15 Free Download Android Game Terbaik 2017


"Most Downloaded games 2017"

Telefon pintar pintarkah anda zaman kini bukan sahaja mementingkan perhubungan sosial dengan masyarakat sekeliling. Namun, ia adalah medium untuk menghilangkan kebosanan tidak kira berada di dalam tren ataupun menunggu isteri anda shopping baju atau kasut di shopping mall.


15 best android game 2017
15 best android game 2017
Kebanyakan games atau permainan dalam telefon pintar di muat turun (download) dari google play atau apple play. Pengguna android adalah universal, hanya orang ada-ada sahaja yang mampu menggunakan iphone apalagi mendapatkan permainanan berbayar di apple store.


Seumpama Clash of Clan yang asalnya hanya terdapat pada iphone dan kini sudah mula popular dan kian hilang meskipun pernah popular dengan pengguna android.

Pengguna android memang ramai. Download setiap games di google play atau apps store adalah satu kemestian bagi peminat permainan di telefon bimbit. Setiap tahun pelbagai kemaskini (update) yang dilakukan oleh pengeluar permainan interaktif di android tidak kira permainan single player atau multiplayer.

Bagi tahun 2017 mari kita lihat permainan (games) percuma yang paling banyak di muat turun untuk pengguna android.

1. Asphalt 8: Airborne or Asphalt: Xtreme


Asphalt 8 : Extreme
Asphalt 8 : Extreme
Bagi peminat sukan permotoran dan mereka yang sukakan bidang modifikasi dan aksi inilah permainan yang terbaik untuk anda.

Permainan yang dikeluarkan oleh Gameloft ini bukan asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan permainan ini. Dahulunya ada asphalt : airborne kini extreme.

Game yang bertemakan perlumbaan kereta yang bukan sahaja di litar ini amat menarik kerana majoriti treknya adalah secara 'offroad'. Bagi satu permainan aksi yang percuma, ia berbaloi.

Harus diingat, kelajuan dan kepantasan gajet anda adalah keutamaan jika gusar akan 'terkeluar tanpa sengaja'.

2. Critical Ops


Critical Ops
Critical Ops
Permainan ini adalah permainan 'first person' yang baharu dan terbaik setakat ini. First person bermaksud, andalah askar tersebut secara kasarnya.

Skop utama anda adalah membanteras pengganas dari terus mengganas atau anda juga boleh mengganas dengan memerangi pihak berkuasa. Sebagaimana counter-strike di zaman penulis masih ramaja dahulu, anda boleh bermain bersama-sama rakan-rakan dalam mode multi-player.

Game ini boleh dikatakan masih dalam proses baik pulih dan akan terdapat beberapa kemaskini yang baharu. Game terbaik bagi mereka yang gemar akan permainan 'first person' ala-ala COD dan boleh dimainkan di mana-mana, lagipun ia adalah percuma.

3. Clash Royale


Clash Royale
Clash Royale
Bagi mereka yang pernah bermain Clash of Clan (COC) pasti akan mengetahui akan permainan ini.

Datang dari pembuat yang sama dan gaya permainan yang agak sama. Permainan secara online, tiada internet atau data plan bolehlah tidak membukanya.

Sama sahaja seperti COC kumpulkan askar, buat base dan serang base selain dari buat pertahanan. Namun, game ini seumpama bermain kad yu gi oh, itu sekadar temanya.
Juga menampilkan trophy sebagaimana COC dan mungkin boleh dikategorikan sebagai adik beradik game boom beach.

4. Cut the Rope: Magic


Cut The Rope : Magic
Cut The Rope : Magic
Ramai pengkritik permainan android menggelarkan permainan ini telah meneggelamkan 'kekuasaan' permainan angry birds.

Ada juga yang mengatakan sebagai satu permainan menghabiskan masa lapang yang berguna, ok macam mana tu. Agak menyerupai tema pacman atau mario, dengan anda sebagai pemain membantu watak om nom untuk mendapatkan candy.

On Nom adalah raksasa, boleh dianggap candy's monster. Permainan ini mementingkan taktik dan penukaran kuasa untuk mencapai peringkat seterusnya. Permainan yang menarik untuk melapangkan waktu.

5. Fallout Shelter


Fallout Shelter
Fallout Shelter
 Permainan ini sebenanrnya sudah mengungguli carta paling laris untuk tahun keluarannya iaitu 2015. Pada tahun 2017, ia masih mengungguli carta top 5.

Dalam Fallout Shelter, bagi penulis ia tidak ubah seperti permainan virtual village namun lebih kehadapan sedikit iaitu anda perlu menyelamatkan dweller (atau survivor) dan mewujudkan ekosistem baharu.

Ok, tak ubah seperti gabungan sim city dan virtual vilages. Memandangkan permainan ini mendapat sambutan, pihak pemaju terus kemaskini dan berikan pelbagai 'feature' yang baharu.

6. Final Fantasy Brave Exvius


Final Fantasy Brave Exvius
Final Fantasy Brave Exvius 
Digelarkan sebagai permainan bertemakan final fantasy terbaik untuk sesuatu yang percuma.

Mereka yang telah mencuba permainan ini dengan permainan final fantasy yang 'mainstream' menyatakan bahawa temanya seakan sama dengan yang sebenar. Tidak mahu kekusutan bermain final fantasy versi rumit, inilah alternatifnya dan ia juga percuma.

7. Hearthstone: Heroes of Warcraft


HearthStone Heroes of Warcraft
HearthStone Heroes of Warcraft
Satu permainan bertemakan permainan pertarungan kad yang berkuasa. Membuka kunci kad, membina dek, dan kemudian berduel (bertarung) dengan pemain lain, itu adalah konsep permainan ini.

Jika anda tidak berapa yakin untuk berlawan dengan pemain sebenar. Anda masih boleh melakukan latihan dengan bot yang ada dalam aplikasi ini. Selain bermain di telefon bimbit ia juga boleh dimainkan di personal computer anda.

8. NOVA Legacy


NOVA Legacy
NOVA Legacy
Satu lagi permainan tembak menembak bertemakan 'first person'. Permainan ini dikeluarkan dengan grafik dan kawalan permainan melebihi purata kebiasaan permainan di telefon bimbit.

Permainan yang berunsurkan 'storyline' dan penceritaan seolah-olah anda mengalaminya selain boleh bermain multi-player dengan rakan-rakan anda. Lebih kepada sci-fiction dan dianggap sebagai permainan tembak menembak terbaik dikalangan mainan lain yang dikeluarkan pada 2017.

9. Pokemon Go


Pokemon Go
Pokemon Go
Akhirnya sampai kepada permainan yang agak viral dan trending suatu ketika. Pokemon Go sebenanrnya adalah permainan viral untuk tahun 2016.

Namun, pada 2017 masih mendapat download yang tinggi. Masih sesuai untuk mereka yang tidak mahu terperap di rumah bermain permainan android dalam gajet.

Apa yang diperbaharui adalah ditambah dengan 'lagendary pokemon' yang menjadikan ia masih diingati.

10. PinOut or Smash Hit


Pinout Smash It
Pinout Smash It
Permainan yang mungkin adalah inovasi dari permainan pinball. Anda perlu membaling bola besi ke satu bahagian kaca untuk mengelakkan anda terbunuh.

Satu permainan yang rileks dan mungkin memberikan ketenangan dan tidak begitu berat untuk difikirkan. Kedua-dua permainan ini adalah semi-bayar iaitu jika anda runsing dikacau oleh iklan ketika permainan anda perlu membayar untuk membuang iklan tersebut.

11. Sky Force: Reloaded


Sky Force Reloaded
Sky Force Reloaded
Permainan ini adalah edisi terkini untuk permainan sky force terdahulu. Memerlukan pemain untuk menembak target dengan menerbangkan pesawat, selain perlu mengelak peluru yang datang dan menyelesaikan beberapa misteri.

Tidak banyak yang lain dari edisi sebelumnya melainkan gambar dan grafik yang lebih menarik.

12. Plague Inc


Plague Inc
Plague Inc
Salah satu permainan strategi yang memerlukan anda mengolah atau mutasikan penyakit dan menggunakannya untuk menghancurkan dunia.

Dalam permainan ini terdapat pelbagai jenis penyakit yang dimajukan pemaju memandangkan 'developer' permainan ini pernah di panggil pusat kawal penyakit CDC untuk memberikan taklimat.

Kira mereka agak lagenda dalam penyakit berjangkit.Permainan ini boleh disimpan dalam banyak fail dan anda boleh memilih permaian mana yang anda ingin main sekali lagi.

13. Unkilled


Unkilled
Unkilled
Permainan ini pernah dinobatkan permainan percuma terbaik 2015 dan kini masih mendapat muat turun.

Sebagaimana permainan lef4dead begitulah temanya. Anda ditugaskan untuk membunuh zombie dan berada dalam pelbagai senario membabitkan serangan zombie.

Dianggap sebagai permainan yang memiliki kesan grafik yang baik dan dalam permainan dilengkapi dengan pelbagai senjata untuk melawan zombie, 50 jenis senjata kesemuanya.
Permainan yang dicipta oleh pencipta permainan Dead Trigger 2 ini juga boleh dimainkan secara 'multi player'. Percuma untuk disedut dan ia semestinya berbaloi.

14. Vainglory


Vain Glory
Vain Glory
Didatangkan dengan paparan grafik yang menarik. Lebih dari 25 adiwira yang boleh anda lepaskan cukup terbaik bagi mereka yang inginkan masa lapang anda terbuang begitu sahaja.

Selain mampu menambahkan kemahiran jari jemari anda. Bagi menguji ketangkasan anda melawan bot, cubalah berlawan dengan bot yang telah dipasang di dalam aplikasi permainan ini. Untuk game yang dikatakan agak rumit dengan tanpa bayaran, cukup menarik.

15. Yodo1 Games


Yodo 1 Games
Yodo 1 Games
Melihatkan pada paparan gambarnya sahaja sudah dapat dibaca bahawa permainan ini cukup menyeronokan dan santai.

Crossy Road, Rodeo Stampede, Pac-Man 265, dan Looty Dungeon adalah kawan-kawan kepada permainan ini. Walaupun permainannya agak senang dan mudah difahami, namun, paparan grafiknya tidak mengecewakan dan sesuai sangat bagi hiburan di masa yang memerlukan masa tersebut dibuang.

Permainannya tidak begitu berat dan sangat 'friendly' dengan kanak-kanak dan boleh dikategorikan sebagai permainan universal untuk semua peringkat umur.

Berbaloi untuk carian di Google Play.

Ini adalah antara permainan yang berat untuk difikirkan dan juga sesenang yang di gambarkan.

Semuanya adalah percuma dan mungkin memerlukan processor dan agak besar ruang pada gajet anda. Kini, anda boleh menghabiskan masa terluang seperti menunggu tren atau menunggu isteri anda bersolek dengan tenang tanpa sebarang kegusaran di minda.


Zombie Age 3 | Kakashi
Zombie Age 3 | Kakashi
Real Racing 3 dan Top Eleven adalah dua permainan percuma android yang bagi penulis adalah antara games yang juga popular selain Zombie Age 3 yang selalu penulis mainkan jika kebosanan.

Anda fikir anda tahu 15 Free Download Android Game Terbaik 2017 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan