Valentino Rossi Gunakan 'Brembo thumb-controlled rear brake master cylinder Doohan's Style' Selepas Patah Kaki Kanan


"Thumb's Brake System"

Sukan permotoran masih begitu 'kanak-kanak' usianya di Malaysia. Rentetan 19 tahun Formula One di Malaysia belum lagi mampu melahirkan ramai peminat sukan bermotor, motorsport. Sukan permotoran sebenarnya merangkumi bukan sahaja bingitan deruman enjin ataupun talaan adrenaline pelumba, tetapi motorsport adalah teknologi dan kejuruteraan.


Brek Ibu Jari Brembo MotoGP
Brek Ibu Jari Brembo MotoGP
Teknologi Motorsports

Senang cerita, formula one dan MotoGP adalah medan untuk pakar dalam bidang mekanikal (permotoran khususnya) melakukan eksperimen dalam sains.


Bukan senang bagi seseorang pelumba untuk terus bersara jika berlakunya kemalangan di trek. Dari sinilah membuktikan bukan calang-calang orang yang mampu menjadi 'pilot' jentera berenjin ini.

MotoGP masih gah di Sepang dan Sepang masih lagi boleh menyaksikan teknologi dan inovasi bukan sekadar 'main kejar-kejar' untuk merebut pole pertama tetapi setiap pasukan pengeluar dan penaja barangan jentera bersaing sesama sendiri untuk membuktikan siapakah pengeluar dan 'branding' barangan yang melangkaui teknologi dan kejuruteraan.

Salah satu dari inovasinya adalah sistem brek menggunakan ibu jari.

Valentino Rossi Patah Kaki Kanan

Musibah yang menimpa abang long Valentino Rossi yang telah menyebabkan beliau gagal beraksi di San Misano kerana mengalami patah tibula dan fibula pada kaki kanannya.
Didampingi oleh doktor paling pakar di dunia, Rossi hanya perlu berehat selama sekurang-kurangnya 30 hari. Namun, abang long terlalu rindukan untuk berlumba di litar.

Semangat kental abang long Rossi telah diterjemahkan apabila dengan kaki kanan yang masih tidak begitu kuat beliau telah mendapat tempat kelima di GP Aragon.
Kaki kanan adalah penting bagi seorang pelumba memandangkan kaki inilah yang akan menekan pedal untuk brek. 'Braking' dalam MotoGP boleh dikatakan amat penting, kondisi litar bukannya lurun sebagaimana lebuhraya PLUS, banyak selekoh yang perlu di'konar baring'kan.

Kekuatan kaki Rossi tidak mencukupi untuk berlumba sebenarnya.

Dari keadaan ini, Rossi dan pasukannya telah bekerjasama dengan pihak Brembo dalam mencari solusi.

Brembo's Thumb Brake Master Cylinder

Solusinya, adalah sistem brek menggunakan ibu jari.

Sistem ini mengurangkan kebergantungan pelumba dengan kekuatan kaki kanan untuk membrek motor.

Dengan menggunakan ibu jari boleh mengawal 'traction system' jentera MotoGP, dalam kes Rossi, jentera YZF-M1.

Pelumba bergantung sepenuhnya dengan gerakan ibu jari  dalam mengawal brek belakang.

Sistem ini walaupun belum menyeluruh namun sudah dipakai oleh banyak pelumba seperti Vinales jentera Yamaha, Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo dan Danilo Petrucci untuk jentera Ducati.

Namun, perbezaan yang Brembo lakukan adalah khas untuk abang long Rossi adalah untuk kawalan brek. Bagi pelumba-pelumba yang disebutkan tadi menggunakan thumb brake system dalam keadaan untuk memgawal traction yang kecil dan mengawal kelajuan ketika mengambil selekoh bagi tujuan menghalang tayar dari 'skidding'.

Brembo sudah lama mengaplikasikan sistem brek yang inovatif ini. Valentino Rossi bukanlah pelumba pertama yang menggunakan sistem ini.

Mick Doohan Eksperimen Brembo

Jika ada yang kenal akan pelumba kelahiran Australia, Mick Doohan. Beliau pernah mengalami kemalangan serius yang menyebabkan beliau mungkin terpaksa memotong bahagian kaki kanannya. Kepakaran doktor telah menghalang dari pemotongan kaki Mick Doohan.

Dalam menunggu Mick Doohan pulih sepenuhnya mencapai tahap sensitiviti pada kaki kanannya, 'thumb-controlled rear brake master cylinder' digunakan untuknya.

Abang long Rossi yang merupakan pemegang rekod 9 kali kejuaran MotoGP dan 115 siri GP itu mungkin menjadi ujikaji untuk Brembo menjalankan ujian pada masa hadapan untuk mengurangkan kebergantungan pada brek kaki.

Pelumba MotoGP pada lahiriahnya adalah mereka yang menguji teknologi baharu permotoran yang akan digunakan untuk kegunaan harian. MotoGP dipilih untuk eksperimen memandangkan ia adalah kondisi dan keadaan paling maksima dalam dunia permotoran.

sumber: Brembo

Anda fikir anda tahu Valentino Rossi Gunakan 'Brembo thumb-controlled rear brake master cylinder Doohan's Style' Selepas Patah Kaki Kanan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan