah kunyit itu lebih tinggi.
Ciri-ciri fizikal ini sekadar untuk mengenali apakah durian yang sedang anda perhatikan itu adalah durian musang king, namun dari aspek lain pula perlu diteliti lagi.
Sebagai contoh, anda mahukan buah durian musang king (Mao Shan Wang JK1165) yang anda beli betul-betul menepati harganya. Boleh ketahui gred yang ada pada durian musang king pula pada artikel di bawah.
Durian musang king juga dikenali dengan nama Raja Kunyit

0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri