"Basikal Obike"
Apabila melalui Jalan Imbi menuju ke Berjaya Times Square, penulis ada terlihat kelibat beberapa buah basikal bewarna kuning. Tertera pada basikal berkenaan 'OBIKE'.
Cara Menggunakan Basikal OBIKE |
OBIKE adalah satu kemudahan yang cuba ditawarkan kepada pengguna dalam bandar sebagai alternatif kepada berjalan kaki.
Umpama menyewa sebuah basikal untuk ke satu destinasi. Satu cara berkongsi basikal yang telah banyak di negara-negara maju. OBIKE pertama kali digunakan di Singapura pada Februari 2017 dan berkembang ke 12 negara lain seperti Taiwan, Korea, Malaysia, Australia, Thailand, Germany, Austria, the Netherlands, Belgium, Italy, the United Kingdom, Switzerland and Sweden.
Kebanyakan OBIKE ditempatkan dikawasan menunggu pengangkutan awam seperti di perhentian bas (bus stop) dan perhentian teksi selain dari berdekatan dengan LRT atau tren.
OBIKE jika digunakan sebaiknya memang satu inovasi perkongsian yang amat bagus untuk membantu elak kesesakan di kawasan tertentu.
Cara Menggunakan Sistem OBIKE
Sudah tahu apa itu OBIKE ? Bagaimana cara untuk menggunakannya ?
Terdapat beberapa langkah yang diperlukan oleh pengguna untuk menggunakan OBIKE. Antara langkah-langkah mudah ini adalah:
1. Muat turun aplikasi OBIKE pada telefon mudah alih anda. Di Playstore atau Apps Store (apple store atau google play).
Download Obike App |
Sign Up Obike |
3. Gunakan aplikasi OBIKE untuk mencari kawasan yang diletakkan OBIKE (seumpama menggunakan google maps, pastikan GPS anda dipasang) di kawasan yang telah dikhaskan OBIKE diletakkan.
Locate An Obike |
Scan to Unlock Obike |
Video Langkah Langkah Gunakan OBIKE
Sebagai permulaan pengguna perlu membayar RM49 (RM19 untuk pelajar) sebagai deposit. Bayaran ini adalah seumur hidup. Bayaran deposit jika berlaku apa-apa.
Penulis juga kurang pasti 'apa-apa' itu macam mana. Deposit refundable, atau sebagai langkah berjaga-jaga dari pihak OBIKE takut basikalnya dicuri atau dirosakkan. Bayaran sekali dikenakan dan gunakan sepuasnya OBIKE.
(Dalam tempoh percubaan bayaran adalah melalui kad kredit dan kad debit atau paypal)
Rate untuk penggunaan OBIKE adalah RM0.50/30minit.
Cara Top-Up Kredit OBIKE
Apabila sudah habis RM 49 (student RM19) digunakan, anda perlu 'top up' dengan cara:
pergi ke Menu
lepas tu tekan My Wallet
tekan Top Up Now
lepas tu anda boleh pilih untuk topup RM12, RM20, RM50, ataupun RM100.
Lepas pilih amaun topup yang diingini
tekan Pay Now untuk membuat bayaran
Mungkin apabila OBIKE sudah dikendalikan dengan baik oleh pengendali dan sudah ramai yang boleh terima sistem ini, sistem kad prepaid akan dikeluarkan.
Bacaan Pedometer
Apa yang menarik mengenai aplikasi OBIKE ini adalah terdapat bacaan meter untuk anda membakar kalori ketika menggunakan OBIKE, seperti jam digital fit bit sebagai contoh.
Pedometer Menu OBIKE |
Aplikasi OBIKE menggunakan sistem bluetooth, pastikan peranti anda memiliki sistem bluetooth. Pengguna OBIKE disarankan membawa power bank atau pengecas telefon kerana kemungkinan aplikasi ini 'makan' banyak data dan bateri anda, kerana bluetooth dan gps.
'Ride' OBIKE Percuma
OBIKE Invitation Code |
Meletakkan aplikasi dan sistem negara maju pada masyarakat mentaliti kelas ketiga ? Satu kesabaran dalam tunjuk ajar dalam faktor sikap diperlukan.
Pengguna OBIKE perlulah berumur 12 tahun dan ke atas.
Anda fikir anda tahu Cara Menggunakan Basikal OBIKE ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri