"RFID Berfungsi"
Gara-gara dapat pahala bila memberikan orang melalui jalan dalam tanah milik kita sukar dilihat. Namun, duit dan mata wang sesuatu fizikal boleh dilihat menjadikan lebuhraya dan jalan terpilih dipenuhi tol.
RFID Tag Toll Malaysia |
Dalam kes mendapatkan duit tol di jalan raya oleh konsesi seliaan kerajaan, terdapat satu masalah lain yang timbul, iaitu kesesakkan di plaza-plaza tol. Maka sistem touch'n go diperkenalkan dengan aplikasi sekeping kad eletronik yang mampu melancarkan laluan untuk bayaran tol.
Touch'n go tidak begitu efisien mengawal kelancaran di laluan plaza tol. Smart tag pula diperkenalkan bagi menambahbaikkan sistem touch'n go. Smart tag terbukti menyelesaikan isu kesesakkan trafik di plaza tol, namun, itu hanya apabila jalan lancar dan tidak banyak kereta atau kenderaan bergandar lain dalam satu-satu masa.
Tidak termasuk dengan kecuaian pengguna untuk memastikan bahawa jumlah isian kredit di dalam kad adalah mencukupi dan berfungsi dalam skala yang terbaik. Reverse dan parkir di plaza tol dengan hadangan palang boleh merangsang hormon tidak seimbang kenderaan lain di belakang yang memungkinkan berlakunya pertumpahan air liur, dan 'gesture' bertukar-tukar jari tengah.
Apa itu RFID ?
Kegagalan touch'n go, smart tag dalam sistem pembayaran tol tanpa kesesakkan telah menjadikan satu inovasi lain pada asasnya sudah lapuk bagi negara maju yang lain. RFID iaitu singkatan kepada Radio Frequency IDentification adalah cara altenatif lain untuk memberikan kelancaran dan mencapai sifar kesesakkan trafik di plaza tol.
Pada tahun 2018, lebuhraya di Malaysia akan diperkenalkan dengan sistem RFID yang tidak memerlukan manusia atau palang di plaza tol.
RFID seumpama mesin 'scan' barang yang terdapat di lapangan terbang melainkan di lapangan terbang adalah mesin X-ray. Bagi pembayaran tol melalui RFID ini pengesan yang dipasang akan mengesan 'sticker' elektronik yang ditampal pada mana-mana bahagian kenderaan, biasanya pada cermin hadapan kenderaan sebagaimana menampal 'sticker' roadtax JPJ yang senang koyak tersebut.
Belum dipastikan lagi mudah koyak seperti roadtax JPJ atau tidak.
Tanpa palang, inilah teknologi terbaharu dalam mengutip wang 'perlindungan' di lebuhraya Malaysia.
Satu antena pembaca kod akan dipasang di atas laluan kenderaan. Antena pembaca (reader antena) ini akan mengimbas kod pada sticker yang dilekatkan pada kenderaan sebagai rekod.
Bagaimana RFID Berfungsi ?
Pengimbas ini akan merekod data yang dimiliki oleh kod pada sticker yang dilekatkan pada kenderaan ke dalam sistem komputer. Pengimbas akan merekod bahawa pemegang sticker terbabit sudah melalui laluan tersebut tanpa memerlukan pengguna untuk menurunkan tingkap untuk touch n go atau memperlahankan kenderaan untuk pengguna smart tag yang sedia ada.
RFID Berfungsi | Google Image |
Dalam bahasa mudah, andaikan anda adalah setin sardin yang sedang melalui 'conveyor' untuk bayaran dipasaraya, kod bar (sticker di kenderaan) akan di 'tag' dan bacaan dimasukkan ke dalam sistem komputer, dihujung kaunter anda membayarnya.
Sistem RFID ini menyerupai sistem ERP yang sedia ada bagi mereka yang pernah mengunjungi Singapura.
Percubaan dan Kajian RFID
Sebagai percubaan sistem RFID ini sedang dilakukan ujian pada di NKVE, AKLEH, Federal Tol Batu Tiga dan juga beberapa di KESAS.
RFID menggunakan sistem 'cashcard'. Seumpama kad touch n go cuma kali ini anda akan membeli cash card untuk RFID dengan nilai tertentu.
ERP Singapura Berfungsi | lta.org |
Boleh di teka berkemungkinan mereka yang menunggang motosikal juga 'mungkin' akan dikenakan bayaran tol melalui RFID kelak.
ERP Singapore | straittimes.com |
Eksperimen untuk RFID ini masih dijalankan, pernah sekali penulis terpaksa 'reverse' kereta kerana tersalah masuk lorong RFID Tol Sri Muda (LKSA) yang sedang diuji. Kekeliruan berlaku apabila lampu hijau dinyalakan tambahan lagi plaza tol kesas yang mempunyai signboard RFID masih memiliki 'reader' smart tag pada lorong tersebut.
Persoalan Mengenai Sistem RFID
Memandangkan sistem RFID masih dalam kajian dan percubaan yang akan dilakukan menjelang Januari 2018 (sehingga April masih tiada sebarang kepastian), beberapa persoalan harus difahami akan sistem ini:
1. Adakah sistem RFID menggunakan sistem tambah nilai seperti touch n go yang membolehkan pengguna tambah nilai ?
2. Bagaimana pula jika nilai dalam sticker tidak mencukupi untuk satu-satu 'check point' RFID, adakah akan dipotong melalui akaun bank ?
3. Adakah data pada sticker atau tag rfid mempunyai data akaun bank, jenis kenderaan atau nilai baki jumlah kredit RFID ?
Penulis ada menghubungi pihak LLM untuk mengetahu lebih lanjut akan sistem RFID. Memandangkan sistem ini masih dalam kajian dan percubaan pihak LLM gagal memberikan satu cara bayaran dan penggunaan RFID sticker.
Maklum Balas LLM Mengenai RFID |
Updated!
Bermula 3 September 2018 sistem RFID akan dimulakan percubaannya.
Percubaan laluan RFID akan hanya dilakukan untuk Tol di sekitar Lembah Klang sahaja dahulu.
Kenderaan Terlibat RFID
Hanya terbuka kepada mereka yang menggunakan kenderaan pendaftaran persendirian dalam Kelas 1 sahaja. Jenis-jenis kenderaan dalam kelas lain tidak termasuk dalam percubaan ini.
Pelekat RFID Pada Kenderaan
Contoh Pelekat RFID Touch N Go |
Pelekat atau tag bercip ini akan dilekatkan pada cermin kenderaan atau lampu utama kenderaan.
Bagaimana Pelekat RFID Berfungsi ?
Ketika melalui tol, pengimbas akan membaca frekuensi radio dari pelekat RFID berkenaan untuk mengenakan bayaran tol serta mengangkat palang.
Cara Bayaran RFID
Pelekat berkenaan akan dihubungkan kepada Touch ‘n Go eWallet (bagi aplikasi IOS dan Android) yang bertindak sebagai penyimpan nilai semasa wang pengguna bagi tujuan ini.
Dari segi bayaran adalah melalui eWallet Touch n Go. Sama juga sebagaimana contoh akaun paypal dan bayaran online maya lain.Lebih mudah difahami seumpama akaun prepaid.
Senang cerita, pengguna jalan raya perlu memiliki E-Wallet Touch N Go untuk melalui sistem RFID. Dengan ini maka berakhirlah sistem smart tag di tol, tiada lagi smart tag akan digunakan di lebuhraya.
Cara Mendapatkan E-Wallet Touch N Go untuk RFID
Pengguna 'pilot' (yang ingin bersama menjayakan eksperimen RFID) boleh mndapatkan E-Wallet melalui pautan di bawah:
Boleh dapatkan TnG E-Wallet di play store atau google apps dengan memuat turun apps e-wallet touch n go.
Touch N Go E Wallet RFID Play Store |
Frequently Asked Question Mengenai RFID Touch N Go
Untuk lebih memahami sistem RFID di lebuhraya Malaysia sila rujuk FAQ mengenai RFID di bawah:
Anda fikir anda tahu Apa itu RFID dan Cara Sistem RFID Berfungsi Dalam Kutipan Tol Di Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri