"Siang Udang Lipan"
Semuanya bermula dengan lawatan ke pasar malam setiap Rabu di Kg Johan Setia Klang.
Niat di hati untuk mencari sumber protein yang berasal dari haiwan daging putih iaitu ikan. Pasar malam memang agak popular dengan hasil laut yang lebih murah berbanding pasar tani atau pasaraya.
Cara Siang Udang Lipan/Ketak |
Mengikut naluri teori penulis sendiri, udang ini dinamakan lipan berdasarkan bentuk fizikalnya yang seumpama lipan. Memiliki segmen-segmen selain dari sesunggut yang agak panjang. Kepalanya juga seumpama lipan yang memiliki sengat.
Pernah kan kita mendengar akan abang ketak. Abang ketak biasanya gelaran kepada abang sado yang memiliki tubuh badan yang berbonjol-bonjol kerana kuat ke gym. Dengan badan abang yang berketak-ketak dan udang ini yang turut memiliki 'ketak' atau sado dari penampilan bersegmennya menghadirkan gelaran udang ketak.
Harga Pasaran Udang Lipan
Dengan tiga longgok Rm10 pun boleh dapat. Satu sudut penulis dan isteri terlihat satu hidupan laut yang panjang, putih dan bersegmen. Memiliki rupa yang agak unik dan jarang ditemui. Itu adalah udang lipan atau udang ketak.
Harga pasaran bagi udang lipan ini adalah dalam julat RM17-RM20 per kg. Dahulu harganya lebih murah kerana jarang orang mengetahui akan kewujudan udang lipan ini, memandangkan sudah terdapat pelbagai variasi resepi untuk udang ini maka harganya sudah mencapai belasan ringgit. Harga yang lebi mahal lebih segar udang lipan tersebut
Perasaan ingin mencuba itu muncul, lalu dalam tiga longgok hasil laut yang dibeli, salah satunya adalah udang lipan dan dua yang lain adalah ikan selar dan ikan sardin.
Apabila bawa balik ke rumah, termenung si suami isteri melihatkan udang lipan yang baharu dibeli. Dengan fizikal yang agak aneh berbanding mana-mana udang. Dengan bentuknya seakan lipan.
Kepala yang memiliki duri, sekeliling perimeter badannya juga memiliki duri.
Bagaimankah cara siang Udang Lipan ?
Dari pengalaman orang-orang yang pernah menyiang udang ini, penulis mencuba sendiri menyiang udang ketak atau udang lipan tersebut. Udang lipan disiang dengan senang dengan menggunakan gunting.
1. Bahagian kepala udang lipan di potong dari bahagian lehernya, tiada penampakkan isi dibahagian ini maka bolehlah dibuang.
2. Potong Sesunggut halus yang terdapat pada bahagian hadapan badannya, permulaan abdomen udang.
3. Kemudian gunting bahagian kaki yang halus dibawah abdomen udang lipan.
Kakinya yang begitu banyak dan rapat senang digunting dan seumpama membuang sisik ikan.
4. Sampai kepada bahagian ekor udang. Terdapat sepasang kaki yang besar yang menyerupai sepit ketam perlu digunting.
5. Terdapat bahagian paling hujung udang yang menyerupai perisai, dan mungkin menjadi senjata udang ini, dari mengelakkan berlaku kerabakan pada mulut atau mana-mana bahagian organ kita tercedera. Gunting bahagian tajam ini, buang durinya.
6. Akhir sekali bahagian sisi udang. Gunting atau potong duri-duri yang terdapat pada sisi abdomen udang ini.
Kini, udang lipan atau udang ketak anda sudah dalam keadaan yang sungguh comel sebelum di masak. Nampak sudah tidak lagi mampu mencederakan anda bukan ?
Basuh dan bilas udang ketak yang sudah disiang ini dengan air bersih untuk menghilangkan hanyir bolehlah bilas dengan sedikit air garam.
Jom lihat dalam bentuk video;
untuk video tutorial yang lain boleh subscribe channel blog ini di bawah:
Masak Udang Lipan
Penulis memilih udang menjadikan udang lipan ini sebagai 'udang lipan goreng celup tepung' sebagai menu untuk kali ini. Boleh dapatkan resepi dan cara membuatnya dengan bacaan artikel di bawah.
Anda fikir anda tahu Cara Siang Udang Lipan/Ketak Guna Gunting ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri