"MotoGP Free Access Jumaat"
Bagi kesekian kalinya MotoGP 2017 adalah edisi ke tujuh penulis menyaksikan perlumbaan motosikal peringkat dunia ini. Sepang International Circuit sudah bukan lagi begitu asing bagi penulis dan isteri. Namun, kali ini agak berbeza.
Free Access Jumaat MotoGP |
Mungkin sudah sedia maklum bahawa tiket MotoGP yang di beli adalah boleh digunakan untuk tiga hari iaitu jumaat, sabtu dan ahad.
Ramai yang kurang tahu akan jumaat adalah hari percuma untuk semua tempat duduk (stands). Datang jumaat tidak kira anda memiliki tiket C2 Hillstand atau Shell Hillstand anda boleh memasuki mana-mana pintu (gate) pada jumaat.
Bagi penulis, penulis memanfaatkan kedatangan hari jumaat dengan menjenguk kawasan main grandstand. Selain kurang 'friendly' kepada fotografi, harga main grandstand agak mahal berbanding tempat duduk lain.
Memasuki perkarangan SIC seperti biasa akan disambut oleh abang-abang sekuriti yang menjaga mesin pengimbas ala-ala di lapangan terbang. Bagi mengelakkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini memandangkan ini acara dunia.
Booth pada jumaat sudah didirikan namun tidak begitu sempurna lagi. Jualan baju atau t-shirt untuk sokongan pelumba tidak begitu banyak.
Booth Sudah Di Buka
Sebagai contoh, penulis tahun ini akan menjadi 'die-hard-fan' el-pescao 55 iaitu siapa lagi
kalau bukan pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin. Bukan kerana ke podium di Misano, penulis sudah mengikuti perkembangan pescao ketika zaman Zulfahmi 63 lagi. Hampa, itulah satu perkataan untuk hari tersebut kerana datang ke booth petronas (penaja pescao) baju pescao belum lagi dijual.
Access Main Grandstand Percuma
Kembali kepada situasi di main grandstand yang percuma untuk masuk. Ini bukanlah kali pertama penulis memasuki kawasan grandstand.
Access Di Main Grandstand |
Dari booth jualan yang menghampiri bilangan kedai tiga digit itu, penulis, isteri dan adik ipar memulakan aktiviti memasuki main grandstand.
Pit lane Walk
Ketika itu sesi 'pit lane walk' untuk pemegang tiket main grandstand sedang melawat kawasan paddock atau garaj. Hanya 1500 orang pemegang main grandstand diberikan peluang untuk melihat dan bergambar dengan lebih dekat.
Pit Lane Walk Motogp Sepang |
Informasi pengunjung
Masuk percuma Jumaat cukup menarik, boleh bebas ke mana-mana tempat duduk yang anda inginkan. Parkir juga tidak mengikut 'bay' lagi. Boleh parkir berdekatan dengan pintu masuk SIC.
Tunggu sehingga lewat petang, berkemungkinan pizza hut akan membuat jualan pizza semua saiz dengan separuh harga. Penulis berjaya membeli pizza hut perisa pepperoni bersaiz besar dengan harga RM 20 yang pada asalnya RM 40.
Apa yang kurang adalah jualan booth masih belum di buka 100%.
Apa yang Pengunjung MotoGP Perlu Tahu Free Access Day ?
1. Parkir boleh dilakukan pada mana-mana Bay yang ada.
2. Sudah ada booth jualan/pameran yang dibuka walaupun tidak semua dibuka.
3. Pengunjung boleh memasuki (access) mana-mana tempat duduk (stand) walaupun tidak ditulis pada tiket untuk yang bertiket.
4. Bagi pengunjung tanpa tiket boleh 'roaming' juga mana-mana parkir dan tempat duduk/
5. Booth tiket MotoGP masih dibuka
6. Terdapat Free Practice pada hari ini dan anda berpeluang melihat pelumba-pelumba di Paddock dan Litar.
7. Berpeluang untuk bergambar dan mendapatkan autograf pelumba jika berpeluang.
Situasi sebegini boleh berlaku untuk Sepang Winter Test yang kebiasaannya berlangsung di awal tahun.
Anda fikir anda tahu Pengalaman Free Access MotoGP Sepang untuk Hari Jumaat ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri