Makan Nasi Kambing Bakar Di Restoran Cik Tri Sahara Setia Alam


"Kedai Kambing Bakar"

Dahulu penggemar kambing (daging kambing) sering menerima serangan retorik mengenai kolestrol yang tinggi dalam daging haiwan ternakan tersebut. Kini cakap-cakap mengenai retorik itu sudah hilang seperti asap hembusan vape di kedai-kedai makan. Memang terbukti daging kambing bukanlah penyumbang utama kolestrol.


Nasi Kambing Bakar Cik Tri Sahara Setia Alam
Nasi Kambing Bakar Cik Tri Sahara
Daging kambing sememangya popular. Tidak kiralah musim korban atau musim akikah untuk anak-anak. Peniaga daging kambing kini sudah mula tersenyum lebar dan menjadikan perniagaan kambing sebagai satu rezeki yang lumayan. Kenapa tidaknya, dari semasa ke semasa penggemar kambing mula bertambah populasinya.


Terlalu banyak restoran dan tempat makan menjadikan kambing sebagai menu utama.
Kambing bakar (grill), sup kambing, antara masakan 'favourite' penggemar kambing.

Memandangkan tempat makan berasaskan dan bertemakan hidangan kambing sudah banyak. Hal ini telah menjadikan satu masalah lain pula kepada penggemar kambing, maksud penulis masakan berasaskan daging kambing.

Namun, bertuah bagi penulis yang dapat mencuba hidangan kambing yang agak popular di sekitar Shah Alam ini. Lebih tepat adalah di kawasan Setia Alam.

Semuanya bermula apabila penulis menyertai Larian Amal BMW di Setia Alam. Memandangkan jam sudah menghampiri waktu tengahari, terlalu lewat untuk bersarapan dan terlalu awal untuk makan tengahari. Namun, selera mula terbuka apabila dikatakan terdapat satu restoran yang menyediakan masakan berasaskan kambing, daging kambing.

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Nama restoran sudah menggambarkan betapa 'kambing'nya masakan disini. Bak kata isteri penulis, selangkah ingin masuk restoran ini pun semerbak bau kambing. Tempat makan ini dicadangkan oleh rakan-rakan penulis yang baharu sahaja kepenantan dalam acara larian di BMW Setia Alam pada awal paginya. Mungkin dengan menjamah protein kambing boleh mengembalikan tenaga yang dibuang dengan larian 5km (termasuk dari kawasan parking) tadi.

Penulis meminta hidangan nasi putih dengan kambing bakar dimana merupakan makanan utamanya.

Menu Kambing Bakar

Nasi putih semangkuk didatangkan bersama sepinggan daging bakar yang sedang berendam di dalam sos lada hitam (black pepper sauce) yang dilapisi dengan daun pisang. Di dalam pinggan berisi daging kambing bakar yang melebihi 5 kepingan daging kambing bakar itu diletakkan bersama bawang besar, limau nipis dan ulaman. Sup kosong disertakan sekali.


Daging Bakar Sos Black Pepper
Isteri penulis pula ingin mencuba lain-lain hidangan iaitu nasi ayam penyet. 
Lain-lain menu seperti sup tulang kambing ada disini, oleh kerana ia bukanlah menu hidangan utama maka masa untuk sampai kepada pelanggan mungkin mengambil masa.

Tiada yang unik dari menu ayam penyet tersebut seperti ayam penyet biasa yang mengandungi bahan-bahan seperti nasi putih, ayam goreng keras, kubis paling keras dipotong besar, kacang panjang sebagai ulaman. Turut berada bersama-sama 'mereka' adalah sambal penyet semangkuk kecil.


Nasi Ayam Penyet

Harga Makanan


Harga untuk nasi kambing bakar adalah, RM13.50/hidangan
Harga untuk nasi ayam penyet adalah, RM8.00/hidangan

Oleh kerana, kami datang seramai 6 orang, air yang diminta adalah air dalam kapasiti untuk 6 gelas.

Bukan dalam jag atau pun baldi, uniknya dalam bentu picagari atau jika masih ingat alatan makmal yang dipanggil 'buret' (jangan tersalah sebut) yang panjang meninggi. Air di dalam 'buret' ini berharga RM18/buret. Air limau ais menjadi pilihan.


Tower Water Juice 
Air kosong percuma ada disediakan.

Apa yang boleh dikatakan penulis mengenai daging kambingnya ini bukanlah yang terbaik dari segi rasanya.

Penilaian Rasa 

Dari segi kapasiti/bilangan daging kambing bakar yang diberikan adalah terbaik untuk RM13.50. Sos black pepper tiada sangat rasa black peppernya selain dari rasa manis mungkin datangnya dari jus daging kambing yang dibakar.

Tekstur daging kambing yang agak liat, ada beberapa ketika penulis perlu tunduk ketika cuba mengasingkan daging, ligamen dan tulang kambing takut-takut terpelanting ke kiri atau kanan.

Bagi mereka yang benar-benar penggemar daging kambing bakar mungkin tidak akan bersetuju dengan penulis, tapi sekali lagi boleh dipuji 'portion' dagingnya banyak.

Memandangkan artikel ini bukanlah advertorial atau tajaan dari restoran. Ingin penulis luahkan satu kesalahan yang berjaya dikesan penulis.

Penemuan 'makhluk asing' di dalam nasinya. 'Makhluk asing' tersebut adalah seutas benang guni yang mengikat kampit beras. Harap pekerja dan pengusaha lebih peka akan hal penyediaan makanan.

Informasi Pengunjung

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar terletak di alamat Persiaran Setia Utama , Setia Alam 40170 Shah Alam, Malaysia, Bumi, Bima Sakti. Kawasan ini turut dikenali dengan nama 'Setia Taipan'.

Alamat

Persiaran Setia Utama, 
Alam Nusantara, (setia Taipan)
40170 Shah Alam, Selangor



Terdapat di dalam carian Waze dan Google Maps. Kawasan rumah kedai di dalam gugusan taman perumahan yang tidaklah begitu sibuk jalannya.

Waze Lokasi Nasi Kambing Bakar Sahara
Waze Lokasi Nasi Kambing Bakar Sahara
Waktu Operasi Nasi Kambing Bakar

Waktu operasi restoran adalah dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari kecuali hari Khamis.

Awasi waktu puncak bagi restoran ini, waktu puncak mungkin menghilangkan ketenangan pengunjung atau pekerja kedai sendiri. Semua orang adalah manusia, dan manusia ada emosinya.

Parkir Kenderaan

Oleh kerana restoran ini terletak di rumah kedai, maka parkir adalah berlandaskan rekbentuk rumah kedai. Agak terhad di hadapan, namun memandangkan kawasan ini masih lagi belum sibuk maka peta parkir agak banyak.

Anda fikir anda tahu Makan Nasi Kambing Bakar Di Restoran Cik Tri Sahara Setia Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan